Wednesday, 18 September 2013

Super Awesome!

Hello mummy mummy sekalian, dah ada yang tgk Kinetic Sand ni? 
Hari ni bukak FB first thing buat mata ni berbunga bunga.. Dah nampak betapa syioknya benda ni, bukan anak anak aje yg suke, mak bapak pun sure tumpang sekaki nak join main benda ni.. Atuk & nenek pun mesti kata best! Sangat menarik!!!! Lain dari yang lainkan? Dah tengok berkali kali sambil membayangkan nak buat apa nanti dengan Maia dan Airell.. Alternatif yang baik utk kiddos yg ' hantu Ipad '.. Mudah mudahan benda ni akn memberi manafaat yang baik buat anak anak sekalian.. Ipad tu bukannya tak baik, CUMA.. personally utk i Kalau tak di kawal penggunaan Ipad memang bole buatkan kanak2 ni leka dan menyemai sifat malas.. Huishhhhh...
Sebelum terlupa, ada entry utk birthday girl Maia Arissa yang jatuh pada 15hb aritu.. Tengah curi curi masa nak siapkan.. 
JOM BELI!!!!!!!!!!





P/S: Ada sesiape yang dah beli?? Review PLS! THANK YOU..



Sunday, 8 September 2013

Short update!


Dah berakhir syawal pun minggu lalu, Alhamdulillah semoga di panjangkan umur untuk bertemu lagi pada tahun depan. Dan selamat berjaya buat adik adik yang akan menduduki UPSR. Masih tak sempat nak siapkan entry tertangguh lagi.. insha allah soon!! Cuti 4 hari sekolah kebangsaan ni, banyak benda nak buat.. Kerja rumah jangan cakaplah memang tak kan pernah abis dari pagi sampailah malam.. Anak perempuan ajak makan Meatball Ikea, nak makan ayam Uncle Bob, nak ajak swimming, nak ajak beli buku latihan.. Haishh nasib baiklah cuti anak hoii.. Oklah, Saje nak iklankan kat sini Blackberry Q5 in ( GOOD CONDITION ) utk di jual RM800. Reason nak let go owner dah banyak sangat phone. Phone baru sebulan pakai. Kalau ada yang berminat, boleh email yea! :)



Wednesday, 4 September 2013

Akhirnya..



Dah tau nama LAWA LAWA LAH ni lama jugak, pernah makan di area ni tak lama dulu.. tapi tak pernah dapat yang dihajati sbb everytime ada yg berkenan mostly dah sold out. Arghhh!!!! So pada yang ada IG jangan lupa Following yer.. ada banyak yang cantik cantik sampailah satu hari memang berkenan pada yang tu jugak.. dah pun berangan sambil membayangkan kalau pakai di badan yang tak berapa nak cantik ni.. huhuhu... dah tak boleh miss kali ni! Mesti beli jugak! selepas beberapa sessi whatsapp dan email so terus janji nak dtg terus butik yang sangatlah berdekatan dgn rumah. Hmm.. i would say 15 mnt kalau tak jammed. Dan punyalah kecik ehh dunia ni anak tokey butik ni sekelas dgn Maia.. huhuhu... Butik ni dekat sgt dgn area zoo negara. Kalau rasa dah dekat dengan area tu, rasanya dah takkan sesat lagi.. Zaman skrg ni kan, semuanya di hujung jari, taip aje apa yang nak.. lagi lagi kat IG tu bersepah dah macam iklan bergerak. Tak susah pun macam dulu nak jual barang. Jual tu jual ni.. nak beli atau tak nak aje.. masing masing cari rezeki nak meniaga. Panjangnya pulak membebel.. Btw rasanya i nk let go baju, skirt dan dress. Ada yang blom pakai pun jugak. Reason nak jual sbb memang tak pakai. Insha Allah akan di upload soon..















Monday, 2 September 2013

Hello!






