Tuesday 23 April 2013

Rizalman for Zalora


Belum pun puasa, belum pun raya.. dah sibuk mencari idea utk baju raya yer? Dah sibuk kira budget, dah sibuk cari kain, dah sibuk cari kedai, dah sibuk cari idea, dah sibuk cari tailor yg bagus, haishh...... Begitulah telitinya org pompuan ni. Benda benda camni memang serahlah kat org pompuan. Juara bertahan seumur hidup! Di waktu ni lah Designer tersohor pun berlumba lumba nak keluarkan design yg paling vogue & meletop buat pencinta fesyen.. masing masing pun pastinya ada touch yg tersendiri. Tumpuan pastinya pada nama nama besar seperti Rizalman & Jovian untuk koleksi GLAMOUR pada hari raya nanti kan? Dan pastinya ramai pencinta fesyen teruuujaaaaa tgk Rizalman collection untuk raya nanti, Ingat lagi tak 20 by Rizalman utk tahun lepas yang ada di Tesco tu? Berduyun duyunlah manusia kerumun cari baju tu.. punyalah nak rasa designer touch? Dapatlah merasa sepasang. Alhamdulillah. Nak tempah rasanya belummmmmmlah tentu mampuuuuuuu.. utk yang ada duit silakan ye! So petang tadi dapat email dari Zalora. Thank you Zalora! Rizalman for Zalora sangatlah memikat hati. OK nak lap peluh duluu! JOM cuci mata sama sama.. Mark your calendar Ladies!










Personally.. i suka yg ni :)


Fenomena sewaktu dulu.. hehehe

Thursday 18 April 2013

Masak memasak!


Salam semua.. rindu pulak nk menulis tiba tiba. Banyak nk cerita tapi takde masa pulak. Topik hari ni kita cite pasal masak memasak pulak. Cewahhh tajuk bunyi gempak giler kann?! hmmm.. yang ado! Sungguh bunyi macam chef terkenal tapi * tak sanggup nk sambung ayat tu *.. Pengakuan ni yg paling ikhlas. takde tipu tipu punya. I memang cakap yang betul aje.. I tak reti memasak. TAPI tidaklah kata tak pandai langsung pun dik non. Kiranya ada improvement kata org putih dari zaman bujang laa.. Dulu kalau zaman bujang pun mmg masak nasi, goreng telur, ikan bilis dan kicap. Paling sedap tuu kalau tengah lapar! Agak agak darurat maggi pun ok.. Bukan tak nk belajar masak tapi malas sangat nk ke dapur. Memang dari dulu.. dekat dekat nk kahwin baru belajar masak nasi goreng. Lawak weyh!!! Tapi sejak berumahtangga dan ada anak ni, semuanya berubah.. perlahan lahan skill memasak tu dah improve dari dulu. Alhamdulillah. lauk pauk yg simple aje pun. Takde pulak keracunan makanan. Hehehe.. okla tu knn?! Sekarang ni i dah bole masak nasi ayam, nasi lemak, laksa, mee goreng, sup ayam, sambal sardin, kari tak lepas lagi, kiranya setakat lauk pauk utk tekak boleh kenyanglah dari dulu. yeay!! pada yg terror masak macam macam lauk tu.. i memanglah jeles! i mmg bangga sgt dapat masak walaupun cuma nasi goreng air tangan sendiri, walau tidak sesedap mana. Rasa jakun sangat bila dapat masak satu lauk tu. Lagi lagi pulak dikurniakan anak anak yg memilih makan. Airell & Maia makan mesti ada sup dan tak boleh pedas. Maksudnya apa2 lauk harus ada yg berkuah.. tak boleh telan kering begitu. Lepas kahwin jugak i start belajar masak laksa. Punyalah jakun nak masak sanggup aje belajar dari scratch masak laksa dari mak. I kan hantu laksa! Better buat sendiri dapat tambah banyak kali.. hehehe sedap kan pantun tuu?! Baru baru ni mak balik kampung. Dekat belakang rumah tu memang tanam pokok bunga kantan. Sedang cantik. Mak potong bawak balik dan esoknyaa mak tersayang masakkan kami laksa. Ohh lala..lala riangnya hati berbunga bunga..








Ok berbalik cerita masak tadi, baru baru ni percubaan pertama nak buat soto. Hoohh dah 37 tahun baru tau masak soto? iye.. sbb i tak reti.. Tapi i tak malu belajar. Lantaklah orang nk kata apa pun. Terkial kial i google resepi. Berkerut kerut dahi baca bahan bahan. Dan hasilnya not bad. Anak anak pun makan. Tak pedas kann? versi asal soto tak tau mcm mana. tapi tak nk guna bihun. Mula mula rebus ketupat mini tu dulu. Dah siap rebus buat kuah soto pulak. Last sekali masak bergedil utk di makan sekali. Bergedil pun first time buat. Ok jugak rasanya. Dah pernah makan few times tapi tak rasa langsung nak buat. Nampak remeh tapi senang aje sebenarnya. Very simple soto with love takde taugeh, cili potong bagai.. Puji jugak diri sendiri sebab sedap. Utk perencah soto tu i pakai yg dah siap. I guna separuh dari peket ni. Ada jual di kedai kedai runcit. Ada tomyam, mee kari, asam pedas..Utk yg terror masak abaikanlah part ni! Sekarang pun semuanya di hujung jari aje, klik sana klik sini. Semuanya serba mudah. Taip aje apa resepi nk masak. Tak sedap takpe, lama lama shud be ok. Practise makes perfect kan? lagipun masak di rumah terjamin bersihnya dari makan yg kat luar. Selamat masak memasak ladies!











Wednesday 10 April 2013

Weeehuuuuu!



Ohhh BEST sungguh short trip ke sini.. rasa tak nk balik. Kadang2 terlupa dah sampai rumah. Ohh en suami, saya nak ke sini lagi boleh ker?! Boleh kann?! Nak ulang lagi BEST sangat!!!! If ada duit lebih, jangan kedekut utk spend buat diri sendiri. Badan bukan robot. Perlukan rehat.. sila manjakan diri anda sepenuhnya. Anda tak rugi. Malah badan akan berterima kasih pada anda. READ: kat mana mana pun boleh kalau nk manjakan diri. Baru minda lebih cergas. Jadi, buat kwn2 yang mmg ada duit lebih meh dtg Marina Bay Sands Singapore! Nanti kita story panjang pasal MBS ni, sementara otak dan badan tgh kira budget utk next trip Insha Allah.. walaweiii ada 2 trip nak tempuh ni! xx