Sunday 30 June 2013

Oren theme


I paling suka dpt jemputan kahwin. Best sgt sebab dpt mkn nasi minyak dgn ayam masak merah, pajeri nenas, kurma daging, daging dendeng, acar timun.. huishh terliur sungguh! Kebetulan dpt invitation majlis kahwin. Perlu ke tak pergi? Oh big NO!!! Wajib pergi takde excuse. Sbb inilah masa nk makan lauk org kahwin.. bukan selalu dpt makan kann? Temanya oren. Cariklah kat dalam almari baju yang takde berapa banyak baju pun.. hihihi... ade pun sehelai.. :P Wedding kwn my sister. Orang jemput kita datanglah kann??! Makanan sedap, alhamdulillah kenyang perut. Selamat pengantin baru. Semoga perkahwinan anda kekal bahagia hingga ke akhir hayat Riza! xx























Kiddos with lovely gorgeoussss busu!





Thursday 27 June 2013

Muhasabah diri



Pernahkah kita beringat?! 
Pernahkah kita terfikir?!
Pernahkah kita merenung sejenak?!
Pernahkah kita menginsafi?!




Solusinya mudah...


Jangan suka membandingkan diri dengan orang lain
Jangan pernah rasa takbur
Jangan pernah rasa dendam & iri hati
Jangan selalu merungut
Bersyukurlah dengan rezeki yang kita ada walaupun kecil nilainya


Tipulah kalau kata tak pernah cemburu dgn yang lain, sebagai manusia biasa yg penuh dgn nafsu kadang kadang timbul rasa iri.. rezeki orang lain jangan dipersoalkan, untuk tips yang selalu saya apply bila rasa tiba tiba down :

Dont worry what other people say ni paling penting beb! susah hidup kalau asyik fikir apa kata org
Jgn ikut style orang sangat, tak semua yg org pakai tu cantik kat badan kita
Takde buat cara takde, takde duit duduk diam diam. Ikut kemampuan diri..
Hidup lebih bahagia rasanya.. betul takk?!?!?!












Sunday 23 June 2013

#Haze!!!


Salam semua, Bangun pagi rasa apasal kabus semacam ni??! Rupanya jerebu dah semakin teruk. Now dah mula sakit tekak dan hidung berair. Sana sini semua sibuk tentang wabak jerebu yg sedang melanda dgn teruknya setakat ini di Muar dgn bacaan IPU yang sangat tinggi. Mari kita doakan sama sama semoga wabak ini tidak berterusan. Dan berita di tv pun dah mengesahkan setakat ni khabarnya banyak sekolah sekolah akan ditutup. Alhamdulillah, bimbang jugak kesihatan anak anak yg bersekolah dgn terdedahnya dgn wabak jerebu ini.. Dalam pada taknak keluar pun sbb jerebu, gagahkan jugak keluar atas jemputan teman utk birthday party anaknya. Iyelah dah janji nak pergi, tak sedap pulak tak datang.. had so much fun!! Borak borak, makan makan.. Actually anak anak kami bersekolah di tadika yg sama hingga ke sekolah rendah yg sama dan di kelas yg sama.. kebetulan rasanya! :D












Ok, scary rasanya!!!








P/S: Saya share dari blog Dr Harlina Siraj, sudi sudikanlah baca blog beliau.. 

Saturday 22 June 2013

3 tahun


Anak tu salah satu anugerah buat semua pasangan yg berkahwin. Allah bagi rezeki dalam pelbagai jalan, anak antaranya. Anak pengikat kasih sayang suami isteri. Anak tu penyeri rumahtangga. Kalau dulu sibuk org tanya bila nak kahwin, pastu dah kahwin ada pulak gatal yg tanya bila nak ada anak? Biasalah mulut org kann?? Alhamdulillah, pastinya ramai di antara kita menginginkan pengalaman mengandung dan melahirkan anak dari rahim sendiri. Bagi yg belum mempunyai rezeki utk mendapat anak, jgn putus asa ya! Teruskan berdoa dan berusaha. Allah maha mendengar. Dan bila dikurniakan anak, macam macam pengorbanan pulak.. Antaranya berjaga malam, kurang tidur tu biasa. Say Hello Zombie!! Anak meragam dgn penatnya berpantang lagi.. jadi stress pulak! :D Hari hari  dok mengira kalendar cepatlah abis 44 hari. Tak sabarnya nk abis berpantang.. Bila anak dah besar sikit, kami plan pulak utk anak kedua. Yg second ni mmg betul2 plan. Tak kisahlah anak apa pun.. tapi coz smpi 7 months check up doc masih tak nmpk jantina so i was hoping this could be a baby girl also.. hhihihihi.. tp kann naluri tu dah rasa lain bila early pregnant utk yg kedua ni sgt berlainan dgn yg pertama. Di awal2 tu masa prgnnt Maia i langsung tak boleh makan laksa..Ohhh why???!! Tak terbukak langsung selera tgk laksa padahal akulah hantu laksa! Tapi bila prgnnt Airell bolehlah pulak telan laksa. Tekak ni mengada ngada betul! So far, takde yg merumitkan.. tipulah kalau takde stress kann? kadang2 stress jugak dgn pelbagai kerenah dan ragam yang tak menentu tapi percayalah..satu ketika nanti anda akan merindui moment2 indah waktu kecil bersama mereka, jadi berseronoklah melayan kerenah mereka sementara waktu ni..hihihi. 21 Jun genap Airell Ezzra 3 tahun! YES 3 TAHUN! Kejapnya masa berlalu, kadang2 rasa dia masih baby lagi!! Pengalaman melahirkan dia pun agak mudah berbanding Maia. Dari pukul 12 mlm masuk labor room, dua jam sakit dah selamat bersalin.. Fuhhh!

*Airell makan apa saja. Dia paling suka makan sup. Janji ada yg berkuah!
*Airell sangat kuat merajuk!! Saangatttt kuat merajuk. Naik suara sikit pun dah merajuk.. 
*Airell paling suka menyakat kakaknya.. Kadang kadang geram! Apa aja kakak punya mesti dia nak.
*Airell favourite kartun Upin & Ipin, Boboiboy, Mickey Mouse, dia hafal semua cerita tuu.
*Paling suka bas, kereta dan lori sampah. Kalau lelaki tu tetaplah lelaki..
*Sangatlahhhhh manjaaaaaaa! Mentang mentanglah dia yang paling kecik dlm family..
*Penyayang orangnya. Kalau gaduh camne pun dgn kakak sebelum tidur mesti salam kakaknya                    
*Garang & penakut orangnya
*Sangat suka air
*Masih tidur dgn mummy. Melekat macam gam gajah. Anak manjalah kann! :))
*Pantang dengar lagu. So far  dia mmg cepat tangkap.
*Hantu Ipad. Siang pagi ptg malam tak boleh berenggang dgn ipad.
*Kegilaan terbaru siang malam tergilakan Rapunzel! Haishhhh.....



Gambar terakhir sbelum saya meletuppp!











Ngam ngam abis 44 hari.. yehuuuuuu!!!!!





Setahun Airell 








Dua tahun Airell








Ini dua gaya yg biasa kalau merajuk! :)


Tunggu org pujuk....



TAAAA-DAHHHHHHHHH.......

:))






Airell 3 thn. Happy Birthday Sayang!!!!


Simple dinner dgn birthday boy..











"Semoga menjadi anak yg soleh. Yang akan mendoakan kedua org tuanya dan yang akan berbakti kepada org tuanya. Semoga perjalanan hidupmu diberkati di dunia dan di akhirat...

Salam kasih sayang!

Sunday 16 June 2013

Fathers day




Buat suamiku tersayang,

Terima kasih atas cinta
Terima kasih atas komitmen
Terima kasih atas pengertian
Terima kasih atas perhatian
Terima kasih atas kasih sayang
Terima kasih atas kesanggupan
Terima kasih untuk SEGALANYA!

WE LOVE YOU VERY MUCH!!











Hope you enjoy the simple present



Wifey, Maia & Airell

Saturday 8 June 2013

Singapore Part 1


Punyalah lamaaaaaaaaa dah cerita ni, nak tulis asyik takde masa. kadang kadang tu buat buat busy jugak! hihihi.... :) Esok last day cuti sekolah kann?! Alhamdulillah semuanya dah settle utk persiapan cik adik Maia ke sekolah nnt. Better buat awal awal. Taklah terkejar kejar nnt. Iron baju siap siap utk seminggu, kasut pun dah siap di kapur, buku buku dah siap dlm beg sekolah, homework pun dah di siapkan. Fuhhhh.... tarik nafas dalam dalam!!!! Settle semuanya. Entry ni dah lama nak tulis sbnrnya. Bulan Mac punya cerita dahh... basi pun! Kalau makanan ni dah tahap boleh campak tong! huhu.. Ok cerita bermula bila kami plan nak ke tmpt lain.  Plan ke Singapore antara yg last minute jugak, nak ke *tut* tapi kesuntukan masa dan tarikh flight terlalu mengejar so kita anggap takde rezeki. Fine, tak payah susah hati.. tarik nafas rilekssssss sbb kita nak berehat melapangkan minda, release tension di awal tahun terkejar kejar waktu..
So suami suggest ke Singapore and i terus cakap yes! My favourite!! I love Singapore! Berulang ulang kali datang pun takpe. Kalau suami nak duduk kat sini pun takpe.. Lagipun Singapore bukannya besar mana pun, Pusing pusing kat situ jugak.. Kalau ke Singapore bak kata suami, lebih senang drive. Boleh jalan2 sendiri aje. Senang nk urus time sendiri. Nak berhenti suka hati, rasa penat boleh berhenti rehat jap. baiklah.. Kami mengikut aje boss! :p
Dari KL bertolak ke Singapore pukul 9pm janji melayu. Biasalah tu kann?!? Drive thru Mcdonalds dan kami mkn dlm kereta aje. Malas nk berhenti awal awal pagi. Last berhenti makan di Pagoh aje terus lunch dan straight masuk Singapore. We all berlima aje. Booking Marina Bay Sands thru Agoda siap siap. Ni siang siang tugas my sis. Thank you cik Ct! Lain kali tolong bookingkan lagi ok! Kami berlima so better ambik Premiere room. Just nice utk kami berlima..
Saje aje share experience stay MBS buat yg ada plan nak stay here, this hotel memang Recommended!! I bagi 5 star! If ada duit lebih lebih tuuu jgnlah kedekut sgt, the reason nak sangat ke sini sbb nak mandi  infinity pool tuuuuuu.... mmg superb!!! takde ayat nak describe dah... jemputlah dtg sendiri ke sini yer!






Hello Marina Bay Sands!








Lobby area














OMG!!!!! Cantikkannn?!?!?


Hello SINGAPORE!! View dari our balcony.














Ini antara aktiviti kanak kanak yang rumah takde bath tub, hihihi....








Dah check in bilik, we all terus naik atas. Dah mengeletek abis dah! Pool tu kat tingkat 57. Masya Allah bila nampak pool tu walaweyhhhh super cantik!!!!!! Rasa nak duduk kat dalam pool tak nak pergi mana mana. We really enjoy here!!! Sumpahh giler best!!!! Nak naik pool you must stay here. Mana mana you nak pergi you kena guna access card. Means takde card mmg x boleh nak ke mana pun.. Free wifi lagi di sini. How awesome!


Mandilah sampai lebam!!! From 6am until 11pm yooooooo!!!


Ok sabar sabar.. esok aje kita terjun. Nak cari makan dulu yuk..


Nak mandi sini rasanya, ptg lagi best kot!


First stop, we all mkn seafood kat sini. sedap!!





Dan lapar lagi, di sini favourite my boss. Sebelum balik hotel, tapau murtabak ayam sbb tak kenyang lagi.. hihi


How i wish can stay here more longer!


Di Tower 1 turun ke bawah adalah syurga duniaaaaa, ada macam macam tempat menarik. Macam macam brand. Macam macam org.. sediakn duit aje! :))











Nasib baik tutup hari tu kannn! Kalau tak....


Di luar ni boleh bayangkan ala ala di KLCC dgn air pancut tu..





Tunggu Part 2 ok!