Sunday 27 December 2015

Ayam bali


First time cuba masak Ayam Bali. Sedap juga rasanya. Resepi asal dr FB.
Bahan: Ayam anggaran utk seekor, 5 btg serai, 3 btg daun kari, 
Bahan rencah: Cili 5 sudu, bwg besar 5 biji, seulas bwg putih, sedikit halia, sedikit belacan, kicap 5 sudu, gula 3 sudu besar, garam 2 sudu. Adjust mengikut selera.
Cara masak: Tumis serai sampai tukar kaler sikit, masukkan daun kari sampai garing sikit, masukkan bahan tumis ( bwg,cili,halia,belacan ). Gaul sampai bahan tumis tadi garing, pecah minyak macam kita tumis sambal dan masukkan kicap. Gaulkan ayam yang telah di goreng sebelumnya. Perasakn dgn gula dan garam. Insha Allah sedap!

Monday 21 December 2015

VCO



Minyak kelapa Dara? Terlambat rasanya baru sibuk nak try. Memang tau kebaikan minyak kelapa dara ni dah lama tapi tak try jugak, hanya ambik olive oil. Akhirnya, terus beli dan dah start minum. Rasanya? Bayangkan telan biskut kelapa. Petua tak nk rasa mual bila ambik vco, minum dgn perut kosong. Cara minum sesudu utk dewasa & kanak kanak. Boleh apply seluruh badan. Boleh apply kat rambut. Selamat utk kanak kanak jugak insha allah jgn risau. Yang natural ni selalunya lebih baik kalau di amalkan. Kebaikkan minyak ni utk luaran dan dalaman. So apalagi tunggu? Rainforest VCO ni ada dua size. Yang kecil RM45, botol besar RM75. Berbaloi rasanya utk seisi keluarga. 

Tuesday 15 December 2015

Lana banana!!


Dah lama takde bunyi nangis budak kecik
Lama dah tak bau wangi baby kecik
SEMUANYA rasa dah lama
Alhamdulillah, kelahirannya memang di tunggu kami sekeluarga
My sis selamat melahirkan baby girl dgn selamat
Seindah namanya Tya Elanna
Semoga menjadi ank yg solehah dan berguna..

Saturday 5 December 2015

Double Celebration!



Bulan Oktober menjelma lagi.. Syukurku padaMU Ya Allah atas segala nikmat, rezeki & pada usia yang kau pinjamkan di samping keluarga tersayang
Semoga hari hari mendatang akan lebih baik dari sebelumnya,
Semoga hari hari mendatang akan dilalui dgn lebih positif,
Semoga hari hari mendatang lebih bersederhana dlm segala hal
Semoga hari hari mendatang akan lebih banyak mensyukuri segala hal
Alhamdulillah.. Genap 10 thn Anniversary bulan november yg lalu
Hanya doa ku panjatkan semoga bahagia ini kekal hingga ke akhir hayat
Terima kasih suamiku, kau melengkapi hidupku
Terima kasih permata hatiku, kalian berdua membuat hidup ini lebih bermakna


Wednesday 4 November 2015

Short vacay- Phuket

Memandangkan jerebu tak menunjukkan penurunan yang baik, we all plan nak ambik udara sihat sikit. Tak jauh pun, Phuket je. First time ke sini. Excited sgt sbb dah plan nak explore Phuket with my #themereputscrew. Apsal nama themereputscrew? Sbb kalau call budak2 ni kat rumah tanya buat apa, jawapannya kitaorg mereput.. lama lama jadi melekat nama tu ;) Flight macam biasa Airasia sbb harga murah. Tapi takla murah mana pun. Dah la jauh. Fuh! Bila kira2 balik dgn check in bag, baikla naik MAS. Back to story, sampai kat Aiport Phuket around 1:30 cmtu just nice la waktu utk isi perut. 

First stop, kitaorg lunch kat sini. Aduhai sedap sgt & halal kt kedai ni. RECOMENDED!






