Sunday 18 December 2016

G E R Y




Bismillah, hari ni nak share pasal biskut Grey dgn you all. Agak agak tengok gambar biskut ni terliur tak? Cuba tengok lapisan cheese tu, agak agak rasanya macam mana? Ai dah tgk org post pasal Gery ni lama tapi tak dan nak cari sebab dengarnya susah nak dapat kat KL. Hmm ni nak habaq.. rasanya sedap bak hanggg!!!! Tekak ni dah telan telan airliur tengok gery ni. Di takdirkan cerita, ada kawan ke sarawak dan mintak kawan tolong belikan.
Harganya? Satu box tu RM60 ada 20 pax biskut. Dalam 1pax tu ada 10 keping biskut. Pls, if anyone teragak agak rasa biskut ni macam mana or terjumpa biskut gery ni jangan lupa beli. You all takkn menyesal sebab rasanya sedap sangat! Rasanya? biskut gery punya lemak cheese tu tak muak sbb lapisan bawah tu ada gula. Yang ada kat rumah ni pun dah nk abis dan serious rasa menyesal sangat order satu box aje ;)

Thursday 15 December 2016

Happy mind, happy life!

Penangan blogger & youtuber famous Huda beauty punya liquid matte lipstick is really crazy! Lagi gila dari Kylie lipstick. Punyalah ramai yg jual sampaikan dah ada yg jual replica lipstick. Be careful ye kawan kawan. Nak cantik, nak stylo tak perlu siksa diri ikat perut nak bergaya macam orang. Bole beli brand yang lagi murah dari Huda nanti i story. Rata rata seller jual liquid lipstick ni dulu masa awal2 kluar RM150 tak campur postage ye. Of course kite akan cari yang lagi murah kan. So awal awal Huda beauty lipstick ni kluar memang tak beli pun. Sbb tak dpt price yg within budget. Geram aje bila orang post lipstick ni. Sabar yee... Di takdirkan cerita, my sis friend pegi dubai. Apalagi, mestilah nk kirim kan! Harga RM120. My habit dari dulu kalau beli any brand, harus beli sebatang dulu. Rasa tekstur dulu, packaging cmne. Kalau suka barulah bole order yg lain. So far, kaler 'trophy wife' ni sesuai utk everyday. Packaging cantik sangat, tak sampai hati nk buang!






Ini cerita Colourpop pulak. Selalunya mesti nak join preorder je. Kalau ada je colourpop kluar kaler yg baru mesti i order walaupun sebatang. Sebabnya of course the price. Warna warna lipstick yg sangat cantik, ringan bila apply dan selesa. Range kaler colourpop pun sgt variety ada macam macam kaler you all bole pilih. Ada lippie six, ada satin lipstick, ada matte lipstick. Dan range lain ada eyeshadow, blusher, bronzer, eyebrow pensel. Nanti parcel dah sampai ai tunjuk collection colourpop yang i collect so far. Kalau you all tak pernah try colourpop, mesti try at least sebatang lipstick. Ada few seller ig yang offer good price. Bole cuba @amazinc.my  so far price dia reasonable. Bole cuba jugak seller @doodletoodle dia update you personally thru wa psal progress item yg kita order. Ok now part yang pahit kita nk share pasal preoder ni. Ada jugak yg tak best nak cerita pasal preorder ni. Seller yg satu ni kita dah order dari bulan puasa sampailah sekarang dah almost 6bulan takde update. Kalau you all kat tempat i agak agak2 buat apa? Tinggal maki aje blom. Bila tanya update parcel ada je alasan. Ye kadang2 kita pun faham masalah seller tapi janganlah ambik kesempatan kat customer. Kata seller barang dah lepas kastam bagai, postlah kat customer. Ada hal lain lg penting so bole biarkan customer tertunggu tunggu jadi patung. Adil ke tak buat cmni kat customer? Memang sakit jiwa dan raga dibuatnya. Sebab geram baik kita order sendiri. Tak sakitkan hati dan yang penting lagi cepat sampai tak peningkan kepala. So on 4th haritu trylah order sendiri kat colourpop.com. Shipping cost $10 dan hari ini 9th dapat email kata my order has been scheduled for shipment! Gila tak happy bila dgr kan. Yang penting takdelah nk menunggu parcel yg tak sampai2 kat 6 bulan :( 






Sunday 4 December 2016

Iklan

SALE!
Sale perabis duit datang lagi

Sold




Size 36- Size 37.5
SERIOUS BUYER PLS WA 0192771509. TQ

Hai semua! Penggemar brand CHANEL meh duk dekat. Anyone yang intrested nak beli woc chanel, or ada kawan kawan, isteri, kenalan, saudara mara yang teringin dengan harga kasih sayang. Pls forwardkan ye! Semuanya complete original. Authentic ye! Bukan gred AAA. Cash RM5000. Installment RM5500 bole instalment 2x bayar. WA 0192771509. Thank you ;) 



Saturday 3 December 2016

Masak memasak!

Assalamualaikum semua ;)
Hari ni nak share resepi Ayam Perattal, lebih kurang macam kari yang selalu kita masak tapi ni version tak banyak kuah. Pekat sikit kuahnya tapi di jamin sedap..
Bahan: Ayam, bwg besar sebiji, serai sebatang, garam masala, serbuk cili babas, tomato, santan, bwg putih & halia ( ditumbuk), 4 sekawan, kentang sebiji
Cara penyediaan: Ayam di gaul dengan kunyit & garam, bwg putih & halia yg ditumbuk, 1 sudu kecik garam masala, 4 sudu kecik serbuk cili babas. Gaul semua bahan bahan dengan ayam, bole letak sikit air biar rempah semua pekat. Biarkan bahan dan ayam  sekejap. Panaskn kuali, tumis 4 sekawan dan sebatang serai. Bila naik bau, masukkn bawang besar dan tomato. Masak sampai bwg dan tomato agak layu. Masukkn ayam yang diperap tadi dan kentang. Kacau biar rata. Tutup kuali biar ayam dan kentang agak masak dan bole masukkn santan. Dlm 10ml. Jangan banyak ye. Perasakn dgn garam dan perasa. Sila makan dgn nasi panas!



Ayam goreng thai. 
Walaupun rupa masakan ni ke laut, tapi di jamin sedap  dan senang. Pls cuba ye!
Bahan: Ayam, sebatang serai, daun limau purut, cili padi, sos cili, sos tiram, bwg besar, bwg putih
Cara penyediaan: Ayam di lumur kunyit dan garam lalu di goreng. Lebihan minyak goreng tadi jangan di buang ok. Tumis bwg putih, cili padi dan serai sampai naik bau. Masukkn sos tiram & sos cili. Masukkn bwg besar & daun limau purut. Masukkn ayam dan gaul rata. Perasakn dgn garam & perasa.

Selamat memasak ladies!