Monday, 1 September 2014

Rambut

Situasi pertama
Last rasanya buat treatment rambut dengan Argan Oil treatment. Not so happy with the result. Salon ramai orang, jadinya pekerja pun tak menang tangan melayan customer . Ala ala kadar aje hasilnya wpun salon ada nama. Dan hasilnya bila balik rambut jadi gatal gatal.. Warna pun tak sekata. Capuk sana capuk sini. Macam cat tertumpah. Serik kot! :(

Situasi kedua
Bila pergi Salon nak rilek kepala otak dan time tu lah pekerja salon sibuk promote segala syampu, conditioner, kalau boleh semua benda dia nak promote sampai kita jadi rimas. Annoying sumpah rasa nak tampar! :( Bye bye salonnn...

Sudahnya lama dah tak memanjakan rambut. Frust sgt! Bila tgk ramai sgt pergi 'Number76 hair Salon' kaki dah tak boleh tahan nak pergi. Macam biasa, First sekali kena booking appointment. Boleh pilih branch mana. Boleh pilih nak buat haircut dgn sape. Ai pilih Mont Kiara sbb paling dekat dgn rumah. Dan pilih Sato Director stylish yang super baik. I buat treatment utk cuci, potong, touch up dan jugak buat tansan treatment. Rasa macam vip bila reply pun thru SMS. Best eh cmni. Klau boleh tak payah pergi on weekend la. Baik pergi on weekday sbb tak ramai org. Kalau dtg sini kena try Tansan treatment. Lepas buat, rasa fresh giler! Kepala rasa ringan lepas urutan. Haishhh.. Once a while memang kena treatment cmni la. Rilekskan urat urat yang tegang. Bestnya kat sini, semua staffnya friendly & stylish gilerrr! 
Tansan treatment tu kena try! Memang rasa sejuk berangin kepala lepas cuci. Tambah lagi kena urut kat tengkuk & bahu memang buat mata pun nak terlelap. Lebih kurang utk bersihkan segala kekotoran yang melekat di kulit kepala. Barulah rambut lebih sihat. Yang paling best, yang paling takde stress ialah..
Staff Number76 takde langsung promote apa apa suruh beli- i loikee!! ;) 
Setiap treatment diaorg bgtau ni apa, lepas ni apa- Double likee! ;)
Layered rambut terlalu banyak buat rambut nampak kering- Stylish kata
Hasilnya lepas buat semua treatment, terus rasa energy baru. Kepala ringan. Best ok!







Yang belah kanan tu Sato. Kalau dtg Mont Kiara branch, cari dia.


Tuesday, 19 August 2014

Ah-mazinggg!

Hi Beautifulsss.... Selain Michelle Phan, Sona Gasparian yang super popular kat youtube, hari ni nak share channel apa lagi yang  BEST kat youtube utk pencinta makeup & jugak fesyen. Punya jutaan Subscribers. Ahh-mazingg betol!! Semuanya Successful & popular ;)
Exclusive dpt pegi invitation event, dpt try produk baru, layanan first class macam artis,  dapat travelling. Duit pun byk. Kena freatif aje. AWESOME kn?!
Tgk Michelle Phan skrg, dah ada makeup line sendiri. Semuanya start buat video tutorial. Anyway whats your favourite? Me? OF course semuanyaaa! Memang tak boleh pilih favourite sbb semuanya ada style sendiri.. Jgn lupa klik kat youtube ok! ;)













Saturday, 16 August 2014

Short vacay!

Sebelum puasa , kami short vacay ke Penang. Woohooooo!!! I love Penang. Little surprise utk anak bujang, Mr Airell utk birthday dan utk cik Maia yang dpt good result exam. We all booked Little rock suite 2 mlm utk kids. Hati senang tgk anak anak happy! Sbb malas nak drive, sbb malas bila balik rasa penat we all decided booked Firefly. Senang dan pantas. Punyalah happy diaorang!! ;)
Sampai just nice utk check in, we all ambik kereta sewa kat airport yg jugak dah booked. Dari Airport ke HRC lebih kurang 45 minit. Thank you waze membantu. Lepas tukar baju, kids terus terjun dalam pool la apalagi.. mandilah sampai lebam. Utk dinner kitaorg turun kat bawah. Malas nak kluar jln. Penat. Sayang nak kluar bilik.
Little rock suite sgt recommended utk family yg ada nak kecik. Sbb we all pergi on weekday harga pun reasonable lagi. Kalau nak booked on weekend memanjang fully booked. Sakit jiwa!

































Malam malam merayap cari makan


Datang Penang tak makan kat sini, rugi besar! Kenapalah takde kat KL?! Sighh..