Lepas makan, Pohim kami bawak pergi beli tix utk Simon Show & pckg naik big boat utk esok. Utk kali ni, we all tak bole naik speed boat sbb my sis prgnnt dan tak di suggest utk naik. We all ambik big boat utk 3 pulau incl lunch per person duit kita RM180.
We stay kat Asprey hotel. Best sgt! Semuanya dekat. Bleh jalan kaki aje. Dekat Patong beach. Dekat dgn Bangla road. Everything ada! Ada salon, ada massage..




Kalau dtg Phuket tak tgk Simon cabaret rugi besar! Terhibur sgt!! Dgn kostum, dgn prop, dgn lagu, dgn tarian mmg first class. Setiap show dlm satu jam. Dan nak ambik gambar dgn diaorg BUKAN FREE. Haish.. Semestinya kalau tanya, we enjoy the show!! ;)


Utk dinner, kitaorg makan kat sini. Kalau jalan kaki dari hotel, dlm 5 minit. Hmm, the food tak berapa sedap kalau ada yg tanya. Tomyam pun tak kick! Tapi pasal malas nak jln jauh2, kita settle kat sini. Esok nak bgn awal. Mmg nak balik hotel nak luruskn pinggang. Depan hotel ada banana pancake.  Ya ampun sedap betul!!!
 To be continued-

Saturday 10 October 2015

- i movie -


Dah lama rasanya tak review cerita tamil yang best ;) Ada filem2 tamil yang best nnt ai recommend to u guys yg minat cite tamil. Kalau ada yg intrested atau yang baru mula nak kenal cite tamil.. cite ni sesuai utk semua. Cite tamil jauh lagi maju dr filem kita ok!
Kisah bermula bila Lingesan seorang juara bina badan bertemu dengan Diya seorang model cantik utk bekerjasama dalam satu penggambaran iklan. Mereka saling jatuh cinta. Konflik bermula apabila teman rapat Lingesan menyuntik virus berbahaya pada badan Lingesan hinggakan tubuh badan Lingesan menjadi hodoh. Lingesan malu lalu menyembunyikan diri. Sedar bila doctor yang merawatnya memberitahu, virus dlm badannya telah di suntik oleh sesorang Lingesan bangkit dan membalas dendam.. Fyi, heroin filem ni sangat cantik ok!!! Filem ni jugak dapat pengiktirafan utk makeup effect terbaik. Tak rugi tonton fiem ni ok? 

Banyak iktibar dari cerita ini. Dendam dan penyakit hati. Memang lumrah bila kita mula berjaya, ada sahaja yang tidak suka. Tidak senang malah sanggup buat apa saja utk menjatuhkan kita. Inilah kehidupan namanya . Tidak semua senang dgn kita. betul tak? ;)

Thursday 8 October 2015

Popia nestum

Dah tengok lama dah resepi ni. Punyalah sedap! Dari sehari ke sehari nak buat. Bila dah buat jadi ketagih pulak. Antara kuih yang paling senang dan sedap utk kunyah bila lapar adalah popia nestum. Paling penting bahan2 pun mudah. Ada 4 bahan utama. kulit popia, susu tepung, nestum yang di blend & gula yang di blend halus

Pertamanya, gulung kulit popia tu. Utk bagi kulit popia tu rangup waktu goreng sejukkn dalam fridge selepas di gulung. 

Gunting kulit popia mengikut bentuk kegemaran..



Selepas di goreng, tapis sekejap


Gaul rata bahan yang di blend. (Gula, susu & nestum) 



Gaul rata kulit popia dalam bahan yang di blend. Sedia utk di makan! ;)

Monday 21 September 2015

@missfazura


Kisah anak anak zaman sekarang, sementara tunggu papa shopping mari kita lepak minum.. Sambil minum.. slurppppp sampai nk kembung perut ternampaklah si cantik Fazura. OMG!!!!!!!! TERSANGATLAH CANTIK!!!! Nak ambik gambar ke tak nak ni??
Si flawless cantik yang tak makeup tebal.. OMGGG!!! i is so jealous.. ;)



xoxo

Friday 18 September 2015

HB Darling!






