Tuesday 19 November 2013

19 NOV





'Happy Anniversary SAYANG'.You COMPLETE Me! I LOVE You More Than Word Can Say..
Pejam celik pejam celik sudah 9 tahun. Kejapnya rasa. Erk?! Tup tup ada dua anak. Everything cukup. Gaduh, merajuk, salah faham semua ada. Sedangkan lidah lagi tergigit kann?? Mana ada rumahtangga tak pernah tak bergaduh, tak pernah bertekak.. Inikan pulak suami isteri.. Dan Semoga kasih sayang & kebahagiaan ni berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin! :D


Alhamdulillah.. 2005-2013

Sunday 17 November 2013

Aloe vera punya cite!


Mesti ada yang kenal Aloe vera atau lidah buaya kann?? Senang nak jaga pokok ni. Banyak khasiat kalau pandai guna. Pendek kata sgt serbaguna. Nak pakai dari hujung rambut sampai hujung kaki pun xde masalah. Insha allah. Selain drp makeup, baju, bag, kasut dan aksesori perempuan ai tak ketinggalan minat baca ttg kesihatan. Iyelah umur yang makin meningkat tak semua makanan sesuai dgn kita lagi. Time ni lah nak kena kurangkan yang lemak, yang kalori, yang fast food, yg manis, yang masin, yang masam.. Haishhhh semuanya sedap sedap belaka kann? Tapi nak tak nak kena jugak jaga pemakanan kita. Penyakit datang tak kira usia. Yang nmpk sihat belum tentu tak kena penyakit. Semalam ada baca artikel tentang Aloe vera ni.. Boleh baca link http://www.stylecraze.com  Ada sesiapa yang amalkan aloevera sebagai suplement? Sila share ye kalau sudi. Or apa apa suplement yang di amalkan. Ingatnya lepas ni nak try Aloevera brand Forever Living. Pun minta tlg kalau ada yang jual sila email ye. Saje nak share yang botol kaca ni ai amalkan. Dah masuk botol ketiga. Harga kalau tak silap bawah RM40. Minum panas suam or sejuk bila perut kosong sebelum sarapan. Sedap rasanya manis manis..
Selamat menjaga kesihatan!


Saturday 16 November 2013

Pls tgk!




Akhirnyaaaaaa!!!!!!!!! Wanna share with you guys cite ni. Frankly, ai susah sebenarnya nak tgk cite tamil ni. TAPI.... thanks to my hubby yang rajin introduce cite tamil yang best best kat ai. Cite ni ada kat Astro 951 kalau ada yg subscribe. Cite tamil ni yg bagusnya, akan buat kita berfikir. Dan kawan kawan PLS kalau ada masa lapang, tengoklah cerita ni. Ai cfrm cerita ni memang akan buat you all sebak dan sedih. Sinopsis cerita ni simple tentang kasih sayang & pengorbanan sang ayah pada anak yang diculik oleh satu sindiket. Tak terbayang erti hidup bila terpisah dengan anak ooii.. Bila dah ada ank ni, baru kita faham makna kasih sayang yang sebenar. Biar tak kaya, biar tak makan, asalkan jgn terpisah dgn anak! Anak orang lain kalau hilang pun kita sedih inikan pulak anak sendiri. Hmm.. rasanya lepas tgk cite ni lebih baik daripada cerita melayu yang tak abis abis tentang cinta yang memualkan.. Upss!!!


Selamat menonton!

YES!

Yahuuuuuuuuuuu..... cuti sekolah dah mula!!!! :)
Semoga cuti sekolah ni di penuhi dgn aktiviti2 yang mengeratkan kasih sayang sesama keluarga tercinta. Mesti ramai yang dah ada plan nak makan angin cuti sekolah ni kann? Ke mana tuu?? Nama aje cuti sekolah, tugas surirumah tetap tak cuti.. :D Oh ye..Tahniah pada adik adik yang  berjaya dlm peperiksaan UPSR. Pada adik adik yang gagal, jangan putus asa ye! 





Tuesday 12 November 2013

:))

Ni namanya cerita last week. Cerita basi. Sebenarnya nak share satu cerita yang super AWESOME tapi entah knp tak bole upload. Geram betul! Nanti ai try lagi upload okeh. EHH..... dan this week minggu last sekolah. Yahuuuuuu!!!! Housewife macam ai ni memang paling tunggu cuti sekolah lah.. dan ada trip nk berjln makan angin. Saje nak rehatkn otak. Rehatkan minda jugak. Moga moga balik dari berjln nnt jiwa dan minda lebih fresh.. :D



Firstly.. Thank you My baby sister yang hadiahkan. Surprise!!!!!!



Minyak wangi baru, tapi tetap tunggu Marc Jacobs jugak..



Last Friday, we all ke Zoo Negara. Punyalah berzaman tak datang, rasanya last dtg masa Maia umur setahun camtu. Cun tak ramai org. Tiket Dewasa RM30 Kanak kanak RM10. Airell la paling excited. Tup tup..Hujan turun lebat sangat! Nak keluar dari situ tak boleh.. En suami berlari g belikan payung.. semua pun tak boleh nak buat. Padahal dah plan nak bwk Airell tgk macam2 binatang kat situ..












Apa ye nama binatang ni?!!



Ok zirafah ni serius cantik!! Jinak pulak tuu..



Gajah ni tengah tunggu turn nak mandi..



Penguin yang comel



Dan tiba tiba Karnival sekolah?! Dah lama tak dengar kann?! Dulu dulu zaman sekolah adalah sampailah turn dah jadi mak orang ni.. tiba tiba anak ajak g karnival sekolah.. terasa tua sungguh dah sangat ni.. :P






Abis lencun baju si Maia naik ni.. :) 






 besar dah rasanya  anak manja ni! tahun depan nk pergi sekolah dah.. sob.. sob..



Tuesday 5 November 2013

1435H








Salam Maal Hijrah buat semua, mudah mudahan segala amalan baik kita diterima oleh Allah SWT.