Sunday 18 December 2016

G E R Y




Bismillah, hari ni nak share pasal biskut Grey dgn you all. Agak agak tengok gambar biskut ni terliur tak? Cuba tengok lapisan cheese tu, agak agak rasanya macam mana? Ai dah tgk org post pasal Gery ni lama tapi tak dan nak cari sebab dengarnya susah nak dapat kat KL. Hmm ni nak habaq.. rasanya sedap bak hanggg!!!! Tekak ni dah telan telan airliur tengok gery ni. Di takdirkan cerita, ada kawan ke sarawak dan mintak kawan tolong belikan.
Harganya? Satu box tu RM60 ada 20 pax biskut. Dalam 1pax tu ada 10 keping biskut. Pls, if anyone teragak agak rasa biskut ni macam mana or terjumpa biskut gery ni jangan lupa beli. You all takkn menyesal sebab rasanya sedap sangat! Rasanya? biskut gery punya lemak cheese tu tak muak sbb lapisan bawah tu ada gula. Yang ada kat rumah ni pun dah nk abis dan serious rasa menyesal sangat order satu box aje ;)

Thursday 15 December 2016

Happy mind, happy life!

Penangan blogger & youtuber famous Huda beauty punya liquid matte lipstick is really crazy! Lagi gila dari Kylie lipstick. Punyalah ramai yg jual sampaikan dah ada yg jual replica lipstick. Be careful ye kawan kawan. Nak cantik, nak stylo tak perlu siksa diri ikat perut nak bergaya macam orang. Bole beli brand yang lagi murah dari Huda nanti i story. Rata rata seller jual liquid lipstick ni dulu masa awal2 kluar RM150 tak campur postage ye. Of course kite akan cari yang lagi murah kan. So awal awal Huda beauty lipstick ni kluar memang tak beli pun. Sbb tak dpt price yg within budget. Geram aje bila orang post lipstick ni. Sabar yee... Di takdirkan cerita, my sis friend pegi dubai. Apalagi, mestilah nk kirim kan! Harga RM120. My habit dari dulu kalau beli any brand, harus beli sebatang dulu. Rasa tekstur dulu, packaging cmne. Kalau suka barulah bole order yg lain. So far, kaler 'trophy wife' ni sesuai utk everyday. Packaging cantik sangat, tak sampai hati nk buang!






Ini cerita Colourpop pulak. Selalunya mesti nak join preorder je. Kalau ada je colourpop kluar kaler yg baru mesti i order walaupun sebatang. Sebabnya of course the price. Warna warna lipstick yg sangat cantik, ringan bila apply dan selesa. Range kaler colourpop pun sgt variety ada macam macam kaler you all bole pilih. Ada lippie six, ada satin lipstick, ada matte lipstick. Dan range lain ada eyeshadow, blusher, bronzer, eyebrow pensel. Nanti parcel dah sampai ai tunjuk collection colourpop yang i collect so far. Kalau you all tak pernah try colourpop, mesti try at least sebatang lipstick. Ada few seller ig yang offer good price. Bole cuba @amazinc.my  so far price dia reasonable. Bole cuba jugak seller @doodletoodle dia update you personally thru wa psal progress item yg kita order. Ok now part yang pahit kita nk share pasal preoder ni. Ada jugak yg tak best nak cerita pasal preorder ni. Seller yg satu ni kita dah order dari bulan puasa sampailah sekarang dah almost 6bulan takde update. Kalau you all kat tempat i agak agak2 buat apa? Tinggal maki aje blom. Bila tanya update parcel ada je alasan. Ye kadang2 kita pun faham masalah seller tapi janganlah ambik kesempatan kat customer. Kata seller barang dah lepas kastam bagai, postlah kat customer. Ada hal lain lg penting so bole biarkan customer tertunggu tunggu jadi patung. Adil ke tak buat cmni kat customer? Memang sakit jiwa dan raga dibuatnya. Sebab geram baik kita order sendiri. Tak sakitkan hati dan yang penting lagi cepat sampai tak peningkan kepala. So on 4th haritu trylah order sendiri kat colourpop.com. Shipping cost $10 dan hari ini 9th dapat email kata my order has been scheduled for shipment! Gila tak happy bila dgr kan. Yang penting takdelah nk menunggu parcel yg tak sampai2 kat 6 bulan :( 






