Monday 18 December 2017

Ayam goreng bodoh!


Kalau dah takde idea nk masak, atau tetiba barang nk masak tak cukup.. janganlah risau! Masih sempat lagi nk masak, sbb mostly bahan ni mesti ada dalam fridge semua orang..
Bahan utama pastilah ayam yang di lumur garam & kunyit. Gorengkan ayam tapi jgn sampai garing sangat. Bahan tambahan aka penyedapnya ialah bwg besar sebiji, bwg putih 5 ulas, cili padi, cili hijau, cili merah. Cili tu bergantunglah nk pedas mana. Bahan ni utk 10 keping ayam aje. Kalau utk seekor ayam tambahlah bahan utk blend tu. Blend semua bahan tadi tapi jgn sampai lumat. Kalau lumat sgt tak rasa nanti cili cili tu. Ai pakai blender yg jual kat go shop tu, jadinya nnt bila blend cili tu masih ada kasar kasar. Kalau takde jugak, tumbuklah tapi syaratnya jgn sampai halus ok? Tumislah semua bahan blend tadi dalam lebihan minyak goreng ayam tadi. Bila nampak bahan tumis dah agak layu masukkan ayam. Gaul rata, perasakan dan garam & aji. Ok dah siap utk makan ;)

Tuesday 12 December 2017

Beauty item 2017!

Kalau kita suka segala mak nenek makeup , mesti antara item yg kita nk beli beg makeup kan? selagi beg tu tak penuh selagi itu kita cuba sumbat semua. Bila Colourpop release My Little Pony collection antara item yg memikat hati of course makeup bag! Alahai... cantik sungguh tau ;) Next item yg i order colourpop concealer, supaya bawah mata tak rupa panda. Still tunggu parcel eyeshadow & lipstick lagi.. fyi: colourpop shipping very slowly lately coz diaorang keep release new palette. Bertabahlah tunggu ;)
Demam FENTY yang blom abis, so kita pun terjebaklah. Kita beli foundation aje supaya tidak membazir. Ada yg kata nnt foundation oxidize. Ada yg dah try? Share la kalau ada yg experience yee
Yang ni tak dapat elak la.. mencegah lebih baik supaya kulit kekal bersih dan sihat walaupun umur semakin meningkat. Ai dah pakai botol kedua so far utk pagi & malam. Serius tak melekit & sedap baunya. Yang botol purple utk siang pastu apply sunblock dan botol merah tu apply malam. Ada cleanser, toner, acne serum dan byk produk lain yg sesuai utk semua jenis kulit. 
Lastly, I'm so in love it cosmetics brand! Dari cc cream & perfecting powder semuanya sangatlah best! Dap dap kat muka and you good to go. Powder ni paling sesuai utk touch up dan utk taknk coverage yg tebal sgt. Serius senang dan yg penting ada SPF50. Tolonglah beli powder ni sbb best ;) Boleh dapatkan di Sephora yee..







UPDATE ;)
My parcel colourpop dah sampai! Lippie stix tu RM28 utk dua btg. Murahkan?




Friday 8 December 2017

Double celebration!





Alhamdulillah utk umur yg di panjangkan oleh Allah SWT. Semoga umur yg di pinjamkan ini dapatlah kiranya melihat anak anak membesar, dapatlah mengembara bersama anak & suami dengan izin dari NYA. Di berikan ketenangan hati supaya sering bersyukur di waktu ada dan tiada. Semoga diberikan kesihatan yang baik, supaya kelak bila sakit menjelma tidaklah diri ini menyusahkan orang lain. Terima kasih pada suami, keluarga & kenalan atas doa yg baik baik. Ku syukuri di atas segala nikmat dariMU YA ALLAH..

Sunday 29 October 2017

Hi TB



Dahhh lama tengok, dahhh lama senyum gigit jari, dahhh lama nak beli, dahh lama baca review, dahhh lama fikir, akhirnyaa... i can bring you back baby ;) Selain yg high brand yg lain Tory Burch & Longchamp antara yg within budget. Plus spacious & tahan lasak. Its officially my first bag from Tory Burch!! Mulanya ai ingat nk kirim this bag kat personal shopper utk belikan bag ni, tapi bila convert rupanya lagi mahal. Baik beli di Kl aje. Elok pulak time beli Tory Burch ada sale 40%. Alang alang membeli, time harga tgh murah pulak tu ;) Melangkah kaki masuk butik mak aiii... punyalah cantik decoration dlm butik ni.. terpegun ai! 
Okla tak nk cerita banyak, mari menyimpan utk next target pulak.....