Happy Birthday MaiaArissa.. tak terasa waktu berputar. Dah besar anak dara ni :)


Semoga panjang umur mu
Semoga murah rezeki mu
Semoga diberikan berkah segala urusan mu
Semoga menjadi anak yang solehah
Semoga diberikan kesihatan, kekayaan, kejayaan dan yg baik baik buat mu
Semoga diberikan kebaikan di dunia & di akhirat juga

We LOVE You SO Much!

Monday 29 June 2015

HB my baby!




Happy Birthday anak manja Airell Ezzra

Semoga panjang umurmu
Semoga murah rezekimu
Semoga selalu di berkahi segala urusanmu
Semoga menjadi anak yg soleh
Semoga di berikan kebaikan didunia & diakhirat!

P/S: We Love You So Much!!! ;)

Wednesday 17 June 2015

Datang lagi




Bulan yang penuh berkah datang lagi. Indah rasanya! Merasai suasana bersahur, kemeriahan bazaar ramadan, suasana berbuka & nikmat sembahyang terawikh. Segala galanya jadi indah. Moga moga segala amalan kita di terima oleh Allah swt. Sama sama lah kita mengharapkan semoga Ramadan ini adalah yang lebih baik dari tahun lepas. Amin 

Salam Ramadan dari kami sekeluarga.

Wednesday 10 June 2015

HB Hubby!






I can't imagine my life without you
With you around everything seems new
Happy Birthday To Beat Of My Life
To The Man Of My Life
The King Of My Dreams
The Mate Of My Soul & The Love Of My Life..
Happy Birthday My Husband!


Wednesday 13 May 2015

Mother's Day




Ibu, mak, bonda, mummy, mama
Jasa kalian tak akan pernah dapat di balas 
Walau diganti segunung emas
Tak akan sama dgn tulusnya kasih sayang kalian

Noted- Dulu masa bujang tak faham rasa 'Mother's Day' ni, tapi bila dah kahwin dah ada ank baru rasa erti sebenar pengorbanan ibu. Memang selayaknyalah syurga di bawah telapak kaki ibu. 
Being a mom isn't an easy job. But definitely the best job anyone could ever ask for.



Monday 4 May 2015

Hiba








Tersentak. Arwah merupakan jiran yang baik. Last rasanya kami berjumpa di Giant Batu Caves. Sampailah di kejutkan dgn berita kemalangan yg meragut 3 nyawa. Sempat menziarahi keluarga arwah semalam. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan org org yang beriman. Sampainya di rumah arwah, perasaan bercampur baur. Sedih dan hiba. Anak anak kecil yang tdk berdosa menjadi mangsa kerakusan manusia yang pentingkan diri sendiri

Kehilangan dan kesedihan ini mengingatkan kembali sewaktu anak anak buah kehilangan ayah akibat kemalangan jalan raya juga beberapa thn yg dulu. Perit bilamana kehilangan org yg kita sayang & kehilangan tempat bergantung di usia yang muda.
Semoga anak anak kecil yang tdk berdosa ini mendapat pembelaan yang selayaknya, dan pada yang bersalah, apa perasaan anda jika ini berlaku pada keluarga anda?
Jalanraya BUKAN TEMPAT BERLUMBA. Bawak Myvi tapi rasa dah berlakon Fast&Furious sgtlah kann??

Monday 23 March 2015

Dah cantik balik..









Short story, bag dah kembali ke sisi tuan dengan selamatnya. SA Tod's KLCC sgt helpful! Like seriously. Total repair jahitan very reasonable.. Puashati sgt sbb bag ok sangat tanpa cacat cela. Kemas jahitannya. SA call dulu bgtau brp then kalau kita ok dgn price baru proceed utk jahitkan. Eeeeleh Tod's je pun... ;) Tapi fedulik apa kannn!