Monday 31 March 2014

Dah try?!









Choc Whittakers ni memang tak payah introduce pun dah ramai yang tau kann...
Paling sedap especially Almond Gold 
Tak berapa suka flavour lain
Whittakers ni tak terlalu pahit, sesedap rasa sangat!!!!
Satu pek ni kalau kat KLCC RM19.90
Lately ni bila tgk IG ramailah yang post Pepero ni
Apalah benda tu.. nama pun pelik
Yang Pepero tu asyik orang cakap sedap, 
Ai pun naklah jugak try, betul ke org kata sedap sangat
Ada tak yang dah makan Pepero tu? 
Rupanya banyak flavour, tapi rasa nak try flavour Almond..
Satu kotak besar ada 8 pek kecik, choc stick dah salut dgn almond
Sila try kalau nak tau sedap ke tidak ;D


Yang Popcorns ni pun sedap rasanya... haishh
Ada macam2 flavour jugak, bole mix nak rasa apa
Pek besar RM21. Ada pek kecik jugak kalau nak start rasa dulu
Yang ni ai mix rasa choc & butterscotch
Alahai.. sedapnyaaaaa!!! ;D
Dap dap dap... tau tau dah tinggal sikit..
Well, compare to Garrett yang ni kurang sikit manisnya
Sesedap rasa, Kalau nk try boleh dapatkan di Festival city Setapak


Pendek cerita, Selamat merasa!





-----------------------
#PrayforMH370





Sunday 30 March 2014

Scrub












Penyental badan anyone?!
Ini bukan utk jual tapi just nak share my favourite scrub
Ada yang familiar brand ni tak?
The best so far, well.. at least for me ;D
Ada kat KL ker?! So far, tak pernah nampak lagi pulak..
If anyone ada ke Jakarta jangan lupa borong scrub ni
Mari duduk dlm toilet berjam jam scrub badan sampai berkilat macam lampu..
Mak aiihh... sedap betul dpt scrub badan.. nikmat abiss!
Lepas scrub tu kulit akn rasa lebih lembut..
Nak spend pergi spa tiap2 bulan mau rabak poket
Buatla scrub kat rumah, kena rajin sikit yee..
Memang gerenti puas hati!
Yang penting murah jugak.. ;D
Kalau dpt yg murah lagi bagus kann?
Utk spend beratus apatah lagi utk produk memang tidak rasanya
Ada macam2 flavour scrub ni, semuanya BEST!!  
Okeh, cuti sekolah dah abis.. kembali sibuklah kita!! huhuhuhuhu :(




------------------------------------------------



#PrayforMH370





Thursday 27 March 2014

No words!










Tak terungkap dengan kata kata, sedih dan pilu yang amat pedih. Tak terluah sakitnya.
Jauh di sudut hati masih lagi mengharapkan keajaiban.

Yang pergi tak mungkin kembali lagi
Peritnya hidup berpisah dengan orang yang tersayang..
Ujian getir buat semua keluarga penumpang dan anak kapal
Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul

Semua menangis mengenangkan nasib MH370
Apa sebenarnya yang berlaku?!
Tak terungkai misteri ilahi ini
No words.. Hanya Allah lebih mengetahui segala yang berlaku :(
Perancangan Allah pastinya sesuatu yang lebih baik
Sama sama kita doakan..
ALFATIHAH.



Thursday 20 March 2014

SANA SINI..




#Alhamdulillah.... akhirnya dah masuk tiga hari di sini turunnya hujan. SYUKUR PADAMU YA ALLAH! Bila panas, kita merungut. Bila hujan pun kita merungut. Manusia ohh manusia.... Bilalah nk belajar erti bersyukur?!
Terasa sungguh hidup tanpa air, punyalah azab. Dan bila dah berapa hari ni hujan turun rasa excited abiss! Mudah mudahan takde lagi proses catuan air..


