My very first time order dari Topshop and insha allah nanti bole order lagi.. kalau kat zalora memanjang takde size. Asal nk beli takde size, stress betol!! Order thru website topshop lagi senang. Dah pakai dan selesa sangat. LOVE!! Yang bestnya tak sampai seminggu parcel pun sampai. Tak payah tempuh jammed, tak payah tempuh org bersesak sesak sampai nak muntah.. Dok rumah pakai baju tido atas katil klik klik aje.. Happy wife, happy life! ;)
Monday, 28 November 2016
Sunday, 25 September 2016
Prawn Fry
Kadang berhari hari fikir nak masak apa. Untuk yg pening tak tau nk masak apa.. Saje nk share resipi super senang utk yg takde idea. Sebab biasanya kalau sebut udang yg terbayang mesti sambal udang atau kari udang.. kita tukar selera sikit tapi yg pastinya sgt sedap menjilat jari
Bahan bahan:
Udang, (ikutlah nk letak berapa banyak) halia & bawang putih (tumbuk halus), serbuk ketumbar, serbuk masala, garam, serbuk kunyit, serbuk cili, daun kari, bawang besar, cili padi.
Cara penyediaan:
Udang dibersihkan dibuang kulit. Gaulkn bwg putih & halia, semua serbuk letak 1 sudu kecik (cili,ketumbar,kunyit,masala) dan sedikit garam. Gaul sebati dgn udang biar mesra.
Panaskan kuali. Kalau bole biar pakai kuali yg tak melekat. Gorengkan udang yg di perap dgn bahan bahan td tanpa minyak. Goreng sampai udang masak. Bila udang dah masak, bolehla ketepikan. Waktu ni satu rumah bole bau wanginya...
Di kuali lain, panaskn minyak tumis bawang besar sebiji, cili padi dan daun kari. Tumis sampai bawang agak layu dan masukkn udang yg kita dah goreng tadi. Gaul sebati semuanya dan perasakn. Selamat menjamu selera ladies!
Saturday, 3 September 2016
Cepat di masak, sedap di makan!
Sebetulnya barulah rasa spagethi oglio ni la masakan paling senang, sedap & jimat masa. Dan sangatla sesuai utk sesiapa saje yg nk kejar masa. Bahan2 pun tak byk dan tak remeh nk masak. Kalau bukak google macam2 version uk spagethi oglio ni kan.. ada yg guna ni, ada yg letak ni. Terpulang pada selera masing masing
Bahan utama: Spagethi, bawang putih, udang, olive oil, sedikit butter, chili flake, parsley, black pepper, capsicum, garam. Cara masak: Panaskan olive oil, masukkn bawang putih. Masukkn udang, goreng sekejap. masukkn butter. Kacau lagi. Masukkn spagethi, capsicum. Perasakn dgn garam, pepper, chili flake & parsley. Siap utk di makan!
Thursday, 1 September 2016
Lets Cantik Part2!
Mcm biasa, my partner aka my sis sentiasa di sisi. kitaorg mmg sgt concern tentang kulit. Actually, kulit much ai ni takdelah prob yg teruk sgt sebetulnya. Tapi biasalah, bila kita menginjak umur ni adalah yang tak menyenangkan mata. Prob kulit ni lebih pada tone tak sekata. So, Dr Chong bagi lightening cream yg perlu di sapu pada effected area setiap mlm. Appt kali ni masih buat carbon laser peel.
Bestnya buat carbon laser peel ni kulit muka mmg rasa bersih sgt. Jerawat yg ada hati nk park kat area muka tu terus kecut. Lepas abis buat carbon laser, kulit muka kita di rehatkn dgn topeng ironman tu.. bole tdo masa pakai mask tu.. Aaahhh, the feeling lepas buat treatment sgtlah freshhhh!!!
Ok, kita nk cite jugak psal dalaman utk rahsia kulit flawless. Nak cantik & sihat luar dalam, kenalah rajin jaga pemakanan. Salah satu cara ialah Detox. Bykkn minum green tea. Utk menjaga yg dalaman, ai ambik Aloevera gel. Fungsi- Membersihkan segala yg tersumbat, pembuangan yg sihat, usus yg sihat jugak.
Honey aloe tu buat minuman sehari hari, sedap rasanya. Bole dapatkan di Jusco RM29.
Setiap hari Vit c tablet sebiji sehari. Kurangkan stress juga, tukar cadar & sarung bantal dgn kerap, impian yg blom tercapai ialah nk buat bekam yg pastinya baik utk kesihatan keseluruhan.. Lastly, utk kesihatan sekelurga bole beli Youngliving EO ni.
Tuesday, 9 August 2016
Tembak kulit!
