Sunday 19 March 2017

Colourpop lipstick lagi?

I can never enough of lipstick! Payahnya nk stop beli lipstick. Penyakit betol! Bibir ada satu aje, tapi lipstick tak pernah cukup. Ai cuba jugak tak nk membeli tapi ada aje color yg berkenan di hati walaupun kat rumah ada jugak color yg lebih kurang. Siapa ada penyakit cmni, silalah angkat tangan kerana hanya pencinta lipstick yang akan faham situasi ini. Brand tak kisah apa pun. Meh kita cerita lagi pasal brand Colourpop. So far, harga lipstick ni sgtlah mampu milik. Harganya tu kalau kat drugstore ala2 maybelline, revlon, loreal aje. Sayangnya, brand colourpop ni takde kat sini. So sebelum ni memang selalu terjebak dgn preorder aje kalau nk beli colourpop. Selection color pun sgt2 lah cantik dan sesuai dgn semua skin tone. Ikut keselesaan bibir you all. Ada yg suka lipstick matte, ada jugak yg suka cream. So kat colourpop pun ada pilihan. Lipstick ni ada jenis matte, satin, metallic. Kalau you all bibir jenis tak suka yg kering & menggelupas bolehlah try pakai satin. Recommended sgt! Kalau sape yg suka lipstick yg super matte bole la try ultra matte lipstick. Yang lippie stix pulak pun ada satin finish & x matte formula. Smooth aje bila apply. Bibir pun rasa ringan macam tak pakai apa2. So far, satin lipstick colourpop sgt best ok. Even satin, colour stain tu tetap ada. Bibir pun rasa lembap je. Last post ai ada cerita pasal preorder dgn colourpop kan, so inilah lipstick yg ai order. Empat batang aje. Pelan pelan nanti kita tambah lagi. Sebenarnya lebih cepat dari preorder dgn seller ig @Dsahara. Malas nk story sbb sakit hati kalau ingat. Dahlah tak reply, lepas tu kita pun tunggulah macam orang bodoh dekat 7 bulan tiba2 seller bgtau lipstick tu dah keras. Dia kata nk refund, sampai sekarang takde. Pls kalau you all nk join preorder make sure seller tu tak bukak order yg banyak. Hope this help if anyone nak try beli colourpop ok ;)




-Lippie stix colourpop-
-Ultra matte lipstick & ultra satin lipstick-

Wednesday 15 March 2017

Balik kampung!

Phuket Day 1
Punyalah lama baru nk share. Cite last year pun. Vacation with family mmg dah jadi acara wajib utk kitaorg. Tak kisah dekat atau jauh. Asal dpt berkumpul mmg bahagia sangat rasanya. Dan as usual acara balik kampung to Phuket!!!! Why Phuket? Last dtg sini, my sis masih prgnt so after deliver we all plan ke sini lagi bwk baby dia and few family member lagi. Memang meriah rombongan cik kiah! Kita cita sekali harungla yee, panjang benar pun nk cite utk 5 hari kat sana. Flight kita ambik ptg so bila sampai sana just nice utk dinner dulu. Transport pun kita still ambik dgn Pohim. Dinner di tempat biasa yg ai pernah share dulu, dekat area airport phuket. Betul2 tepi jalan. Makanan kat sini mmg terbaik! recommended kat sini kena try tomyam yg super sedap! Lepas makan, perut pun dah penuh kita balik hotel dulu. Hotel still di Asprey sbb suka. Semuanya dekat dan senang







Phuket Day 2
Hari ke2 dimulakan dgn berjalan2 dlm van sbb hujan tak berhenti.. Lepas breakfast kitaorg ke cashew nut factory tapi takde yg murah pun kat sini. Kat sini tak lama pun sbb nak pegi tmpt lain. Mengikut tekak ai, paste tomyam yg beli kat sini tak sedap. Jln2 ke tempat jual tshirt murah pulak. Kalau nak beli utk family, kwn2, bole dtg kedai t-shirt ni. Pun ai dah share kat post sblm ni. Ramai pelancong dtg beli kat sini. Dah abis membeli, kita ke Wat Chalong Temple dulu jln2. Ramai org ye kat sini. Dah abis sessi ambik gambar yg tak abis2 kat sini kita ke Big Buddha Temple pulak. Sini kawasannya sejuk sikit sbb naik bukit. Acara disudahi dgn makan tengahari yg sedap. Dont worry kalau bab makan sbb pohim mmg akan bawak mkn kat kedai melayu. Acara di sambung dgn melayan jualan tepi laut Patong. Ada sotong goreng, mostly makanan laut yg di bakar. Sambil mkn sambil melayan deruan laut yg sungguhlah mendamaikan. Eeehh tetiba rasa nak duduk sini.. sbb xtvt masih blom terisi, kita mkn dinner dulu kat Bang Mut Seafood . Pun pernah share tempat mkn ni kat entry dulu. Kalau dtg sini elok dtg awal bole tgk view sunset. Klau dah dtg agak lewat, laluan bot tu agak gelap. Burppp!!! kenyang dan sedap betol makan kat sini. Berbaloi la dgn order segala ikan, sotong, lala, udang. Balik hotel makanlah pulak banana pancake. Kat bawah hotel je pun.. Ya ampunnn, punyalah sedap sampai terbayang2. Sbb kat phuket kalau tak massage adalah kerugian besar, jadinya ini juga acara wajib kalau dtg. Murah dan sedap. Selepas badan fresh lepas di urut, xtvt di teruskan ke Bangla Road. Anak2 kecik duk hotel yee.. mak2 nak cuci mata jap ok ;)




Misi mencari paste tomyam sedap tak jumpa :(




















Kalau nk cari apa2 package di Phuket, cari Romlee, no contact dia pun ada kt my previous post. Sangat baikhati & very nice person. Second time we all deal dgn dia. Recommended!

Till next post ;)