Assalamualaikum semua, kejapnya dah masuk bulan September. Pastu 3 bulan lagi habislah tahun 2013. Dah masuk tahun 2014. Alhamdulillah, banyaknya yang manis pada penghujung tahun ni.. Syukur! Masuk September ni genap setahun menulis blog cap ayam.. Best jugak menulis ni kan?? hihihi... pun ingat nak buat something dan juga ulangtahun si cantik Maia Arissa.. Insha Allah tgh plan nk buat birthday party buat anak manja seorang ni.. pada yang berdekatan nanti insha allah akan di jemput.. :)
Mencari masa yang sesuai nak menulis a few entry yang tertangguh, harap harapnya dlm minggu ni jugak boleh siap. Terima kasih buat yang sudi baca ye! Bye..xx

Saturday, 31 August 2013

Takde tajuk..


Untuk semua rakyat Malaysia, Selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 tahun. Sejahteralah Malaysia hendaknya & berbanggalah menjadi rakyat Malaysia yang hidup aman damai makmur sentosa. Tak keluar kemana pun, di rumah aje. Lagipun jammed nak kemana pun lagi lagi ke KL..


OMG!!!! Michelle Phan release new makeup line??!? Ada yg tak kenal ker? Shes the famous makeup guru kat youtube. Excited baybeh.. Memang minat tgk semua video dia kat youtube. Sangat talented. So dok lah ari hari tgk website www.emcosmetics.com. You guys should check it out too especially yang kaki makeup, yang kaki nk try semua makeup yg latest, yang kaki suka membeli makeup, but so far Emcosmetics xde shipping ke Malaysia lagi.. :(

Major LOVE! Nak lah palette ni USD75. Berbaloi la kalau kira balik dengan satu palette ada 4 blusher, 8 lipstick, 24 eyeshadow and free travel palette.


Utk peminat IKEA termasuk i now dok tunggulah katalog baru ni.. bilalah nak dapat. Dah tak sabar nak tgk idea idea dan produk baru.. Yang penting memang ramai yang suke IKEA.


Taa-dahhh!!! Ada yang suke tak?? Cepat angkat tangan.. Espadrille Chanel ni memang cun & stylo! PersonalIy i prefer yg ni daripada leather. Aduhhh gila mengumpul kasut la pulak sekarang! hihiihi..... harganya berpatutanlah.. Ouchhh.. But now semua sz xde di Chanel KLCC. Tungguuuuuuulahhh!!!!


**Major LOVE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!**

Monday, 26 August 2013

E-day Jumbo!



Selamat bertunang Miss ct aka Jumbo pada 24hb Ogos baru baru ini. Dia adik yg bongsu dan inilah majlis kahwin terakhir dlm family. kami berbeza 6 tahun. Tapi so far kepala ngam.. Setelah melalui zaman cinta jadi tak jadi, hihihihi.... akhirnya jumpa jugak pilihan hati.. Small celebration aje, family and close friend aje yg di jemput. Thanks pd yg dtg wpun haritu jalan jammed everywhere..





Kami 4 beradik

Awat gelap kat sini?! huhuhuhu...













Thanks for coming Julia!

Isn't she GORGEOUSSS???

Thursday, 15 August 2013

Ramadhan yang dirindui!

Cerita Aidilfirti nantilah story kat sini. Nak publish cerita ni sampai terlupa dah balik dari kampung halaman bercuti baru teringat. Kita cerita pasal ramadhan punya cerita sat.. Alhamdulillah ramadhan tahun ini rasanya yang paling baik dari sebelumnya utk diri sendiri. Biarlah ianya menjadi rahsia kerana sememangnya itulah yang selama ini saya impikan. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas kesempatan yang masih di berikan. Tahun ini, mood buat kuih raya sendiri. Pagi2 raya lepas subuh sempat buat breakfast dan bakar kek :D











Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali. Sepanjang mengenali jika ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan, mengguris hati.. saya mohon maaf. Maklumlah saya juga insan biasa yang penuh dgn kekurangan, kekhilafan, banyak salah silapnya yang mungkin tidak di sedari. Moga ramadhan yang pergi banyak memberi ruang buat kita semua menjadi insan yg lebih baik. In sha allah. Buat yang memandu pulang ke kampung halaman, memandu dgn cermat. Semoga sampai ke destinasi. Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya,  jangan di lupa pada yang telah tiada dan pada yang kurang berkemampuan. Di saat kita bergembira, masih ada yang berduka. Sambutlah dengan bersederhana.. Semoga Puasa & Aidilfitri tahun ini akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya.