Sunday, 7 July 2013
June & Jerebu..
Celebrate lagi?! Kebetulan jatuh hari sekolah di tutup pada isnin gara gara jerebu, we all planning makan makan sambil celebrate birthday utk family member yg lahir on June. Airell, suami & mak berkongsi bulan yang sama. Harus diraikan sekali.. Alang alang kata org. Kami ke Grand Hyatt. Utk personal opinion makanan kat sini biasa biasa aje.. Kalau di compare di Melting Pot selection makanannya dan buffet selection lagi byk dari sini. Cumanya kami nak lebih privacy. Jadi disini sesuai sikit. Suasana jerebu pada pukul 8 mlm, Lihatlah jerebu! Selamat harijadi semua, semua kalian panjang umur, dimurahkan rezeki selalu.. Amin..
Monday, 1 July 2013
Update!
Suasana collect #OrkedJM semalam. Dah ada yang pergi??! Lepas dapat emel baju boleh collect dari 1 July - 7 July so semalam pun pergilah.. Frust abiss!!!!!! Baju yg di order tak sampai lagi. What?! Iye baju yg di order memang tak sampai lagi.. Promoter kat situ pun bgtau 'nanti baju akak sampai kita call ok! Bila datang waktu malam, tak ramai pun rupanya kat situ.. senang giler nak try baju baju kat situ.. Plan nk g pagi tapi malas pulak nk berebut rebut. Tak perlu pun nak pergi berasak asak kat pintu Tesco macam org yg memang dah xde baju nk pakai.. Personally, banyak design baju tu kainnya jarang jugak.. Entahlah, citarasa masing masing kann?! :D
Sunday, 30 June 2013
Oren theme
I paling suka dpt jemputan kahwin. Best sgt sebab dpt mkn nasi minyak dgn ayam masak merah, pajeri nenas, kurma daging, daging dendeng, acar timun.. huishh terliur sungguh! Kebetulan dpt invitation majlis kahwin. Perlu ke tak pergi? Oh big NO!!! Wajib pergi takde excuse. Sbb inilah masa nk makan lauk org kahwin.. bukan selalu dpt makan kann? Temanya oren. Cariklah kat dalam almari baju yang takde berapa banyak baju pun.. hihihi... ade pun sehelai.. :P Wedding kwn my sister. Orang jemput kita datanglah kann??! Makanan sedap, alhamdulillah kenyang perut. Selamat pengantin baru. Semoga perkahwinan anda kekal bahagia hingga ke akhir hayat Riza! xx
Kiddos with lovely gorgeoussss busu!
Thursday, 27 June 2013
Muhasabah diri
Pernahkah kita beringat?!
Pernahkah kita terfikir?!
Pernahkah kita merenung sejenak?!
Pernahkah kita menginsafi?!
Solusinya mudah...
Jangan suka membandingkan diri dengan orang lain
Jangan pernah rasa takbur
Jangan pernah rasa dendam & iri hati
Jangan selalu merungut
Jangan suka membandingkan diri dengan orang lain
Jangan pernah rasa takbur
Jangan pernah rasa dendam & iri hati
Jangan selalu merungut
Bersyukurlah dengan rezeki yang kita ada walaupun kecil nilainya
Tipulah kalau kata tak pernah cemburu dgn yang lain, sebagai manusia biasa yg penuh dgn nafsu kadang kadang timbul rasa iri.. rezeki orang lain jangan dipersoalkan, untuk tips yang selalu saya apply bila rasa tiba tiba down :
Dont worry what other people say ni paling penting beb! susah hidup kalau asyik fikir apa kata org
Jgn ikut style orang sangat, tak semua yg org pakai tu cantik kat badan kita
Takde buat cara takde, takde duit duduk diam diam. Ikut kemampuan diri..
Hidup lebih bahagia rasanya.. betul takk?!?!?!
Tipulah kalau kata tak pernah cemburu dgn yang lain, sebagai manusia biasa yg penuh dgn nafsu kadang kadang timbul rasa iri.. rezeki orang lain jangan dipersoalkan, untuk tips yang selalu saya apply bila rasa tiba tiba down :
Dont worry what other people say ni paling penting beb! susah hidup kalau asyik fikir apa kata org
Jgn ikut style orang sangat, tak semua yg org pakai tu cantik kat badan kita
Takde buat cara takde, takde duit duduk diam diam. Ikut kemampuan diri..
Hidup lebih bahagia rasanya.. betul takk?!?!?!
Sunday, 23 June 2013
#Haze!!!
Salam semua, Bangun pagi rasa apasal kabus semacam ni??! Rupanya jerebu dah semakin teruk. Now dah mula sakit tekak dan hidung berair. Sana sini semua sibuk tentang wabak jerebu yg sedang melanda dgn teruknya setakat ini di Muar dgn bacaan IPU yang sangat tinggi. Mari kita doakan sama sama semoga wabak ini tidak berterusan. Dan berita di tv pun dah mengesahkan setakat ni khabarnya banyak sekolah sekolah akan ditutup. Alhamdulillah, bimbang jugak kesihatan anak anak yg bersekolah dgn terdedahnya dgn wabak jerebu ini.. Dalam pada taknak keluar pun sbb jerebu, gagahkan jugak keluar atas jemputan teman utk birthday party anaknya. Iyelah dah janji nak pergi, tak sedap pulak tak datang.. had so much fun!! Borak borak, makan makan.. Actually anak anak kami bersekolah di tadika yg sama hingga ke sekolah rendah yg sama dan di kelas yg sama.. kebetulan rasanya! :D
Ok, scary rasanya!!!
