Thursday, 18 April 2013
Masak memasak!
Salam semua.. rindu pulak nk menulis tiba tiba. Banyak nk cerita tapi takde masa pulak. Topik hari ni kita cite pasal masak memasak pulak. Cewahhh tajuk bunyi gempak giler kann?! hmmm.. yang ado! Sungguh bunyi macam chef terkenal tapi * tak sanggup nk sambung ayat tu *.. Pengakuan ni yg paling ikhlas. takde tipu tipu punya. I memang cakap yang betul aje.. I tak reti memasak. TAPI tidaklah kata tak pandai langsung pun dik non. Kiranya ada improvement kata org putih dari zaman bujang laa.. Dulu kalau zaman bujang pun mmg masak nasi, goreng telur, ikan bilis dan kicap. Paling sedap tuu kalau tengah lapar! Agak agak darurat maggi pun ok.. Bukan tak nk belajar masak tapi malas sangat nk ke dapur. Memang dari dulu.. dekat dekat nk kahwin baru belajar masak nasi goreng. Lawak weyh!!! Tapi sejak berumahtangga dan ada anak ni, semuanya berubah.. perlahan lahan skill memasak tu dah improve dari dulu. Alhamdulillah. lauk pauk yg simple aje pun. Takde pulak keracunan makanan. Hehehe.. okla tu knn?! Sekarang ni i dah bole masak nasi ayam, nasi lemak, laksa, mee goreng, sup ayam, sambal sardin, kari tak lepas lagi, kiranya setakat lauk pauk utk tekak boleh kenyanglah dari dulu. yeay!! pada yg terror masak macam macam lauk tu.. i memanglah jeles! i mmg bangga sgt dapat masak walaupun cuma nasi goreng air tangan sendiri, walau tidak sesedap mana. Rasa jakun sangat bila dapat masak satu lauk tu. Lagi lagi pulak dikurniakan anak anak yg memilih makan. Airell & Maia makan mesti ada sup dan tak boleh pedas. Maksudnya apa2 lauk harus ada yg berkuah.. tak boleh telan kering begitu. Lepas kahwin jugak i start belajar masak laksa. Punyalah jakun nak masak sanggup aje belajar dari scratch masak laksa dari mak. I kan hantu laksa! Better buat sendiri dapat tambah banyak kali.. hehehe sedap kan pantun tuu?! Baru baru ni mak balik kampung. Dekat belakang rumah tu memang tanam pokok bunga kantan. Sedang cantik. Mak potong bawak balik dan esoknyaa mak tersayang masakkan kami laksa. Ohh lala..lala riangnya hati berbunga bunga..
Ok berbalik cerita masak tadi, baru baru ni percubaan pertama nak buat soto. Hoohh dah 37 tahun baru tau masak soto? iye.. sbb i tak reti.. Tapi i tak malu belajar. Lantaklah orang nk kata apa pun. Terkial kial i google resepi. Berkerut kerut dahi baca bahan bahan. Dan hasilnya not bad. Anak anak pun makan. Tak pedas kann? versi asal soto tak tau mcm mana. tapi tak nk guna bihun. Mula mula rebus ketupat mini tu dulu. Dah siap rebus buat kuah soto pulak. Last sekali masak bergedil utk di makan sekali. Bergedil pun first time buat. Ok jugak rasanya. Dah pernah makan few times tapi tak rasa langsung nak buat. Nampak remeh tapi senang aje sebenarnya. Very simple soto with love takde taugeh, cili potong bagai.. Puji jugak diri sendiri sebab sedap. Utk perencah soto tu i pakai yg dah siap. I guna separuh dari peket ni. Ada jual di kedai kedai runcit. Ada tomyam, mee kari, asam pedas..Utk yg terror masak abaikanlah part ni! Sekarang pun semuanya di hujung jari aje, klik sana klik sini. Semuanya serba mudah. Taip aje apa resepi nk masak. Tak sedap takpe, lama lama shud be ok. Practise makes perfect kan? lagipun masak di rumah terjamin bersihnya dari makan yg kat luar. Selamat masak memasak ladies!
Wednesday, 10 April 2013
Weeehuuuuu!