Sunday 4 December 2016

Iklan

SALE!
Sale perabis duit datang lagi

Sold




Size 36- Size 37.5
SERIOUS BUYER PLS WA 0192771509. TQ

Hai semua! Penggemar brand CHANEL meh duk dekat. Anyone yang intrested nak beli woc chanel, or ada kawan kawan, isteri, kenalan, saudara mara yang teringin dengan harga kasih sayang. Pls forwardkan ye! Semuanya complete original. Authentic ye! Bukan gred AAA. Cash RM5000. Installment RM5500 bole instalment 2x bayar. WA 0192771509. Thank you ;) 



Saturday 3 December 2016

Masak memasak!

Assalamualaikum semua ;)
Hari ni nak share resepi Ayam Perattal, lebih kurang macam kari yang selalu kita masak tapi ni version tak banyak kuah. Pekat sikit kuahnya tapi di jamin sedap..
Bahan: Ayam, bwg besar sebiji, serai sebatang, garam masala, serbuk cili babas, tomato, santan, bwg putih & halia ( ditumbuk), 4 sekawan, kentang sebiji
Cara penyediaan: Ayam di gaul dengan kunyit & garam, bwg putih & halia yg ditumbuk, 1 sudu kecik garam masala, 4 sudu kecik serbuk cili babas. Gaul semua bahan bahan dengan ayam, bole letak sikit air biar rempah semua pekat. Biarkan bahan dan ayam  sekejap. Panaskn kuali, tumis 4 sekawan dan sebatang serai. Bila naik bau, masukkn bawang besar dan tomato. Masak sampai bwg dan tomato agak layu. Masukkn ayam yang diperap tadi dan kentang. Kacau biar rata. Tutup kuali biar ayam dan kentang agak masak dan bole masukkn santan. Dlm 10ml. Jangan banyak ye. Perasakn dgn garam dan perasa. Sila makan dgn nasi panas!



Ayam goreng thai. 
Walaupun rupa masakan ni ke laut, tapi di jamin sedap  dan senang. Pls cuba ye!
Bahan: Ayam, sebatang serai, daun limau purut, cili padi, sos cili, sos tiram, bwg besar, bwg putih
Cara penyediaan: Ayam di lumur kunyit dan garam lalu di goreng. Lebihan minyak goreng tadi jangan di buang ok. Tumis bwg putih, cili padi dan serai sampai naik bau. Masukkn sos tiram & sos cili. Masukkn bwg besar & daun limau purut. Masukkn ayam dan gaul rata. Perasakn dgn garam & perasa.

Selamat memasak ladies!



Tuesday 29 November 2016

Next parcel..

Hari tu cite pasal parcel kasut, kali ni parcel barang makeup pulak..Takde yg suka barang makeup ke? Mestilah suka kan walaupun sebatang lipstick.. susahnya nak menahan diri dari membeli barang makeup ni. Nasib baik belom tahap kronik tapi insha allah akan beli juga walau kat rumah ada banyak yg belum pun pakai lagi.. Muahhh! 
Ceritanya Sephora hantar email ada 20% instore & online haritu, nak beli Urban decay vice lipstick colour backtalk tapi out of stock. Okla ingat selamatla duit. Bila masuk website sephora kenalah kuatkn iman. Kadang2 benda yg tak perlu tiba2 jadi perlu. Ringan aje tangan nak tengok pastu nak klik2 kot kot adala item yang below RM100. Memang target taknk beli yg 'mahal pastu tak pakai sbb sayang'  Mesti banyak yg ada perangai cmni termasuk la yg tukang tulis ni.. Jadinya mmg nak cari yang murah2 aje. And reason yg paling kuat ialah bulan ni dah order colourpop lipstick & huda lipstick jugak, dan duit pun dah tak berapa nk tebal lagi. hahaha. Bila klik brand Tarte tersukalah pulak set kecik comel ni dan tertariklah nk membeli. Harganya RM65 sangatla mampu milik utk tiga item kecik molek bole letak dalam makeup bag. Ada mascara, lipstick & blusher. Suka tak? Gila tak suka. Item kedua yg menjadi pilihan ialah dari Sephora collection. Eyeshadow dlm mini size. Kalau tengok eyeshadow ni ada tiga tone colour. Pun comel dan murah dgn harga RM20 dan seterusnya melayakkn dapat free shipping. Pembelian terakhir ialah secara tak sengaja sbb mmg nk beli sangat set Stila naturally nude lipstick ni. Alasan. Tapi serious susah nk cari set stila ni sbb ramai yg beli. Dengan RM99 dpt 3 mini color sangatla berbaloi. Bagus jugak jual yg mini ni. kalau suka nanti bole beli actual size. Dan last but not least it cosmetics cc cream. Hmm... susahnya jadi pompuan ni. Banyak sgt godaan!







Monday 28 November 2016

Parcel...







My very first time order dari Topshop and insha allah nanti bole order lagi.. kalau kat zalora memanjang takde size. Asal nk beli takde size, stress betol!! Order thru website topshop lagi senang. Dah pakai dan selesa sangat. LOVE!! Yang bestnya tak sampai seminggu parcel pun sampai. Tak payah tempuh jammed, tak payah tempuh org bersesak sesak sampai nak muntah.. Dok rumah pakai baju tido atas katil klik klik aje.. Happy wife, happy life! ;)

Sunday 25 September 2016

Prawn Fry


Kadang berhari hari fikir nak masak apa. Untuk yg pening tak tau nk masak apa.. Saje nk share resipi super senang utk yg takde idea. Sebab biasanya kalau sebut udang yg terbayang mesti sambal udang atau kari udang.. kita tukar selera sikit tapi yg pastinya sgt sedap menjilat jari
Bahan bahan:
Udang, (ikutlah nk letak berapa banyak) halia & bawang putih (tumbuk halus), serbuk ketumbar, serbuk masala, garam, serbuk kunyit, serbuk cili, daun kari, bawang besar, cili padi.
Cara penyediaan: 
Udang dibersihkan dibuang kulit. Gaulkn bwg putih & halia, semua serbuk letak 1 sudu kecik (cili,ketumbar,kunyit,masala) dan sedikit garam. Gaul sebati dgn udang biar mesra.
Panaskan kuali. Kalau bole biar pakai kuali yg tak melekat. Gorengkan udang yg di perap dgn bahan bahan td tanpa minyak. Goreng sampai udang masak. Bila udang dah masak, bolehla ketepikan. Waktu ni satu rumah bole bau wanginya...
Di kuali lain, panaskn minyak tumis bawang besar sebiji, cili padi dan daun kari. Tumis sampai bawang agak layu dan masukkn udang yg kita dah goreng tadi. Gaul sebati semuanya dan perasakn. Selamat menjamu selera ladies!

Saturday 3 September 2016

Cepat di masak, sedap di makan!


Sebetulnya barulah rasa spagethi oglio ni la masakan paling senang, sedap & jimat masa. Dan sangatla sesuai utk sesiapa saje yg nk kejar masa. Bahan2 pun tak byk dan tak remeh nk masak. Kalau bukak google macam2 version uk spagethi oglio ni kan.. ada yg guna ni, ada yg letak ni. Terpulang pada selera masing masing
Bahan utama: Spagethi, bawang putih, udang, olive oil, sedikit butter, chili flake, parsley, black pepper, capsicum, garam. Cara masak: Panaskan olive oil, masukkn bawang putih. Masukkn udang, goreng sekejap. masukkn butter. Kacau lagi. Masukkn spagethi, capsicum. Perasakn dgn garam, pepper, chili flake & parsley. Siap utk di makan!


Thursday 1 September 2016

Lets Cantik Part2!






Update cite pasal kulit. Balik dari bercuti terus booked appointment. Tak sabar rasanya nak memanjakan kulit. Nak feeling princess jap ada org belai belai muka sambil muka di urut manja. Kalau ada yg nk tau kat mana tempat kitaorg buat, kat Clinic Chong. Located kat Kepong. Sebelum kat sini, kitaorg dah survey a few clinic utk skin problem. So far, Dr Chong the best! Consultation yg buat kita betul2 faham tentang treatment, solution dan apa yg you all nk tau tentang skin semua doc bgtau. 

Mcm biasa, my partner aka my sis sentiasa di sisi. kitaorg mmg sgt concern tentang kulit. Actually, kulit much ai ni takdelah prob yg teruk sgt sebetulnya. Tapi biasalah, bila kita menginjak umur ni adalah yang tak menyenangkan mata. Prob kulit ni lebih pada tone tak sekata. So, Dr Chong bagi lightening cream yg perlu di sapu pada effected area setiap mlm. Appt kali ni masih buat carbon laser peel.

Bestnya buat carbon laser peel ni kulit muka mmg rasa bersih sgt. Jerawat yg ada hati nk park kat area muka tu terus kecut. Lepas abis buat carbon laser, kulit muka kita di rehatkn dgn topeng ironman tu.. bole tdo masa pakai mask tu.. Aaahhh, the feeling lepas buat treatment sgtlah freshhhh!!! 

Ok, kita nk cite jugak psal dalaman utk rahsia kulit flawless. Nak cantik & sihat luar dalam, kenalah rajin jaga pemakanan. Salah satu cara ialah Detox. Bykkn minum green tea. Utk menjaga yg dalaman, ai ambik Aloevera gel. Fungsi- Membersihkan segala yg tersumbat, pembuangan yg sihat, usus yg sihat jugak. 

Honey aloe tu buat minuman sehari hari, sedap rasanya. Bole dapatkan di Jusco RM29.
Setiap hari Vit c tablet sebiji sehari. Kurangkan stress juga, tukar cadar & sarung bantal dgn kerap, impian yg blom tercapai ialah nk buat bekam yg pastinya baik utk kesihatan keseluruhan.. Lastly, utk kesihatan sekelurga bole beli Youngliving EO ni. 

Tuesday 9 August 2016

Tembak kulit!


Kalau tengok teknologi canggih utk kulit muka, mesti kita org pompuan paling suka kan? Sapelah yg tak nk cantik.. selagi boleh dan mampu mstilah nak jaga kecantikan. Bukan utk org lain, tapi utk diri sendiri. Sbb bila kita cantik automatik kita lebih yakin diri. Tua tetap dtg walau kita spend beratus beribu utk treatment itu ini, mmg lumrah alam. Yg muda ttp jadi tua, yg tegang ttp jadi kendur. Cuma mencegah sebelum waktu aje usaha yg kita ada. Sebelum hari raya hari tu, ai and my sister sempat cuba rawatan carbon laser peel yang tgh popular sekarang ni. Harga? Ada few yg first trial dlm RM200- RM250. Bole cari dulu yg sesuai dgn budget. Excited dan nervous jugak sebenarnya. Proses rawatan sbnrnya sgt simple. Rawatan kulit yg sesuai utk laser ni antaranya jerawat, kulit kusam, kulit jeragat. Kulit muka kita nnt di sapu dgn bahan yang berwarna hitam macam arang kat seluruh muka. Selepas tu, laser tu akan di tembak kat kawasan muka. Sebenarnya lagi rasa gatal2 kat muka masa di tembak dgn laser tu lagi baik katanya. Kesannya tu smpi ke lapisan kulit yg paling dalam berbanding dgn facial yg biasa kita buat. Ngeri bunyi macam kena tembak tapi takde apa pun sebenarnya. Cuma bau hangus terbakar. Takde effect merah merah. Takde rasa gatal2 whatsoever. Lepas treatment kulit muka akan di sapu dgn serum utk seluruh kulit muka dan tak bole apply anything kat kulit muka selama 6 jam. Ringkas kan? Nak nampak hasil maksimum yg berkesan flawless dan glowing kenalah buat treatment at least enam kali. Next appt kita update lagi ok? 




