Wednesday, 4 November 2015

Short vacay- Phuket

Memandangkan jerebu tak menunjukkan penurunan yang baik, we all plan nak ambik udara sihat sikit. Tak jauh pun, Phuket je. First time ke sini. Excited sgt sbb dah plan nak explore Phuket with my #themereputscrew. Apsal nama themereputscrew? Sbb kalau call budak2 ni kat rumah tanya buat apa, jawapannya kitaorg mereput.. lama lama jadi melekat nama tu ;) Flight macam biasa Airasia sbb harga murah. Tapi takla murah mana pun. Dah la jauh. Fuh! Bila kira2 balik dgn check in bag, baikla naik MAS. Back to story, sampai kat Aiport Phuket around 1:30 cmtu just nice la waktu utk isi perut. 

First stop, kitaorg lunch kat sini. Aduhai sedap sgt & halal kt kedai ni. RECOMENDED!






Lepas makan, Pohim kami bawak pergi beli tix utk Simon Show & pckg naik big boat utk esok. Utk kali ni, we all tak bole naik speed boat sbb my sis prgnnt dan tak di suggest utk naik. We all ambik big boat utk 3 pulau incl lunch per person duit kita RM180.
We stay kat Asprey hotel. Best sgt! Semuanya dekat. Bleh jalan kaki aje. Dekat Patong beach. Dekat dgn Bangla road. Everything ada! Ada salon, ada massage..




Kalau dtg Phuket tak tgk Simon cabaret rugi besar! Terhibur sgt!! Dgn kostum, dgn prop, dgn lagu, dgn tarian mmg first class. Setiap show dlm satu jam. Dan nak ambik gambar dgn diaorg BUKAN FREE. Haish.. Semestinya kalau tanya, we enjoy the show!! ;)


Utk dinner, kitaorg makan kat sini. Kalau jalan kaki dari hotel, dlm 5 minit. Hmm, the food tak berapa sedap kalau ada yg tanya. Tomyam pun tak kick! Tapi pasal malas nak jln jauh2, kita settle kat sini. Esok nak bgn awal. Mmg nak balik hotel nak luruskn pinggang. Depan hotel ada banana pancake.  Ya ampun sedap betul!!!
 To be continued-

Saturday, 10 October 2015

- i movie -


Dah lama rasanya tak review cerita tamil yang best ;) Ada filem2 tamil yang best nnt ai recommend to u guys yg minat cite tamil. Kalau ada yg intrested atau yang baru mula nak kenal cite tamil.. cite ni sesuai utk semua. Cite tamil jauh lagi maju dr filem kita ok!
Kisah bermula bila Lingesan seorang juara bina badan bertemu dengan Diya seorang model cantik utk bekerjasama dalam satu penggambaran iklan. Mereka saling jatuh cinta. Konflik bermula apabila teman rapat Lingesan menyuntik virus berbahaya pada badan Lingesan hinggakan tubuh badan Lingesan menjadi hodoh. Lingesan malu lalu menyembunyikan diri. Sedar bila doctor yang merawatnya memberitahu, virus dlm badannya telah di suntik oleh sesorang Lingesan bangkit dan membalas dendam.. Fyi, heroin filem ni sangat cantik ok!!! Filem ni jugak dapat pengiktirafan utk makeup effect terbaik. Tak rugi tonton fiem ni ok? 

Banyak iktibar dari cerita ini. Dendam dan penyakit hati. Memang lumrah bila kita mula berjaya, ada sahaja yang tidak suka. Tidak senang malah sanggup buat apa saja utk menjatuhkan kita. Inilah kehidupan namanya . Tidak semua senang dgn kita. betul tak? ;)

Thursday, 8 October 2015

Popia nestum

Dah tengok lama dah resepi ni. Punyalah sedap! Dari sehari ke sehari nak buat. Bila dah buat jadi ketagih pulak. Antara kuih yang paling senang dan sedap utk kunyah bila lapar adalah popia nestum. Paling penting bahan2 pun mudah. Ada 4 bahan utama. kulit popia, susu tepung, nestum yang di blend & gula yang di blend halus

Pertamanya, gulung kulit popia tu. Utk bagi kulit popia tu rangup waktu goreng sejukkn dalam fridge selepas di gulung. 

Gunting kulit popia mengikut bentuk kegemaran..



Selepas di goreng, tapis sekejap


Gaul rata bahan yang di blend. (Gula, susu & nestum) 



Gaul rata kulit popia dalam bahan yang di blend. Sedia utk di makan! ;)

Monday, 21 September 2015

@missfazura


Kisah anak anak zaman sekarang, sementara tunggu papa shopping mari kita lepak minum.. Sambil minum.. slurppppp sampai nk kembung perut ternampaklah si cantik Fazura. OMG!!!!!!!! TERSANGATLAH CANTIK!!!! Nak ambik gambar ke tak nak ni??
Si flawless cantik yang tak makeup tebal.. OMGGG!!! i is so jealous.. ;)



xoxo

Friday, 18 September 2015

HB Darling!






Happy Birthday MaiaArissa.. tak terasa waktu berputar. Dah besar anak dara ni :)


Semoga panjang umur mu
Semoga murah rezeki mu
Semoga diberikan berkah segala urusan mu
Semoga menjadi anak yang solehah
Semoga diberikan kesihatan, kekayaan, kejayaan dan yg baik baik buat mu
Semoga diberikan kebaikan di dunia & di akhirat juga

We LOVE You SO Much!

Monday, 29 June 2015

HB my baby!




Happy Birthday anak manja Airell Ezzra

Semoga panjang umurmu
Semoga murah rezekimu
Semoga selalu di berkahi segala urusanmu
Semoga menjadi anak yg soleh
Semoga di berikan kebaikan didunia & diakhirat!

P/S: We Love You So Much!!! ;)

Wednesday, 17 June 2015

Datang lagi




Bulan yang penuh berkah datang lagi. Indah rasanya! Merasai suasana bersahur, kemeriahan bazaar ramadan, suasana berbuka & nikmat sembahyang terawikh. Segala galanya jadi indah. Moga moga segala amalan kita di terima oleh Allah swt. Sama sama lah kita mengharapkan semoga Ramadan ini adalah yang lebih baik dari tahun lepas. Amin 

Salam Ramadan dari kami sekeluarga.