#Masih pada proses pencarian MH370. Semoga semua kekalutan akan berakhir dgn baik.
Dalam pada semua masih berduka, kita dikejutkan pulak dengan kematian mengejut pengambilan dadah utk menghayati muzik. Sedihlah baca berita ni.
Org lain sibuk solat hajat, mereka masih terleka..


#Dan diam tak diam kurang dari 100 hari lagi kita nak menyambut Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang menjanjikan pelbagai ganjaran. Dah ada yang ganti puasa?! Mudah mudahan kita semua diberikan kesempatan utk bertemu dengan bulan mulia ini.. AMIN!


Cuti persekolahan pun bermula, Selamat bercuti buat semua ;D

Thursday 13 March 2014

Kembali lagi..






Jerebu kembali lagi?!
Ini gambar semalam waktu petang
Kalau ada yg ingat, tahun lepas kita di landa jerebu
Dan awal tahun ini jerebu kembali lagi..
Bayangkan jika jerebu ini berlarutan?
Bagaimana dgn tahap kesihatan kita semua?

Sewaktu jerebu, Kurangkan aktiviti di luar jika tak perlu
Banyakkn minum air
Ambik supplement vit C
Pakai mask, cermin mata jika keluar
Try nasal spray utk adult dan kids , 
Utk elakkan mata pedih gunakan eye lotion
Sentiasa simpan mist spray  ( Bio essence or Evian brand )


Be safe everyone, take care! ;)

Wednesday 12 March 2014

Duka 2014





Credit : Ustaz Dr. Zaharuddin

Ada benarnya kata Ustaz ni, paling dirasai kini dgn ketiadaan hujan yang mengakibatkan hampir semua kawasan di catu.. Sakitnya rasa takde air, memang sakit.. Di uji lagi dgn jerebu yang makin tebal.. Dan berita yang masih di ratapi tentunya nasib anak anak kapal dan penumpang MH370 yang masih belum di ketahui khabar berita hingga hari ini.. 

Sesungguhnya, tiada daya kami melainkan dgn rahmat & kehendakMU  Ya Allah..
Kami mohon pengampunan dariMU
Sesungguhnya, hanya kepadaMU kami memohon, 




'Yang baik datang dari MU, yang buruk datang dari kami jua'

Sunday 9 March 2014

#PRAYFORMH370



' Dunia di kejutkan dengan berita sedih semalam..
Cukup pilu, sedih dan penuh mengharukan..
Semuanya turut berduka cita 


Siapa sangka.. Gagahnya sebuah kapal membelah awan
Tiba tiba menghilang tanpa berita
Hilangnya entah ke mana.. 
Dan kini, Pelbagai cerita tak sahih di keluarkan sana sini..
Cukuplah kedukaan yang ditanggung oleh keluarga mangsa..
Hormatilah perasaan mereka ketika ini..
Kasihanilah mereka..

Dan buat ikhtibar pada semua,
Tiada satu pun yang mampu mengatasi kuasa Allah swt
Maha suci Allah yang memberi hikmah atas segala kejadian
KUN FA YA KUN..
Semoga ada keajaiban..
Marilah kita semua terus mendoakan!
AMIN









Sunday 2 March 2014

Anak oh Anak!












Maia arissa, 
Semakin besar anak manja ni..
Kejapnya masa berlalu
Diam tak diam kamu semakin menginjak dewasa
Semakin rindu ketika zaman kecil bersamamu
Kini, mummy semakin menginjak usia..
Seandainya ada salah mummy dalm mendidikmu nak
Mohon diampunkan.. 
Dan jika ada salahmu pada mummy nak, sudah lama mummy ampunkan sayang


Kamu anak yg baik, sangat baik..
Setiap hari kamu bikin kejutan
Ada aje lukisan buat mummy
Almost everyday!!
Hati mana yang tak bisa cair... ;D
Semuanya mummy simpan baik 
Doa mummy tak pernah putus buatmu nak..
Moga Allah SWT sentiasa merahmati & melindungi kamu puteriku..

KAU BEGITU SEMPURNA
DI MATAKU KAU BEGITU INDAH
Terima kasih sayang!..