Sunday, 4 December 2016

Iklan

SALE!
Sale perabis duit datang lagi

Sold




Size 36- Size 37.5
SERIOUS BUYER PLS WA 0192771509. TQ

Hai semua! Penggemar brand CHANEL meh duk dekat. Anyone yang intrested nak beli woc chanel, or ada kawan kawan, isteri, kenalan, saudara mara yang teringin dengan harga kasih sayang. Pls forwardkan ye! Semuanya complete original. Authentic ye! Bukan gred AAA. Cash RM5000. Installment RM5500 bole instalment 2x bayar. WA 0192771509. Thank you ;) 



Saturday, 3 December 2016

Masak memasak!

Assalamualaikum semua ;)
Hari ni nak share resepi Ayam Perattal, lebih kurang macam kari yang selalu kita masak tapi ni version tak banyak kuah. Pekat sikit kuahnya tapi di jamin sedap..
Bahan: Ayam, bwg besar sebiji, serai sebatang, garam masala, serbuk cili babas, tomato, santan, bwg putih & halia ( ditumbuk), 4 sekawan, kentang sebiji
Cara penyediaan: Ayam di gaul dengan kunyit & garam, bwg putih & halia yg ditumbuk, 1 sudu kecik garam masala, 4 sudu kecik serbuk cili babas. Gaul semua bahan bahan dengan ayam, bole letak sikit air biar rempah semua pekat. Biarkan bahan dan ayam  sekejap. Panaskn kuali, tumis 4 sekawan dan sebatang serai. Bila naik bau, masukkn bawang besar dan tomato. Masak sampai bwg dan tomato agak layu. Masukkn ayam yang diperap tadi dan kentang. Kacau biar rata. Tutup kuali biar ayam dan kentang agak masak dan bole masukkn santan. Dlm 10ml. Jangan banyak ye. Perasakn dgn garam dan perasa. Sila makan dgn nasi panas!



Ayam goreng thai. 
Walaupun rupa masakan ni ke laut, tapi di jamin sedap  dan senang. Pls cuba ye!
Bahan: Ayam, sebatang serai, daun limau purut, cili padi, sos cili, sos tiram, bwg besar, bwg putih
Cara penyediaan: Ayam di lumur kunyit dan garam lalu di goreng. Lebihan minyak goreng tadi jangan di buang ok. Tumis bwg putih, cili padi dan serai sampai naik bau. Masukkn sos tiram & sos cili. Masukkn bwg besar & daun limau purut. Masukkn ayam dan gaul rata. Perasakn dgn garam & perasa.

Selamat memasak ladies!



Tuesday, 29 November 2016

Next parcel..

Hari tu cite pasal parcel kasut, kali ni parcel barang makeup pulak..Takde yg suka barang makeup ke? Mestilah suka kan walaupun sebatang lipstick.. susahnya nak menahan diri dari membeli barang makeup ni. Nasib baik belom tahap kronik tapi insha allah akan beli juga walau kat rumah ada banyak yg belum pun pakai lagi.. Muahhh! 
Ceritanya Sephora hantar email ada 20% instore & online haritu, nak beli Urban decay vice lipstick colour backtalk tapi out of stock. Okla ingat selamatla duit. Bila masuk website sephora kenalah kuatkn iman. Kadang2 benda yg tak perlu tiba2 jadi perlu. Ringan aje tangan nak tengok pastu nak klik2 kot kot adala item yang below RM100. Memang target taknk beli yg 'mahal pastu tak pakai sbb sayang'  Mesti banyak yg ada perangai cmni termasuk la yg tukang tulis ni.. Jadinya mmg nak cari yang murah2 aje. And reason yg paling kuat ialah bulan ni dah order colourpop lipstick & huda lipstick jugak, dan duit pun dah tak berapa nk tebal lagi. hahaha. Bila klik brand Tarte tersukalah pulak set kecik comel ni dan tertariklah nk membeli. Harganya RM65 sangatla mampu milik utk tiga item kecik molek bole letak dalam makeup bag. Ada mascara, lipstick & blusher. Suka tak? Gila tak suka. Item kedua yg menjadi pilihan ialah dari Sephora collection. Eyeshadow dlm mini size. Kalau tengok eyeshadow ni ada tiga tone colour. Pun comel dan murah dgn harga RM20 dan seterusnya melayakkn dapat free shipping. Pembelian terakhir ialah secara tak sengaja sbb mmg nk beli sangat set Stila naturally nude lipstick ni. Alasan. Tapi serious susah nk cari set stila ni sbb ramai yg beli. Dengan RM99 dpt 3 mini color sangatla berbaloi. Bagus jugak jual yg mini ni. kalau suka nanti bole beli actual size. Dan last but not least it cosmetics cc cream. Hmm... susahnya jadi pompuan ni. Banyak sgt godaan!







Monday, 28 November 2016

Parcel...