Ohhh BEST sungguh short trip ke sini.. rasa tak nk balik. Kadang2 terlupa dah sampai rumah. Ohh en suami, saya nak ke sini lagi boleh ker?! Boleh kann?! Nak ulang lagi BEST sangat!!!! If ada duit lebih, jangan kedekut utk spend buat diri sendiri. Badan bukan robot. Perlukan rehat.. sila manjakan diri anda sepenuhnya. Anda tak rugi. Malah badan akan berterima kasih pada anda. READ: kat mana mana pun boleh kalau nk manjakan diri. Baru minda lebih cergas. Jadi, buat kwn2 yang mmg ada duit lebih meh dtg Marina Bay Sands Singapore! Nanti kita story panjang pasal MBS ni, sementara otak dan badan tgh kira budget utk next trip Insha Allah.. walaweiii ada 2 trip nak tempuh ni! xx
Sunday, 31 March 2013
Sakitnyaa!
Di petang jumaat, terasa kelainan sikit. Tapi tetap sakit. Actually date ni pun nak dekat dekat tarikh period so bertahan lagi.. cuba tahan lagi. Dup dap dup dap.. berdebarnya tuhan saja yg tahu. Sampai malam, rasa sakit masih di situ, huhuhuhu....... sakitnya sampai rasa nk menangis tau! Gagal bertahan. Ya Allah penyakit apa ni?! Takutnya bila fikirkan yg buruk buruk. Masya Allah! Ok ok tak boleh jadi ni.. esok kena pergi clinic jugak. Takde excuse. Biarlah pakar check. Jangan memandai mandai buat cerita sendiri @ cuba nk jadi doctor yg tak bertauliah. Bismillah.. esoknya sabtu lepas abis rutin class abacus Maia terus ke clinic. Cuba nak tenang sbb takut dgr doctor bgtau nnt tapi tak berhasil. Tetap rasa getar & debar yg amat sangat.. Haishhh dugaannnn dugaan! Pnjang lebar sebenarnya apa doctor bgtau. Ok bawah ni i copy aje. Nak explain panjang lebar exactly yang mcm doc cakap takut nanti salah.. Jadinya i google a few result tentang kencing kotor. Tapi detail apa yg doctor cakap semuanya yg sama. Siap ambik sampel air kencing. Dan hasilnya ' Kencing Kotor '. Not funny langsung! Inilah pengalaman seumur hidup kena penyakit ni. Biasalah org pompuan ni kan.. selagi tak kena buat tak kisah aje kan?? Bila dah jadi cmni teruslah terbayang yg bukan bukan.. Pengajarannya, sila minum air yg mencukupi utk tubuh badan sekurang kurangnya 2-4 liter sehari. Jangan biasakan diri menahan bila rasa nak terkencing tu. hehehe.. Sekarang ni kalau rasa nk terkencing tu terus aje cari toilet. Dah takut nk tahan tahan. Maklumlahh sejak kena penyakit ni air kosong tu mmg kena minum dlm kuantiti yg banyak jadinya keraplah rasa nk terkencing. Alhamdulillah, now dah beransur baik. Jadi buat semua kwn kwn yg di ingati, Sayangilah diri anda! Kesihatan anda lebih berharga dari segalanya. Tiada gantinya. Bukan macam spare part kereta kalau rosak boleh ganti yang baru.. Untuk apa banyak duit kalau tak sihat? Kerana bila anda sihat, anda mampu menjadi isteri dan ibu yg baik buat keluarga. Insha allah.. mudah mudahan kita bersama menjaga anugerah terindah kurniaan illahi ini.. :D
KENCING KOTOR (Kencing Tak Lawas @ Kencing Sakit)
Apa itu kencing kotor?
Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seeorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
- Kekurang air dalam badan
- Jangkitan kuman dalam sakuran kencing (Urinary Tract Infection – UTI)-
- Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vitamin B dan Vitamin C
- Pesakit kencing manis (diabetes)
- Mengandung
- Pengambilan sesetengan ubatan
- Terdedah kepada sesetengan bahan kimia
- Batu karang dalam saluran kencing
- Kerosakan buah pinggang
- Hubungan seks juga merupakan factor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spermasid.
- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan kencing yang keruh, mereka kebanyakknya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering menggunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk merujuk penyakit seperti itu.
Saluran kencing bermakna saluran air kencng daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.
Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia Coli atau E.Coli (=e-kolai).
20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E.Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundit kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman ini terpaksa naik ke bahagian atas dengan melawan arus kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.
Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?
Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundit kencing. Bila pundit kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). jadi apa-apa yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E.Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing. Dengan ini akan mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.
Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostate dan lubang kencing yang sempit (uretharal structure). Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan kurang pengambilan air.
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.
Apakah tanda-tanda kencing kotor dan UTI
Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.
Mesti diingati iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, symptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.
Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doctor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat. Biasanya dengan uristix (gambarajah di bawah).
Rawatan
Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.
Ambillah ubat antibiotic yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumla doktor semula (anda perlu menghabiskan antibiotic yang diberikan itu)
Pencegahan
Minum air dengan secukupnya
Elak menahan kencing
Makan buah cranberries atau blueberries yang mempunya antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
Makan buah nenas. Nenas mempunya bromelin yang bertindah sebagai anti-radang.
Sumber dari~sakitanda.com
Saturday, 30 March 2013
Hujung minggu lepas..
Entry yang dah lama basi tapi tetap nak share jugak. Motif? Sedang tunggu masa yg sesuai utk menulis. Alang alang ada kat draft, marilah share kan? Dah lama sungguh tak keluar cuci mata di Pavilion, tetaplah Pavilion lebih happening kan? Asyik nak ke KLCC aje bosan jugak! My sis yg sweet ajak ke Pavilion last week.. Best!!! Walaupun tak shopping utk diri sendiri, tapi hati ini tetap bahagia bila lihat anak2 happy bila di ajak keluar.. First stop, makan dulu. Bila kenyang baru bertenaga utk tawaf Pavilion. Favourite utk semua tekak ialah Madam Kwan. Yes, I LOVE everything kat Madam Kwan! Semuanya serba kena kat tekak. Sangat cozy & rileks kat sini. Order kueyteow goreng & Fish & chip utk kanak kanak. Utk pencuci mulut, kitaorg order Banana Fritter. Sambil tulis ni pun terliur okeh.. sumpah sedap!! Tak terlalu manis, sedap sejuk dalam tekak.. Kenyang perut kami ke H&M pulak. Berlaku sedikit pembelian di situ. Bukan utk i pun.. betul! Tak tahan tgk serious murah sangat. Patutlah naik gila kalau ke H&M ni.. Sediakn duit banyak banyak kalau ke sini utk yg ada anak kecik! Pung pang pung pang sehari suntuk tawaf Pavilion hari pun dah larut malam, marilah balik ke rumah dgn senang hati..
Favourite. Terbaik!! Cukup dari segi rasa :))
Bersama untie kesayangan yg cantik....
Airell yang tak reti duduk diam..
Maia yg cheeky!
Itu aje cerita weekend! :)
Itu aje cerita weekend! :)
Wednesday, 20 March 2013
Monday, 18 March 2013
Yang Saya Suka!
Lain orang lain caranya. Lain orang lain gayanya. Haisshhhh... sbb tu ada perumpamaan rambut sama hitam, hati lain lain kann? Kadang kadang ada yang sesuai dgn Si A ni tak pulak sesuai dgn si B. Yang si B pakai tak sesuai pulak utk si A. Tengok org pakai yg cantik, kita teringin jugak kadang kadang.. Bila kita pakai tak cantik pulak. Kahkah... Pengajarannya marilah ukur baju di badan sendiri ye kawan kawan...
Ini produk yang saya pakai SEBELUM bershampoo. So far, saya puashati!
Ini shampoo FAVOURITE! Bestnya bila pakai shampoo ni kepala rasa berangin angin gituu.. terasa lega sgt. Rasa lembut ajee bila guna walaupun tanpa conditioner. Baunya pun wangi. Paling penting murah beb! Dulu pakai jugak brand2 lain cth Loreal tapi bila rambut start gugur, dah tak rasa sesuai lagi. Bertukarlah ke bahan bahan semulajadi. Faktor yg memainkan peranan berlakunya keguguran rambut ialah stress, gaya hidup, pemakanan, faktor genetik & penggunaan bahan bhn chemical pada kulit kepala.. Okey saya memiliki kesemuanya faktor itu.. Ohhhhh!!!! :(
Botol yg kecik tu serious best! kenapa best?? Hair perfume & dry shampoo tau.. Bau pun wangi sangat! Memang senang nk carry kemana mana. Masuk dlm handbag. Agak2 terlupa shampoo rambut, spray aje kat rambut. Senang kan? Selalunya spray masa rambut tengah lembap.. urut urutkan kat kulit kepala tu. Kalau boleh keringkan tanpa hair dryer. Rambut terasa lebih lembut..