Kalau tengok teknologi canggih utk kulit muka, mesti kita org pompuan paling suka kan? Sapelah yg tak nk cantik.. selagi boleh dan mampu mstilah nak jaga kecantikan. Bukan utk org lain, tapi utk diri sendiri. Sbb bila kita cantik automatik kita lebih yakin diri. Tua tetap dtg walau kita spend beratus beribu utk treatment itu ini, mmg lumrah alam. Yg muda ttp jadi tua, yg tegang ttp jadi kendur. Cuma mencegah sebelum waktu aje usaha yg kita ada. Sebelum hari raya hari tu, ai and my sister sempat cuba rawatan carbon laser peel yang tgh popular sekarang ni. Harga? Ada few yg first trial dlm RM200- RM250. Bole cari dulu yg sesuai dgn budget. Excited dan nervous jugak sebenarnya. Proses rawatan sbnrnya sgt simple. Rawatan kulit yg sesuai utk laser ni antaranya jerawat, kulit kusam, kulit jeragat. Kulit muka kita nnt di sapu dgn bahan yang berwarna hitam macam arang kat seluruh muka. Selepas tu, laser tu akan di tembak kat kawasan muka. Sebenarnya lagi rasa gatal2 kat muka masa di tembak dgn laser tu lagi baik katanya. Kesannya tu smpi ke lapisan kulit yg paling dalam berbanding dgn facial yg biasa kita buat. Ngeri bunyi macam kena tembak tapi takde apa pun sebenarnya. Cuma bau hangus terbakar. Takde effect merah merah. Takde rasa gatal2 whatsoever. Lepas treatment kulit muka akan di sapu dgn serum utk seluruh kulit muka dan tak bole apply anything kat kulit muka selama 6 jam. Ringkas kan? Nak nampak hasil maksimum yg berkesan flawless dan glowing kenalah buat treatment at least enam kali. Next appt kita update lagi ok?
Thursday, 14 July 2016
Bila Syawal Menjelma
Masih tak terlambat utk mengucapkan Selamat Hariraya Aidilfitri, mohon maaf zahir dan batin buat yg mengenali. Semoga hariraya dan puasa pada tahun ini akan lebih bermakna di samping org tersayang. Persiapan hariraya, sederhana aje. Takde yg berlebihan. Dah berumur ni kan dah tak rasa excited melompat nak sambut hariraya. Nak sambut puasa lagi excited sebenarnya dari sambut hariraya. Kalaulah boleh di putar waktu, teringat zaman jadi kanak kanak lah yg paling happy bila sambut hari raya. Terkenang kenang zaman beramai ramai kutip duit raya. Pagi pagi buta dah tercongok depan rumah orang. Kalau ingat balik, maniss sangat zaman kanak kanak tu. Waktu mak bagi duit raya beli baju sendiri. Best sgt waktu tu! Dan kalau yg perasan time raya ni, inilah masa nak makan ketupat, kuah kacang, sayur lodeh, lemang, rendang ayam yang feel nya tak sama kalau makan bila time hari raya. Alhamdulillah, raya tahun ni seperti biasa pulang ke Melaka. Sempat jumpa saudara mara di kampung walau sekejap.
Insha allah, panjang umur kita balik Melaka lagi tahun depan. Selamat menyambut hari kemenangan buat semua umat islam, maaf zahir batin dari hati yg paling dalam. Semoga kita di pertemukan dengan ramadhan yg seterusnya.
Saturday, 2 July 2016
Phuket Day4
Punyalah berkurun nak abiskan story Phuket ni. Bila nk tulis xde idea pulak. Bila nk tulis, laptop rosak pulak. Haishh sampi hujung bulan ni nak repeat phuket trip lagi pun tak abis tulis lagi. Orait last day nak check out tiba2 hati rasa sedih. why la? Tetiba hatiku tertinggal di phuket!! Blom puas rasanya nk explore phuket. Short story, check out kul 12.
First stop, Pohim bawk kitaorg ke HRC dulu. Ada la beli sikit2. Dan destinasi seterusnya ialah mengisi perut yg berbunyi dgn ditemani deruan ombak yg menghempas pantai. View kat sini punyalah cantikkkkkk!! Pantai kat sini pun lagi lawa dan tak penuh orang. Kat area Kata ni macam kawasan yang nk privacy, tak nk kawasan yg bising2. Last but not least, sebelum balik ke airport kita singgah jap kat Phuket Premium outlet. Saje berjalan cuci mata. Tkde beli apa pun. Overall, I love Phuket! Phuket AWESOME!
I share no driver yang super baik, yang bwk kitaorg round phuket aritu. Bole call Pohim. Orang islam yg menetap kat sana. Bole cakap melayu. Tempat mkn halal dia bwk semua sedap2.
Kalau nk stay dekat -- Patong area. Semua dekat. Bole naik tut tut/ sewa skuter/ jln kaki
Kalau ke Phuket -- tak pergi trip ke pulau ibarat tdo tanpa bantal. RUGI tak pergi!
Kalau nk hiburan -- Bangla road & Phuket Simon cabaret.
Activity lain -- Phuket zoo, Phuket shooting range, Tiger kingdom Phuket, Bangla Boxing Stadium (Muaythai), Phuket Floating market, Phuket pearl farm, cashew nut factory,
Till we meet again, Phuket!
-Hatiku tertinggal di Phuket-
Subscribe to:
Posts (Atom)