My very first time order dari Topshop and insha allah nanti bole order lagi.. kalau kat zalora memanjang takde size. Asal nk beli takde size, stress betol!! Order thru website topshop lagi senang. Dah pakai dan selesa sangat. LOVE!! Yang bestnya tak sampai seminggu parcel pun sampai. Tak payah tempuh jammed, tak payah tempuh org bersesak sesak sampai nak muntah.. Dok rumah pakai baju tido atas katil klik klik aje.. Happy wife, happy life! ;)

Sunday, 25 September 2016

Prawn Fry


Kadang berhari hari fikir nak masak apa. Untuk yg pening tak tau nk masak apa.. Saje nk share resipi super senang utk yg takde idea. Sebab biasanya kalau sebut udang yg terbayang mesti sambal udang atau kari udang.. kita tukar selera sikit tapi yg pastinya sgt sedap menjilat jari
Bahan bahan:
Udang, (ikutlah nk letak berapa banyak) halia & bawang putih (tumbuk halus), serbuk ketumbar, serbuk masala, garam, serbuk kunyit, serbuk cili, daun kari, bawang besar, cili padi.
Cara penyediaan: 
Udang dibersihkan dibuang kulit. Gaulkn bwg putih & halia, semua serbuk letak 1 sudu kecik (cili,ketumbar,kunyit,masala) dan sedikit garam. Gaul sebati dgn udang biar mesra.
Panaskan kuali. Kalau bole biar pakai kuali yg tak melekat. Gorengkan udang yg di perap dgn bahan bahan td tanpa minyak. Goreng sampai udang masak. Bila udang dah masak, bolehla ketepikan. Waktu ni satu rumah bole bau wanginya...
Di kuali lain, panaskn minyak tumis bawang besar sebiji, cili padi dan daun kari. Tumis sampai bawang agak layu dan masukkn udang yg kita dah goreng tadi. Gaul sebati semuanya dan perasakn. Selamat menjamu selera ladies!

Saturday, 3 September 2016

Cepat di masak, sedap di makan!


Sebetulnya barulah rasa spagethi oglio ni la masakan paling senang, sedap & jimat masa. Dan sangatla sesuai utk sesiapa saje yg nk kejar masa. Bahan2 pun tak byk dan tak remeh nk masak. Kalau bukak google macam2 version uk spagethi oglio ni kan.. ada yg guna ni, ada yg letak ni. Terpulang pada selera masing masing
Bahan utama: Spagethi, bawang putih, udang, olive oil, sedikit butter, chili flake, parsley, black pepper, capsicum, garam. Cara masak: Panaskan olive oil, masukkn bawang putih. Masukkn udang, goreng sekejap. masukkn butter. Kacau lagi. Masukkn spagethi, capsicum. Perasakn dgn garam, pepper, chili flake & parsley. Siap utk di makan!


Thursday, 1 September 2016

Lets Cantik Part2!






Update cite pasal kulit. Balik dari bercuti terus booked appointment. Tak sabar rasanya nak memanjakan kulit. Nak feeling princess jap ada org belai belai muka sambil muka di urut manja. Kalau ada yg nk tau kat mana tempat kitaorg buat, kat Clinic Chong. Located kat Kepong. Sebelum kat sini, kitaorg dah survey a few clinic utk skin problem. So far, Dr Chong the best! Consultation yg buat kita betul2 faham tentang treatment, solution dan apa yg you all nk tau tentang skin semua doc bgtau. 

Mcm biasa, my partner aka my sis sentiasa di sisi. kitaorg mmg sgt concern tentang kulit. Actually, kulit much ai ni takdelah prob yg teruk sgt sebetulnya. Tapi biasalah, bila kita menginjak umur ni adalah yang tak menyenangkan mata. Prob kulit ni lebih pada tone tak sekata. So, Dr Chong bagi lightening cream yg perlu di sapu pada effected area setiap mlm. Appt kali ni masih buat carbon laser peel.

Bestnya buat carbon laser peel ni kulit muka mmg rasa bersih sgt. Jerawat yg ada hati nk park kat area muka tu terus kecut. Lepas abis buat carbon laser, kulit muka kita di rehatkn dgn topeng ironman tu.. bole tdo masa pakai mask tu.. Aaahhh, the feeling lepas buat treatment sgtlah freshhhh!!! 

Ok, kita nk cite jugak psal dalaman utk rahsia kulit flawless. Nak cantik & sihat luar dalam, kenalah rajin jaga pemakanan. Salah satu cara ialah Detox. Bykkn minum green tea. Utk menjaga yg dalaman, ai ambik Aloevera gel. Fungsi- Membersihkan segala yg tersumbat, pembuangan yg sihat, usus yg sihat jugak. 

Honey aloe tu buat minuman sehari hari, sedap rasanya. Bole dapatkan di Jusco RM29.
Setiap hari Vit c tablet sebiji sehari. Kurangkan stress juga, tukar cadar & sarung bantal dgn kerap, impian yg blom tercapai ialah nk buat bekam yg pastinya baik utk kesihatan keseluruhan.. Lastly, utk kesihatan sekelurga bole beli Youngliving EO ni.