Untuk toner, saya suka ini! Terjebak dgn Kolagen punya pasal.. hahahaha! Utk kulit kulit matang ni, banyakanlah google kebaikan kolagen ye! Sana sini org dok cerita pasal kolagen jadi haruslah ambik peluang nak rasa kebaikannya. Alhamdulillah dah masuk sebulan penggunaan. Bestnya bila pakai kulit rasa sejuk aje! Boleh di dapati di Sasa..
Hmm.. takde yg menarik pun kann?? Yang murah sajoor.. Alhamdulillah, kulit pun x byk bagi prob sejak dulu, jadi yg brand murah pun ok nampaknya.. Alhamdulillah. Bukan x nk yg beli high brand, ada jugak try MAC, Guerlain & Max Faxtor tapi sejujurnya saya lebih selesa dgn drug store brand saje. Sekarang mmg dah stick yg ni.. Nanti nanti kita try brand lain pulak ok? Kalau nk tepek kat muka tu, tak penting brand atau harga pun, kalau mampu yg mahal apa salahnya. Malu ker pakai brand yg murah? haha.. tak malu langsung utk saya. Ala.. pakai yg murah pun tak semestinya tak ok kann?? Rileks.. Pakai yg murah kalau hasilnya bagus kan dah save duit? Paling best Revlon BB photo ready tu , silky white BB 2 way powder & Ronasutra. Bila pakai rasa kulit ringan sgt. Tak rasa berat langsung kat kulit. Itu penting agar kulit rasa bernafas. Lately ni tak berapa suka pkai foundation. Rasa rimas bila kulit berat.
Takdelah koleksi yg byk manapun, tapi pastinya brand Revlon & Nyx pilihan hati. Murah!! Jatuh hati dgn selection color color yang cantik dan senang nak cari.. Paling suka sekarang Revlon Just Bitten Kissable Balm Stain. Pensel crayon gemuk yang comel. Bila pakai rasa mint gitu. Color favourite saya Lovesick & Honey. Harga pun below RM40. Utk Nyx banyak sekali color color yg cantik! Tapi kalau cari kat Sephora KLCC tu asyiklah abis @ takde stock, sakit hati betul! Utk senang, rajin rajinlah join spree Nyx. Utk pembelian barang barang lain tu, nak dpt disc rajin rajin pergi Watsons okehh! Kalau pergi Watsons tu macam macam ada, sediakn duit aje! :D
Semakin tua, rambut putih aka uban mula menghampiri. Atau petanda 'sudah tiba masanya anda bertudung' Doakan saya kwn kwn! Ini boleh di dapati di kedai kedai runcit. Cuci rambut anda seperti biasa. Harga juga sgt murah. Yang penting selamat dan bau jugak wangi, tidak memeningkan kepala.. Dua minggu sekali saya akan pakai. Bila rambut dah warna hitam baru nampak sihat. Seminggu sekali kalau rajin perap rambut dgn Almond Oil..
Jeng Jeng.... Last but not least, tak lengkaplah tanpa cuci mata. Automatik mata yg letih jadi segar kerana penangan Furla candy bag ni dan Gucci ni. Mesti ramai yang suka beg ni kan?? Jadi pengakuan seterusnya ialah saya jatuh cinta dgn beg ini. Sungguh jatuh cinta. Pandang pertama. Harga yang sgt berpatutan. Uhuk uhuk... In shaa Allah, akan masuk dlm koleksi seterusnya..Sementara tu bagi laluan pada *ehem ehem* yang akan masuk dlm hadiah anniversary nnt.. Ohh Furla dan Gucci, kenapa kau comel???
Okeh cukup cukup.. Ni yang SAYA SUKA! ANDA bagaimana??
Wednesday, 13 March 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)