Friday 4 August 2017

FEM ROSA

 Finally..... Sampai pun palette yang di tunggu tunggu. Untuk info palette FEM ROSA ni harganya RM80. Nnt i share a few colourpop lipstick colour meletop yg you all kena try.
Dan utk yg interested nak dapatkan Colourpop bole tgk ig @ordercolourpopmy. Kalau jenis taknk tunggu preorder, pun ade je ready stock item. Very hardworking, trusted & friendly seller. I dah deal few preorder dgn dia dan so far takde masalah. U guys should try ok? ;)






 Thanks Veron!

Wednesday 2 August 2017

Balik kampung!

Phuket Day 3
Hari ketiga dimulakan dgn trip ke Racha Island (Raya island). Pantainya cantik, jernih & bersih. Laluan bila smpi ke jeti tu paling best rasanya. Walaupun bergoyang goyang dek alunan ombak manja tapi mmg mencabar bila nk lalu. Tergelak gelak sakit perut tgk muka masing2 kena imbang badan sbb berbuai jalan atas laluan. Rugilah kalau dtg sini tak ke island. Seriously island kat sini antara yg tercantik & terjernih. Everytime ada trip ke island, im very excited ok! Actually we all sepatutnya naik big boat, island hoping tapi sbb ada baby takut dia meragam, we all decide tukar ke island ni memandangkn jarak only 45 minit dari jeti dan kena naik speed boat. Memang bila naik big boat tak terasa langsung bila di buai ombak. Pagi2 driver van dah sampai ambik kat hotel dan bwk kitaorg ke tmpt nak ke jeti. Sebelum naik speed boat, kalau2 takut ada yg mabuk laut di sediakn siap2 ubat mabuk laut. Minuman panas dan biskut aje yg bole telan, sbb td kat hotel dah melantak breakfast kang takut ada yg terkandas.. Ada briefing dari tour guide boat jap. Fuhh pengalaman di buai ombak kuat tersangatlah mendebarkan sbb naik speed boat mmg terasa sgt berbuai perut tapi alhamdulillah tak serik lagi! Package incl makanan utk lunch sekali. Puashati! 














Phuket Day 4
Aktiviti terakhir sebelum balik kitaorg jalan2 di sini, jalan kaki 5 minit ke Pantai Patong dari hotel. Kalau ke sini jalan lupa ke Beautyland. Pun 5 minit berjalan kaki dari area hotel. Segala cream, shampoo ada kat sini. Murah pulak tu. Kat sini terlupa bawak segala skincare? Dont worry, berlambak jual. Cari je kat Familymart or 7Elevan. Mudahkan? So far, Phuket memang tak mengecewakan. Memang bestlah kat sini, memang tak rasa langsung nk balik pun. Terus smpai tghari kitaorg makan lunch kat Hawa kitchen. Sedap dan halal. Pun kalau masuk Familymart tu ada je benda yg menarik hati. Contoh air botol kolagen. Rasanya? Sedap dan itulah yg kitaorg duk minum sepanjang kat sana. Mudah mudahan la jadi putih. Hahahahaha...













Phuket Day5
Sebelum check out, masing2 turn massage last kopek. Bertambah sedap lepas massage makinlah rasa tak nk balik. Alhamdulillah, seronok rasanya dpt ke phuket dgn family tersayang wpun tak cukup 3 org family member. Jauh dari hiruk pikuk memang sangatlah tenang. Staff2 Asprey Hotel pun baik dan friendly. Asal turun bawah hotel mesti buat foot massage. Bole kata hari2 turun buat massage. Lunch sebelum ke airport haruslah di Pantai restoren. Location makan tepi pantai sambil order Phad Thai. SAMPAI JUMPA LAGI!:)







Sunday 30 July 2017

Im in love!






Ada orang suka kumpul skincare, ada org suka kumpul macam2 accsesori, lain org lain ragamnya. And i just wanna share my love, my addiction especially lipstick ;)
Don't worry, tak banyak mana pun. Tak sampai berkotak. Bibir ada satu, lipstick berbatang batang. Lipstick collector tau lah cmne perasannya bila dapat beli lipstick yg di idamkan. Bukan jenama jadi ukuran, takde pun Kylie jenner, Christian louboutin, BB, Gorgio Armani dan brand2 jenama terkenal pun i beli. Semuanya brand mampu milik. Lately ni suka beli colourpop lipstick. Firstly sbb murah, kaler dia semua cantik dan tahan lama. Ni pun dah order eyeshadow palette colourpop. Nanti sampai kita share ok! Every month mesti beli walau sebatang. Lama lama bila kira balik makin banyak. Semoga penyakit kumpul lipstick ni cepat berakhir sbb kalau banyak sgt sampai date expiry pun tak pakai lagi kan membazir!