Dah berakhir syawal pun minggu lalu, Alhamdulillah semoga di panjangkan umur untuk bertemu lagi pada tahun depan. Dan selamat berjaya buat adik adik yang akan menduduki UPSR. Masih tak sempat nak siapkan entry tertangguh lagi.. insha allah soon!! Cuti 4 hari sekolah kebangsaan ni, banyak benda nak buat.. Kerja rumah jangan cakaplah memang tak kan pernah abis dari pagi sampailah malam.. Anak perempuan ajak makan Meatball Ikea, nak makan ayam Uncle Bob, nak ajak swimming, nak ajak beli buku latihan.. Haishh nasib baiklah cuti anak hoii.. Oklah, Saje nak iklankan kat sini Blackberry Q5 in ( GOOD CONDITION ) utk di jual RM800. Reason nak let go owner dah banyak sangat phone. Phone baru sebulan pakai. Kalau ada yang berminat, boleh email yea! :)
Sunday, 8 September 2013
Wednesday, 4 September 2013
Akhirnya..
Dah tau nama LAWA LAWA LAH ni lama jugak, pernah makan di area ni tak lama dulu.. tapi tak pernah dapat yang dihajati sbb everytime ada yg berkenan mostly dah sold out. Arghhh!!!! So pada yang ada IG jangan lupa Following yer.. ada banyak yang cantik cantik sampailah satu hari memang berkenan pada yang tu jugak.. dah pun berangan sambil membayangkan kalau pakai di badan yang tak berapa nak cantik ni.. huhuhu... dah tak boleh miss kali ni! Mesti beli jugak! selepas beberapa sessi whatsapp dan email so terus janji nak dtg terus butik yang sangatlah berdekatan dgn rumah. Hmm.. i would say 15 mnt kalau tak jammed. Dan punyalah kecik ehh dunia ni anak tokey butik ni sekelas dgn Maia.. huhuhu... Butik ni dekat sgt dgn area zoo negara. Kalau rasa dah dekat dengan area tu, rasanya dah takkan sesat lagi.. Zaman skrg ni kan, semuanya di hujung jari, taip aje apa yang nak.. lagi lagi kat IG tu bersepah dah macam iklan bergerak. Tak susah pun macam dulu nak jual barang. Jual tu jual ni.. nak beli atau tak nak aje.. masing masing cari rezeki nak meniaga. Panjangnya pulak membebel.. Btw rasanya i nk let go baju, skirt dan dress. Ada yang blom pakai pun jugak. Reason nak jual sbb memang tak pakai. Insha Allah akan di upload soon..
Monday, 2 September 2013
Hello!
Assalamualaikum semua, kejapnya dah masuk bulan September. Pastu 3 bulan lagi habislah tahun 2013. Dah masuk tahun 2014. Alhamdulillah, banyaknya yang manis pada penghujung tahun ni.. Syukur! Masuk September ni genap setahun menulis blog cap ayam.. Best jugak menulis ni kan?? hihihi... pun ingat nak buat something dan juga ulangtahun si cantik Maia Arissa.. Insha Allah tgh plan nk buat birthday party buat anak manja seorang ni.. pada yang berdekatan nanti insha allah akan di jemput.. :)
Mencari masa yang sesuai nak menulis a few entry yang tertangguh, harap harapnya dlm minggu ni jugak boleh siap. Terima kasih buat yang sudi baca ye! Bye..xx
Saturday, 31 August 2013
Takde tajuk..
Untuk semua rakyat Malaysia, Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun. Sejahteralah Malaysia hendaknya & berbanggalah menjadi rakyat Malaysia yang hidup aman damai makmur sentosa. Tak keluar kemana pun, di rumah aje. Lagipun jammed nak kemana pun lagi lagi ke KL..
OMG!!!! Michelle Phan release new makeup line??!? Ada yg tak kenal ker? Shes the famous makeup guru kat youtube. Excited baybeh.. Memang minat tgk semua video dia kat youtube. Sangat talented. So dok lah ari hari tgk website www.emcosmetics.com. You guys should check it out too especially yang kaki makeup, yang kaki nk try semua makeup yg latest, yang kaki suka membeli makeup, but so far Emcosmetics xde shipping ke Malaysia lagi.. :(
Major LOVE! Nak lah palette ni USD75. Berbaloi la kalau kira balik dengan satu palette ada 4 blusher, 8 lipstick, 24 eyeshadow and free travel palette.
Utk peminat IKEA termasuk i now dok tunggulah katalog baru ni.. bilalah nak dapat. Dah tak sabar nak tgk idea idea dan produk baru.. Yang penting memang ramai yang suke IKEA.
**Major LOVE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!**
Monday, 26 August 2013
E-day Jumbo!
Selamat bertunang Miss ct aka Jumbo pada 24hb Ogos baru baru ini. Dia adik yg bongsu dan inilah majlis kahwin terakhir dlm family. kami berbeza 6 tahun. Tapi so far kepala ngam.. Setelah melalui zaman cinta jadi tak jadi, hihihihi.... akhirnya jumpa jugak pilihan hati.. Small celebration aje, family and close friend aje yg di jemput. Thanks pd yg dtg wpun haritu jalan jammed everywhere..
Kami 4 beradik
Awat gelap kat sini?! huhuhuhu...
Thanks for coming Julia!
Isn't she GORGEOUSSS???
Thursday, 15 August 2013
Ramadhan yang dirindui!
Cerita Aidilfirti nantilah story kat sini. Nak publish cerita ni sampai terlupa dah balik dari kampung halaman bercuti baru teringat. Kita cerita pasal ramadhan punya cerita sat.. Alhamdulillah ramadhan tahun ini rasanya yang paling baik dari sebelumnya utk diri sendiri. Biarlah ianya menjadi rahsia kerana sememangnya itulah yang selama ini saya impikan. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas kesempatan yang masih di berikan. Tahun ini, mood buat kuih raya sendiri. Pagi2 raya lepas subuh sempat buat breakfast dan bakar kek :D
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali. Sepanjang mengenali jika ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan, mengguris hati.. saya mohon maaf. Maklumlah saya juga insan biasa yang penuh dgn kekurangan, kekhilafan, banyak salah silapnya yang mungkin tidak di sedari. Moga ramadhan yang pergi banyak memberi ruang buat kita semua menjadi insan yg lebih baik. In sha allah. Buat yang memandu pulang ke kampung halaman, memandu dgn cermat. Semoga sampai ke destinasi. Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya, jangan di lupa pada yang telah tiada dan pada yang kurang berkemampuan. Di saat kita bergembira, masih ada yang berduka. Sambutlah dengan bersederhana.. Semoga Puasa & Aidilfitri tahun ini akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali. Sepanjang mengenali jika ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan, mengguris hati.. saya mohon maaf. Maklumlah saya juga insan biasa yang penuh dgn kekurangan, kekhilafan, banyak salah silapnya yang mungkin tidak di sedari. Moga ramadhan yang pergi banyak memberi ruang buat kita semua menjadi insan yg lebih baik. In sha allah. Buat yang memandu pulang ke kampung halaman, memandu dgn cermat. Semoga sampai ke destinasi. Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya, jangan di lupa pada yang telah tiada dan pada yang kurang berkemampuan. Di saat kita bergembira, masih ada yang berduka. Sambutlah dengan bersederhana.. Semoga Puasa & Aidilfitri tahun ini akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya.
Thursday, 1 August 2013
Shopping raya
Semakin ramadhan meninggalkan kita rupanya. Sedih rasanya. Diam tak diam kita semakin hampir ke sepuluh malam terakhir. Sama sama meningkatkan amalan, moga moga ada ganjaran buat kita nanti. Nak tulis dari sehari ke sehari ada aje halangan. Saje nak cerita pembelian raya hari tu. Memang plan nak pergi weekdays. Tak ramai orang. Best sbb tak crowded. Cumanya masa tak panjang. Tak banyak mana pun, utk anak anaklah di dahulukan. So semuanya dah settle. Tarik nafas panjang panjang.. dan lepas ni cuti sekolah dua minggu. Rileks lagi. Yuhuuuuu!!!!!
I personally love H&M. Tak tau ada ke yang tak suka? Ok tengok total item utk dua orang anak ialah 25 pasang. Yup 25 pasang, tak dapatlah kalau cari kat Gap ke Guess ke.. Dan rasanya sangat sangat berbaloi!!!! Dan rasanya dgn design yang tak kurang comel utk budak2 dan kalau di compare dgn other brand H&M sangatlahhh berpatutan. Ok dari segi harga, utk satu tops boleh dapat dalam RM19.90. Huishhhh... tak dapat nak kata murah abis dah tuu! kann?? Personally jugak selepas belajar drp pengalaman lepas masa ank pertama, kitaorg gila beli branded brand utk Maia. Pengajarannya jugak kanak kanak cepat membesar. Time tu anak pertama so tutup mata aje.. Sehelai tops utk Burberry aje dah dekat RM300. Belum campur tolak seluar, kasut dan macam2 lagi.. Dan akhirnyaaaaaa baju tu dah tak muat pakai. sayang kannn??? tsk..tsk.. Dapat anak lelaki takkn nak pakai kakak punya kann?! Boo..
Dari ke H&M dan ke Pavilion, memang rezeki dapat makan sini. Kebetulan Madam Kwan's tengah renovate. Our favourite place selain daripada Madam Kwan's. Malas nak cari buffet sbb dah tak larat nak makan banyak. Budak2 tu pun bukannya makan banyak pun. Kalau ikut nafsu macam macam nak makan. Kang lepas teguk air kenyang tersandar macam ular sawa.. :D
True Beauty!! :)
OMG!!!!!!!!!!Shes toooooooo GORGEOUS!!!!! Rasanya seumur hidup this the best moment dapat jumpa Miss Fazura yang cantik. Sumpah cantik. Cantik sangat. True beauty! Ini barulah betul betul panggil cantik. Manis. Asyik senyum aje. Rambut cantik. Kulit cantik. Makeup cantik. Dressing tak melebih lebih. Dah memang cantik pun, pakai apa pun tetap cantik! Ramai kan yang minat Fazura nii?!?!?! Dahlah cantik. Haishhh.. Dia makan kat Grand Mama's jugak. Sebelah meja kami. Ok nak makan pun tak lalu sbb asyik tengok Fazura. hihihihihi...... Sangat friendly. Sangat baik. Jap..... kita borak pasal handbag too! :D Pasal jodoh pun ada, pasal House of Doll pun ada, pasal bla..bla..bla... nak pergi Aldo pun lambat sbb borak punya pasal. Ok kasut tu bole beli anytime aje.. Nak jumpa Fazura tak tau bila lagi kann? Habis penuh iphone i dgn gambar Fazura hari tu.. hihihihihi
Subscribe to:
Posts (Atom)











