Monday 27 May 2013

Suka hati!


Tup tup dah nak masuk bulan Jun, tup tap tup tap kejap aje masa berjalan rasanya... Alhamdulillah cuti sekolah pun dah bermula minggu lepas. Bahagiaaaanyaaaa tuhan yang tahu! Apsal cuti sekolah happy?Sbbnya ni lah masa tak terkejar kejar macam rutin biasa.. Di takdirkn cuti jatuh kat hari wesak on friday.. marilah kita sedut udara shopping complexs. Last week sempat berjln2 ke KLCC, ada few store dah start sale.. Sapelah yg tak suka sale kann??? Macam i paling di tunggu MANGO sale.. SUKA!! Memang berbaloi baloi tau tunggu! Sempat ke Uniqlo jugak merembat seluar yang super comfort, sedap pakai.. nowdays i prefer sluar yang lembut, bukan legging dah... sluar di Uniqlo memang menepati citarasa so far, Di MANGO pun dah aim pun yg berkenan di hati dan tunggu masa nk rembat bila sale nanti... chepskate la katakan! :D Semuanya cantik cantik belaka.... Cepat sikit sale yer! Patik dah tak sabar niii......... Meh tarik nafas jap! :D




































Selit sikit, before dinner sempat join event ni kat concourse KLCC.. Tiket RM20 utk seorang. Ada dua session, satu session kat dalam tu dua jam. Parents pun bole masuk kat dlm tu. Ada few games yg budak2 boleh try. Ada hadiah utk luckydraw. Best!! Maia pun dpt hadiah. Tapi tak sempat nak ambik gambar... Tangan mak penuh paper bag! Nak seluk sana, nak seluk sini.. tak multitasking mak! huhu....













Last but not least, ni hadiah utk saya. thank you Hubs... Walau bukan Hermes, i bahagia!


Friday 17 May 2013

#OrkedJM pulak!


Nak puasa lambat lagik, nak raya pun lambat lagik.. tapi jadi org pompuanlah beruntung sungguh dapat tengok macam macam yg cantik sempena hari raya nanti.. Orang lelaki duduk diam diam yer!  *tiba2 rasa bestnya jadi org pompuan* Halluuuuuuuuuuuu... Belom pun abis demam Rizalman, dah dtg balik demam Jovian pulak. Dia datang lagik!!!!!!! Macam mane fenomena tuuuu panasss pada tahun lepas di First Lady.. dan bersesak pulak kat Shangrila Hotel pulak.. dekat zalora, now available kat Tesco pulak.. WOW! Org KL mmg kaki bergaya okehhh!! Dan semalam Jovian release OrkedJM yang sungguh affordable, price range start dari RM199 - RM300. Masih dalam poket lagik! Im sure ramai yg tengah meroyan bukak Tesco.com  nak tgk full collection tu. Ni try bukak dari semalam tak dapat. Hampir putus asa.. hik hik, bangun pagi ni terus bukak. Yeay!! Ada 24 pasang yg semuanyaaaaaa cantik cantikkk!!! Silalah pilih pilih nak kurung, kebaya or kaftan. Klik kat preorder tu dan baju tu boleh start di collect di Tesco yg anda pilih pada tarikh yg di tetapkan. Best part sila buat bayaran pada tarih anda collect baju tu nanti.. sungguh cool kann???! So sempatlah kumpul duit lagik dalam tabung sementara tarikh nk collect tu pada 17 June - 23 June di 20 Tesco yg terpilih.. Ok nak lagi cool dapat free scraf FOC.. Okehh SOOoooOOO COOL! Dpt FOC bestlah kan? Sape tak suke kann??!















Sila sila jamu mata, jgn lupa order kalau berkenan. I dah buat order, anda sudahh?! dgn ucapan sila jangan tamak haloba.. tak baik!

Thursday 16 May 2013

Hadiah & Wishlist!



Hadiah dari En suami utk saya. Kecik dan special! Special sbb cukup cukuplah sesuai utk beginner seperti saya, yang takde basic langsung membakar, memanggang dan sebagainya.. Alhamdulillah, hehe.. walaupun kecik dan murah, saya sangat menghargainyaa.. Thank you en suami! Nanti nanti dah terror boleh beli yg lebih cantik sikit yer!! contohnya seperti yg di bawah tuu..... cantik dan nmpk lagi ala ala Martha Stewart di dapur.. setelah meninjau ninjau kat dapur rupanya ada lagi yg belum lengkap.. tempohari cuci cuci mata brg electric tu ada jugak yg berkenan di hati. Agak agaknya apa hasil pertama dari mixer ni yer?! nak buat Pavlova? hmm.. tak pandai lagi, buat yang no bake dulu.. nanti kita try yg lain pulak!







#takenote wishlist : senang nak blend macam macam kann??!!



#takenote wishlist : senang nak steam macam macam kan?? kat rumah guna yg fesyen lama yg 3 tingkat tu.. huk huk...






Ini hasil dari mixer kecik saya.. my humble Oroe cheese layer!






Next.. Ini wishlist kat dapur sekangkang kera saya.. tak payahlah besar besar sbb rumah bukan besar banglo.. #nak tempat letak barang yg cmni pls!!






Monday 6 May 2013

5-5-2013




5 MEI  2013. Semalam hari mengundi. Selamat mengundi buat semua! Anda telah pun menjalankan tanggungjawab anda. Pilihan anda pastinya yang terbaik. Mari kita belajar menghormati pilihan masing masing. Ini kali kedua i keluar mengundi. Excited sangat! So pada sesiapa yang tak keluar mengundi tuu.. ruginya rasa. Lima tahun sekali baru dapat peluang lagi. Lega sangat semuanya dah berakhir. Sebelum tu kalau bukak FB, Blog, Twitter macam macam boleh baca.. tak larat dah rasanya dengar caci maki, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah.. Penyudahnya Allah swt sahaja yg maha mengetahui.. Dan keputusan sudah pun di ketahui. Tahniah pada BN! Jalankan tanggungjawab anda sebaik mungkin. Di bahu anda kini telah terpikul pelbagai harapan & impian semua rakyat yg telah mengundi  anda..  Cuma tak larat dah dengar cerita bergaduh sana sini. Jangan rosakkan keamanan negara yg telah kita warisi, Mari bersatu bangsaku!





Dia insan ISTIMEWA. Tuan Guru Nik Aziz. Hari ni beliau meletakkan jawatan setelah 22 tahun memerintah Kelantan. Siapa pun dia, Kita hanyalah manusia biasa yg lemah. Yang penuh dengan kekurangan. Tidak pernah sempurna. Ingat tu! Manusia yg tiada kuasa untuk menghakimi. Hanya Allah swt yg berhak menghakimi. Sejujurnya, TGNA tokoh yang tiada galang gantinya. Amat mengkagumi insan ini. Semoga Allah swt merahmati usahanya selama ini dan di berikan kesihatan yang baik. Bersama kita saling mendoakan. AMIN.