Sunday, 30 November 2014

LV

Dah lama tak cite pasal kegemaran org pompuan. Handbag. Ada ke orang pompuan yang tak suka handbag? Macam mana la tak suka. Dalam handbag la kita nak sumbat macam macam. Kalau topik bag ni tak pernah langsung bosan. Semuanya excited! Semua brand bag nak ingat. Dulu dulu, zaman pakai bag2 biasa takde brand. Paling grand Bonia la kut. Pastu up sikit beli Guess bag. Seiring peredaran waktu dan perubahan usia kita tukar angin sikit. Belajarlah nak pakai brand mahal sikit. Belilah satu wallet Dior. Puashati. Walaupun mahal. Sbb suka mahal pun tak rasa sangat. Pastu teringin nak beli LV. Alhamdulillah, merasa dah pakai LV. Suka bukan main! Tidaklah rasa setiap design nak beli. Ada la speedy. Beg pujaan hati. Sayang sangat! Pastu beli neverfull. Pastu takde. Bertukar angin dgn other brand lain. Sbb design LV takde yang murah murah pun. Design bag yang cntk meletop semuanya memerlukan ongkos yang tebal. Hahahaha.. 


TETAPI... 
Kini, hati ini telah di curi kembali
Oh mengapa?! 
kau comel. Kau menggoda. Kau memang comel!
Serious comel!! ;)
LV Alma BB & LV Empreinte Fascinate


Pic Google


Pic Google

P/S: My husband.. List goes on! ;)



Saturday, 29 November 2014

19hb



Bit late update, busy tak menang tangan sebulan ni
NOW, Alhamdulillah dah boleh tarik nafas lega
Back to story --
19hb
Diam tak diam dah 9 thn melayari bahtera rumahtangga
Bersama sang suami yang amat di cintai
Yang melengkapi kekuranganku
Yang sudi menjadi pendamping hidupku

Suamiku..
Bertemu denganmu adalah takdir
Menjadi teman hidupmu adalah pilihanku
TAPI
Jatuh cinta padamu diluar kemampuanku
Aku akan selalu di sisimu mencintai dan menyayangimu sepanjang hayatku
Happy anniversary sayang!
I Love youuuu ;)







Thursday, 13 November 2014

kain sari










Ada peminat kain sari kat sini?
Limited!
Meh jamu mata, kalau berkenan jgn malu malu sila whatsapp 0192771509 ;)

xoxo

Tuesday, 11 November 2014

NAIK!

Berhari hari mencari masa yang sesuai utk menulis. Harga minyak naik lagi. Bila minyak naik harga barang keperluan lain pun naik jugak.
Dengan kenaikkan harga minyak baru baru ini, golongan marhaen macam kita terasa juga. Semua marah. Yang kaya semakin kaya. Yang susah makin susah. Dgn pelaksanaan GST pada April thn depan.. Ramai jugk yg meramalkan kelembapan ekonomi. Apa persiapan anda?! 
Say NO to credit card! Berjaya ke tidak?! Pelan pelan kayuh babe. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Alhamdulillah, mula dari tahun 2008. Dari satu kad dapat lagi satu kad. Memang kadang kadang agak duit tak berapa nak cukup tapi hati tak dapat nak tahan tahan lagi. Iye.. setan pun mula menghasut. Lega rasanya bila dpt swipe kad. Bil sampai belakang kira. Dunia ini ana yang punya. LOL!
Teringat cerita ' Confession of Shopaholic '..  Lawak ehh?! Banyak buruknya kalau tak di kawal penggunaan kad ni. Tunggu hujung bulan rasa nak gantung leher kat dinding. Pengalaman sendiri ;) Tak kelakar. Tapi guna sedap. Time nak bayar sakit.
Jujurnya bila kat shopping kompleks tu benda tak penting tiba tiba jadi penting. Contoh biasa, baju dan mekap. Padahal kat rumah ada lagi sampai ada yang tak terpakai tapi tetap satu kepuasan bila dapat beli. Biasa tak situasi cmni? hehehe...
OK, stop mukadimah panjang. Bermula Mac tahun ni, i tak fikir panjang utk stop salah satu dr kad hutang. Call them dan mintak block terus kad. AND....... Every month selalu check brp balance hutang.  Tahun depan dah start GST, kena pandai pandailah kurangkan mana yang tak perlu. AND Finally................. Tiba tiba bangga. Time to say GoodBye!!! Rasa berjaya menahan nafsu jahat yang kadang kadang jujur tak mampu nak tepis. Tinggal lagi satu kad. yay or nay?! Ikut hati nak stop jugak TAPI zaman sekarang semuanya nak kredit kad. Booking hotel, kapal terbang, beli itu ini semuanya nak pakai kredit kad. Takkan nak pinjam orang punya? LOL!



Wednesday, 22 October 2014

38


Alhamdulillah, Syukurku dgn umur yg kau pinjamkan Ya Allah
Ku syukuri di atas segala nikmat, rahmat & rezeki yang telah Engkau limpahkan Ya Allah
Jadikanlah aku org yang sentiasa dekat padaMU di waktu susah & senangku
Selamat harijadi yang ke 38. Well, Im blessed ;)




Monday, 29 September 2014

Kau milikku!


Akhirnya kau kumiliki juga
Kasut Zara paling best. On sale. Puas hati!
Jom cuci mata yee..
Ceritanya, Kalau ada duit kita beli la
Takde duit duduk diam diam ;)












Kasut Zara ni takde dlm list nak beli pun sbnrnya..
Nak beli yang lain tapi takde size pulak
Honestly, tak pernah ade satu kasut Zara pun..
Ikutkan harganya, mahal jugak ;) 
The trick, Tunggu Zara SALE!
Berbaloi baloi!!!!!!!


Coming SOON! I want you! ;)
Penangan tengok BCL pkai, gigih google
SOON ok!
Tory Burch dah lama aim.. cantik! Tapi susah nk tau size ngam atau tidak
Skrg dah ada pun kat KL 
Lebih baik bole try size sendiri
Nafsu oh nafsu!!


Google

Google

Tuesday, 16 September 2014

Maia 9!



15 September. Tarikh yang memberi sejuta makna. Tak kan pernah terhakis dalam memori walau sedetik. Happy Birthday buat anak manja Maia arissa! Tak terasa waktu berjalan.. Pastinya mummy mendoakan & mengharapkan yang terbaik buatmu sayang..
Semoga menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia dan di akhirat. Maafkan salah dan silap dalam mendidikmu sayang! Doa mummy sering mengiringi perjalanan hidupmu. Takkn putus rasa kasih dan sayang buatmu sayang hingga akhir nafas ini..
Kau semakin membesar, dan waktu terus berjalan..
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi & merahmati hidupmu nak..
Selamat ulangtahun yang ke 9.


LOVE YOU ;)