Day 2
Selepas bangun, siap siap we all nak kluar lunch terus. Lepas makan, we all ke Gurney Plaza. Jalan jalan sambil shopping utk hari raya. Tak lama pun kat sini, kids nak balik hotel. Hehehe.. Well, memang rasa tak cukup 2 hari kat Penang.






Lagoon Deluxe. Ala ala ada pool sendiri. Next time ke HRC, nak booked yang ni.


Day 3
Masa utk pulang. SEDIH. Dah nama pun short vacay, tak boleh lelama. Ada umur panjang, kita datang lagi. Esoknya tu, kita semua dah start puasa. 




Belilah sikit utk merasa








Isi perut kat dulu, sedap laksa Penang kat sini. Bye Penang! Memang kena datang lagi ;)

Saturday, 2 August 2014

Jom tengok!


Hi semua... Anda peminat tamil movie? Meh nak share tamil thriller movie yang best ni..
Filem ni layaknya 5 bintang la! Sangat BEST!!!! Jalan cerita yang kemas, pelakon yang hebat. Anda takkn menyesal. Sampai bila kita nak di sogokkan dgn cerita tentang cinta ni?
Klau di perhatikan, filem kita jauh ketinggalan dibanding dengan filem tamil yee.. 

Sinopsis cerita tentang Malini seorang jururawat yang diperdayakan oleh teman lelaki yang sebenarnya adalah 'bapa ayam' utk di jual. Teman lelakinya berpura pura berniat baik menguruskan visa Malini sebenarnya bersubahat dengan membiarkan ketuanya memperkosa Malini. Kerana takut rahsia ketuanya terbongkar, teman lelakinya meletakkn dadah dalam bag Malini. Malini terpaksa meringkuk dalam penjara atas kesalahan yang tidak di lakukan. Di penjara, Malini banyak belajar tentang erti keberanian. Keluarnya Malini dari penjara, bermula dendam yang tak pernah habis pada teman lelaki yang tidak berhati perut. Apakah kesudahannya? Jangan lupa tengok ok! ;)


Tuesday, 29 July 2014

Selamat Hari Raya 2014!


Sedih rasanya bila ramadan akan pergi. Entah berpeluang berjumpa tahun depan atau tidak. Selamat tinggal ramadan, selamat datang Syawal!
Selamat hari raya Aidilfitri. Semoga puasa dan hari raya thn ni akan lebih bermakna dari thn lepas. Buat yg mengenali, dengan rendah diri saya memohon ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, menyinggung hati, terguris rasa dan perasaan. Sebagai manusia yang penuh dgn kekhilafan, kekurangan, serba kehinaan, tak lari dari membuat kesilapan. Ampun dan maaf di pinta. 
Buat yang memandu ke kampung halaman, berhati hati di jalanraya. Memandulah dengan berhemah.
Dlm pada keghairahan kita menyambut hari raya yg mulia, jgn lupa pada yg kurang berkemampuan. Bersederhana dlm berbelanja. 
Semoga Aidilfitri akan mengeratkan silaturrahim yang terjalin antara kita ;)



Ikhlas,


Linda
Osman
Maia arissa
Airell ezzra

Sunday, 20 July 2014

Hanya padaMu Ya Allah,




Salam ramadhan semua..
Di bulan yang penuh barakah ini
Sama sama kita menadah tangan memohon keselamatan buat saudara islam kita 
Sudikan menghulur bantuan
Tangan yg memberi itu lebih baik dr yang menerima
Tersiat jiwa, tersentuh hati melihat keadaan mereka
Kanak kanak & kaum wanita yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman
Dunia semakin kejam! 
Dunia semakin menakutkan!




Belum pun reda tangis mengenangkan tragedi MH370 kita di gemparkan dengan satu berita yang sungguh menyedihkan. Sangat terkejut!! Disaat kita berduka dengan berita umat islam dibunuh, perkhabaran ini pastinya paling meruntun hati. Sekali lagi, hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala isi alam. Al fatihah buat mangsa yang terkorban .

Ya Allah Ya tuhanku, Ampunilah kami

Jadikanlah kami hambamu yang sering mengingatiMu
Yang redha dengan segala ketentuan dariMu
Sesungguhnya hanya kepadaMu kami memohon
Amin







Sunday, 29 June 2014

Ramadhan!


Alhamdulillah, Ramadhan datang lagi! :-)
Syukur ke hadrat illahi
Bulan berkah yang di rindui
Bulan utk melipat gandakan pahala 
Bulan utk mensucikan diri
Bulan yang penuh dengan keinsafan