Saturday, 8 June 2013

Singapore Part 1


Punyalah lamaaaaaaaaa dah cerita ni, nak tulis asyik takde masa. kadang kadang tu buat buat busy jugak! hihihi.... :) Esok last day cuti sekolah kann?! Alhamdulillah semuanya dah settle utk persiapan cik adik Maia ke sekolah nnt. Better buat awal awal. Taklah terkejar kejar nnt. Iron baju siap siap utk seminggu, kasut pun dah siap di kapur, buku buku dah siap dlm beg sekolah, homework pun dah di siapkan. Fuhhhh.... tarik nafas dalam dalam!!!! Settle semuanya. Entry ni dah lama nak tulis sbnrnya. Bulan Mac punya cerita dahh... basi pun! Kalau makanan ni dah tahap boleh campak tong! huhu.. Ok cerita bermula bila kami plan nak ke tmpt lain.  Plan ke Singapore antara yg last minute jugak, nak ke *tut* tapi kesuntukan masa dan tarikh flight terlalu mengejar so kita anggap takde rezeki. Fine, tak payah susah hati.. tarik nafas rilekssssss sbb kita nak berehat melapangkan minda, release tension di awal tahun terkejar kejar waktu..
So suami suggest ke Singapore and i terus cakap yes! My favourite!! I love Singapore! Berulang ulang kali datang pun takpe. Kalau suami nak duduk kat sini pun takpe.. Lagipun Singapore bukannya besar mana pun, Pusing pusing kat situ jugak.. Kalau ke Singapore bak kata suami, lebih senang drive. Boleh jalan2 sendiri aje. Senang nk urus time sendiri. Nak berhenti suka hati, rasa penat boleh berhenti rehat jap. baiklah.. Kami mengikut aje boss! :p
Dari KL bertolak ke Singapore pukul 9pm janji melayu. Biasalah tu kann?!? Drive thru Mcdonalds dan kami mkn dlm kereta aje. Malas nk berhenti awal awal pagi. Last berhenti makan di Pagoh aje terus lunch dan straight masuk Singapore. We all berlima aje. Booking Marina Bay Sands thru Agoda siap siap. Ni siang siang tugas my sis. Thank you cik Ct! Lain kali tolong bookingkan lagi ok! Kami berlima so better ambik Premiere room. Just nice utk kami berlima..
Saje aje share experience stay MBS buat yg ada plan nak stay here, this hotel memang Recommended!! I bagi 5 star! If ada duit lebih lebih tuuu jgnlah kedekut sgt, the reason nak sangat ke sini sbb nak mandi  infinity pool tuuuuuu.... mmg superb!!! takde ayat nak describe dah... jemputlah dtg sendiri ke sini yer!






Hello Marina Bay Sands!








Lobby area














OMG!!!!! Cantikkannn?!?!?


Hello SINGAPORE!! View dari our balcony.














Ini antara aktiviti kanak kanak yang rumah takde bath tub, hihihi....








Dah check in bilik, we all terus naik atas. Dah mengeletek abis dah! Pool tu kat tingkat 57. Masya Allah bila nampak pool tu walaweyhhhh super cantik!!!!!! Rasa nak duduk kat dalam pool tak nak pergi mana mana. We really enjoy here!!! Sumpahh giler best!!!! Nak naik pool you must stay here. Mana mana you nak pergi you kena guna access card. Means takde card mmg x boleh nak ke mana pun.. Free wifi lagi di sini. How awesome!


Mandilah sampai lebam!!! From 6am until 11pm yooooooo!!!


Ok sabar sabar.. esok aje kita terjun. Nak cari makan dulu yuk..


Nak mandi sini rasanya, ptg lagi best kot!


First stop, we all mkn seafood kat sini. sedap!!





Dan lapar lagi, di sini favourite my boss. Sebelum balik hotel, tapau murtabak ayam sbb tak kenyang lagi.. hihi


How i wish can stay here more longer!


Di Tower 1 turun ke bawah adalah syurga duniaaaaa, ada macam macam tempat menarik. Macam macam brand. Macam macam org.. sediakn duit aje! :))











Nasib baik tutup hari tu kannn! Kalau tak....


Di luar ni boleh bayangkan ala ala di KLCC dgn air pancut tu..





Tunggu Part 2 ok!

Tuesday, 4 June 2013

List to buy




Tepuk dada tanyalah selera. Semua kat sini, pada i murah & jimat! Kalau kena dgn cara pakai, insya allah boleh bertahan sikit.. Kesesuaian tu penting. Slalulah baca ingredient yang ada dlm sesuatu produk yg digunakan. Buatlah research sebelum membeli. Kita tak rugi pun.