P/S: Saya share dari blog Dr Harlina Siraj, sudi sudikanlah baca blog beliau..
Saturday, 22 June 2013
3 tahun
Anak tu salah satu anugerah buat semua pasangan yg berkahwin. Allah bagi rezeki dalam pelbagai jalan, anak antaranya. Anak pengikat kasih sayang suami isteri. Anak tu penyeri rumahtangga. Kalau dulu sibuk org tanya bila nak kahwin, pastu dah kahwin ada pulak gatal yg tanya bila nak ada anak? Biasalah mulut org kann?? Alhamdulillah, pastinya ramai di antara kita menginginkan pengalaman mengandung dan melahirkan anak dari rahim sendiri. Bagi yg belum mempunyai rezeki utk mendapat anak, jgn putus asa ya! Teruskan berdoa dan berusaha. Allah maha mendengar. Dan bila dikurniakan anak, macam macam pengorbanan pulak.. Antaranya berjaga malam, kurang tidur tu biasa. Say Hello Zombie!! Anak meragam dgn penatnya berpantang lagi.. jadi stress pulak! :D Hari hari dok mengira kalendar cepatlah abis 44 hari. Tak sabarnya nk abis berpantang.. Bila anak dah besar sikit, kami plan pulak utk anak kedua. Yg second ni mmg betul2 plan. Tak kisahlah anak apa pun.. tapi coz smpi 7 months check up doc masih tak nmpk jantina so i was hoping this could be a baby girl also.. hhihihihi.. tp kann naluri tu dah rasa lain bila early pregnant utk yg kedua ni sgt berlainan dgn yg pertama. Di awal2 tu masa prgnnt Maia i langsung tak boleh makan laksa..Ohhh why???!! Tak terbukak langsung selera tgk laksa padahal akulah hantu laksa! Tapi bila prgnnt Airell bolehlah pulak telan laksa. Tekak ni mengada ngada betul! So far, takde yg merumitkan.. tipulah kalau takde stress kann? kadang2 stress jugak dgn pelbagai kerenah dan ragam yang tak menentu tapi percayalah..satu ketika nanti anda akan merindui moment2 indah waktu kecil bersama mereka, jadi berseronoklah melayan kerenah mereka sementara waktu ni..hihihi. 21 Jun genap Airell Ezzra 3 tahun! YES 3 TAHUN! Kejapnya masa berlalu, kadang2 rasa dia masih baby lagi!! Pengalaman melahirkan dia pun agak mudah berbanding Maia. Dari pukul 12 mlm masuk labor room, dua jam sakit dah selamat bersalin.. Fuhhh!
*Airell makan apa saja. Dia paling suka makan sup. Janji ada yg berkuah!
*Airell sangat kuat merajuk!! Saangatttt kuat merajuk. Naik suara sikit pun dah merajuk..
*Airell paling suka menyakat kakaknya.. Kadang kadang geram! Apa aja kakak punya mesti dia nak.
*Airell favourite kartun Upin & Ipin, Boboiboy, Mickey Mouse, dia hafal semua cerita tuu.
*Paling suka bas, kereta dan lori sampah. Kalau lelaki tu tetaplah lelaki..
*Sangatlahhhhh manjaaaaaaa! Mentang mentanglah dia yang paling kecik dlm family..
*Penyayang orangnya. Kalau gaduh camne pun dgn kakak sebelum tidur mesti salam kakaknya
*Garang & penakut orangnya
*Sangat suka air
*Masih tidur dgn mummy. Melekat macam gam gajah. Anak manjalah kann! :))
*Pantang dengar lagu. So far dia mmg cepat tangkap.
*Hantu Ipad. Siang pagi ptg malam tak boleh berenggang dgn ipad.
*Kegilaan terbaru siang malam tergilakan Rapunzel! Haishhhh.....
Gambar terakhir sbelum saya meletuppp!
Ngam ngam abis 44 hari.. yehuuuuuu!!!!!
Setahun Airell
Dua tahun Airell
Ini dua gaya yg biasa kalau merajuk! :)
Tunggu org pujuk....
TAAAA-DAHHHHHHHHH.......
:))
Airell 3 thn. Happy Birthday Sayang!!!!
Simple dinner dgn birthday boy..
"Semoga menjadi anak yg soleh. Yang akan mendoakan kedua org tuanya dan yang akan berbakti kepada org tuanya. Semoga perjalanan hidupmu diberkati di dunia dan di akhirat...
Salam kasih sayang!
Sunday, 16 June 2013
Fathers day
Buat suamiku tersayang,
Terima kasih atas cinta
Terima kasih atas komitmen
Terima kasih atas pengertian
Terima kasih atas perhatian
Terima kasih atas kasih sayang
Terima kasih atas kesanggupan
Terima kasih untuk SEGALANYA!
WE LOVE YOU VERY MUCH!!
Hope you enjoy the simple present
Wifey, Maia & Airell
Subscribe to:
Posts (Atom)



