Thursday 14 July 2016

Bila Syawal Menjelma











Masih tak terlambat utk mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin buat yg mengenali. Semoga hariraya dan puasa pada tahun ini akan lebih bermakna di samping org tersayang. Persiapan hariraya, sederhana aje. Takde yg berlebihan. Dah berumur ni kan dah tak rasa excited melompat nak sambut hariraya. Nak sambut puasa lagi excited sebenarnya dari sambut hariraya. Kalaulah boleh di putar waktu, teringat zaman jadi kanak kanak lah yg paling happy bila sambut hari raya. Terkenang kenang zaman beramai ramai kutip duit raya. Pagi pagi buta dah tercongok depan rumah orang. Kalau ingat balik, maniss sangat zaman kanak kanak tu. Waktu mak bagi duit raya beli baju sendiri. Best sgt waktu tu! Dan kalau yg perasan time raya ni, inilah masa nak makan ketupat, kuah kacang, sayur lodeh, lemang, rendang ayam yang feel nya tak sama kalau makan bila time hari raya. Alhamdulillah, raya tahun ni seperti biasa pulang ke Melaka. Sempat jumpa saudara mara di kampung walau sekejap.
Insha allah, panjang umur kita balik Melaka lagi tahun depan. Selamat menyambut hari kemenangan buat semua umat islam, maaf zahir batin dari hati yg paling dalam. Semoga kita di pertemukan dengan ramadhan yg seterusnya. 




Saturday 2 July 2016

Phuket Day4

Punyalah berkurun nak abiskan story Phuket ni. Bila nk tulis xde idea pulak. Bila nk tulis, laptop rosak pulak. Haishh sampi hujung bulan ni nak repeat phuket trip lagi pun tak abis tulis lagi. Orait last day nak check out tiba2 hati rasa sedih. why la? Tetiba hatiku tertinggal di phuket!! Blom puas rasanya nk explore phuket. Short story, check out kul 12.
First stop, Pohim bawk kitaorg ke HRC dulu. Ada la beli sikit2. Dan destinasi seterusnya ialah mengisi perut yg berbunyi dgn ditemani deruan ombak yg menghempas pantai. View kat sini punyalah cantikkkkkk!! Pantai kat sini pun lagi lawa dan tak penuh orang. Kat area Kata ni macam kawasan yang nk privacy, tak nk kawasan yg bising2. Last but not least, sebelum balik ke airport kita singgah jap kat Phuket Premium outlet. Saje berjalan cuci mata. Tkde beli apa pun. Overall, I love Phuket! Phuket AWESOME! 
I share no driver yang super baik, yang bwk kitaorg round phuket aritu. Bole call Pohim. Orang islam yg menetap kat sana. Bole cakap melayu. Tempat mkn halal dia bwk semua sedap2. 

Kalau nk stay dekat -- Patong area. Semua dekat. Bole naik tut tut/ sewa skuter/ jln kaki
Kalau ke Phuket -- tak pergi trip ke pulau ibarat tdo tanpa bantal. RUGI tak pergi!
Kalau nk hiburan -- Bangla road & Phuket Simon cabaret.
Activity lain -- Phuket zoo, Phuket shooting range, Tiger kingdom Phuket, Bangla Boxing Stadium (Muaythai), Phuket Floating market, Phuket pearl farm, cashew nut factory,
















Till we meet again, Phuket!
-Hatiku tertinggal di Phuket-