. Day cream argan oil, night cream argan oil, arbutin lightening cream argan oil, facial wash argan oil. Sgt selesa, bau yg sedap, kulit rasa lembut. Ni dah pakai almost 4 bulan.
. Norefal placenta oil Vit E. Ni dipakai every night. Bau mint yg harumm. sukaaa!! Bila sapu kapsul tu rasa menyerap sangat, tak melekit pun..
. RS kolagen. utk makan dan sapuan seperti mask.
. Kao biore wet tissue so far the best utk tanggalkan semua makeup degil. Kat rumah dah pakai yg cleansing oil. Untuk nak cepat wet tissue penting. Memang hilang! I suka buat  double cleansing utk hilangkan makeup. Baru rasa bersih..
. Brightening scrub ni brand biasa biasa aje. selalunya Garnier. Alah.. carilah apa2 brand pun yg sesuai utk kulit masing masing knn? duit aje sediaknn! Yang ni pun pakai seminggu sekali.
. Mask ni apa apa brand pun ok. Janji mask utk tepek kat muka bagi muka rest. betul betul rest. Yang ni  seminggu sekali pakai. Lagi bagus cari mask yg macam topeng tu.. lepas pakai tak perlu cuci.
. Sephora. Ni antara part yg tak kan abis nak cerita. Byk yg nak dibeli kalau di sini. Tapi kena set kat mind betul2 yg mana HANYA utk dipakai, bukan beli pastu simpan sbb sayang.. Antaranya nak beli Lipstick kaler baru, brand lipstick pilihan tentulah Revlon, Maybelline, Loreal.. Nak tukar kaler lipstick lah, asyik pakai yg sama bosan jugak! Selection lipstick kaler di Sephora pun cantik2 jugak, Selain dari tu, nak beli blusher, bedak two way cake, mascara dan palette eyeshadow yg baruu.. Blusher yang di maksudkan Brand Benefit. Blusher ni jenis creamstick dan blend. Packaging so sleek! berkenan.. tapi ada review kata blusher ni tak tahan lama which is kena apply few times jugak. Takpe, option lain kita boleh try brand Thebalm, harga compare drp Benefit is way cheaper. Last sekali two way cake. True Match Loreal pun ok jugak. tapi nak try Brand Laniage. Ni first time try brand ni. Harap2 bedak ni tak mengecewakan! Korean brand fyi. Yang penting SPF bedak ni 50++ . Cukup sesuai dgn cuaca kita. Utk yang nak cari SPF yg tinggi dlm BB cream tapi taknk spend utk yg mahal, boleh try Loreal BB cream. Yang tu pun ada higher SPF 50++. Enough said! Cukuplah itu aje utk dibeli, jangan tamak.. Teknologi sentiasa terkini, kang beli yang ni, esok lusa kluar benda lain pulak kan? hihihi....



















Sunday, 2 June 2013

Kemana tuu??


Tak kemana pun cuti sekolah ni.. atas sbb sbb tertentu our vacation terpaksa ditunda.. Plan nk ke *tut* tapi apakan daya mmg tak kesampaian, ok aje kot.. tutup buku sedih buka buku baru.. memikirkan takde plan so we all ke Melaka. Balik hari. Hanya kami berenam. Rasanya dah lama jugak tak balik ke kampung. Hari raya aja yg selalunya baru nk balik kampung. Baru meriah bila ramai ramai berkumpul. Kitaorg sampai Melaka dlm kul 1 cmtu, just nice makan tghari dulu. Tapi sblm tu singgah Pasar Besar Melaka shoppinggg! Yang pastinya belacan, udang geragau, cencalok jugak, keropok2 yg sedap susah nk jumpa kat kl harus di borong duluu.. :p


14keping RM10. Murahhhh!!!


Super murahh RM4!!!!!!!!!! Rugilah tak beli......


Latest addiction ... Sedap nk mampos!!!! Harus borong utk kerepek raya nanti.....


Dodol yg sedap, kuih yg super rapuh.. sedapppp!!!


We all lunch kat sini.. Kalau balik kg mesti lunch kat sini dulu. Lauk meriah dan sedap.. ramai org jugak, cuti sekolah kann?!? Kalau dtg sini mesti ambil lauk daging salai pucuk ubi...walaweeiiiiiiiiii terbayang bayang weyhh!!! JJCM pun dah pernah review tempat ni.. tempat ni kat area Taming Sari tu.


Bismillah..... tertelan air liur beb!!!!! sedap!!

Dah kenyang perut, mari kita naik cruise ala ala kat Venice pulak.. kesian budak budak kecik tak merasa naik dari dulu, takpe hari ni meh kita verangan kita kat Venice ye anak anak! kikiki... Tiket utk adult RM10, kanak kanak RM5. Perjalanan cruise makan masa 40 minit. Boleh tgk macam macam view dari cruise ni. Merasalah bau yg amat harum kat sungai tuuu... sila sediakan kain utk tutup muka or rambut sbb air sungai tu akan terpercik.. hihihi...














Cantik jugak hotel ni... tapi bila tgk price dia baik tdo kat Marina Bay Sands lagi kot!...













Dah penat penat menghirup suasana Venice, mari kita basahkan tekak minum cendol yg sedap nii!!! RM3. Yang ni recomended dlm menu tu. Kedai ni tepi bahu jalan.. tapi memang best! Oleh kerana dtg hari khamis, tak dapatlah nk pergi Jonker Street yang selalunya dibuka pada jumaat, sabtu & ahad shj. Ok takpe, nnt dtg lagi.. Dekat aje pun drive dr KL 2 jam boleh sampai kot.. Byk sebenarnya tempat yg boleh dilawati di Melaka ni. Dah nama pun Bandaraya bersejarah kann?! Kat area ni kalau berjalan kaki sikit, ada kedai jual baju kebaya nyonya yang cantik. Jahitannya kemas dan cantikk! Now dah tak muat lagi, wajib beli baru yer darling! Dah puas berjalan jalan di Melaka, we all terus ke Merlimau. Our hometown. Sebenarnya, urusan nk ke kampung utk tengok rumah kami di sana. Tapi biasalah bila berjalan dgn si diva aka my sis, selalu melencong ke tempat lain dulu. Dalam pukul 10 barulah bertolak balik dr Melaka. Sepanjang perjalanan kat highway, hujannn yg lebat. Sampai rumah 12:30 mlm. Huishhhh... Gue capek!



Motif tunjuk pic ni sbb baju ni dah tak muat! huhuhuhu.......