Sunday, 21 December 2014

Koyak









Remuk hati ini, sedih hati ini tuhan aje yang tahu
Balik dari bercuti, barulah perasan bag manja ni terkoyak :(
Biarlah walau tak mahal mana, tapi bag ni tetap menjadi pujaan hati 
Best betul bag ni! ringan satu hal. Practical dan spacious jugak
Dah hantar bag ke Tod's KLCC, hopefully ada good news
Anyone yang ada problem dgn Tod's Pashmy Luna like me? 
Sudi la share yee..

Anyway, wish me luck! ;) Will update later.




Saturday, 20 December 2014

Away





Eeehh dah nak abis bulan Dec la ;)
Tak lama lagi ank ank dah start sekolah
Rumahtangga kembali sibuk macam traffic 
Sigh.. cepatnya waktu berjalan
2015 bakal mendatang, 2014 akan meninggalkan kita
Ehh ke mana cuti sek ni?








Monday, 8 December 2014

Penuh



Alhamdulillah..
Menabunglah walau pun sedikit
Masa kita berduit, kena la beringat juga
Amalan yang baik kita jadikan ikutan
Sikit sikit lama lama jadi bukit
Walaupun syiling, jangan pandang kecil usaha kita
Perlahan namun konsisten 
Insha allah ada hasilnya bila kita sabar =)


xoxo

Sunday, 7 December 2014

Dec haul










First time beli brand ni. Pembelian paling bijak utk bulan Dec. Retail price utk palette ni RM229 dapat RM68 dan Tinted moisturiser dari Rm169 dapat RM59. Pitam!! Haruslah beli kan? Gila meroyan tak beli. Murah bai! Baru masuk dlm list nak beli sbb byk good review.. tu tak campur lagi dgn loose powder sekali. Huh? Mahal rasanya. Kalau tak sale tak beli la kot. Yang best sekali of course the face palette. Senang semuanya dlm satu palette. Size palette pun just nice nak carry around. Siap semua sekali. Sungguh menyenangkan hidup!
If anyone around OU nak cari Laura Mercier yang tengah sale ni bole cari dekat Concourse new wing =)

Tinted moisturizer tu very lightweight. colour natural. ( light beige )

Palette colour nude. For light to medium skin tone

Sunday, 30 November 2014

LV

Dah lama tak cite pasal kegemaran org pompuan. Handbag. Ada ke orang pompuan yang tak suka handbag? Macam mana la tak suka. Dalam handbag la kita nak sumbat macam macam. Kalau topik bag ni tak pernah langsung bosan. Semuanya excited! Semua brand bag nak ingat. Dulu dulu, zaman pakai bag2 biasa takde brand. Paling grand Bonia la kut. Pastu up sikit beli Guess bag. Seiring peredaran waktu dan perubahan usia kita tukar angin sikit. Belajarlah nak pakai brand mahal sikit. Belilah satu wallet Dior. Puashati. Walaupun mahal. Sbb suka mahal pun tak rasa sangat. Pastu teringin nak beli LV. Alhamdulillah, merasa dah pakai LV. Suka bukan main! Tidaklah rasa setiap design nak beli. Ada la speedy. Beg pujaan hati. Sayang sangat! Pastu beli neverfull. Pastu takde. Bertukar angin dgn other brand lain. Sbb design LV takde yang murah murah pun. Design bag yang cntk meletop semuanya memerlukan ongkos yang tebal. Hahahaha.. 


TETAPI... 
Kini, hati ini telah di curi kembali
Oh mengapa?! 
kau comel. Kau menggoda. Kau memang comel!
Serious comel!! ;)
LV Alma BB & LV Empreinte Fascinate


Pic Google


Pic Google

P/S: My husband.. List goes on! ;)



Saturday, 29 November 2014

19hb



Bit late update, busy tak menang tangan sebulan ni
NOW, Alhamdulillah dah boleh tarik nafas lega
Back to story --
19hb
Diam tak diam dah 9 thn melayari bahtera rumahtangga
Bersama sang suami yang amat di cintai
Yang melengkapi kekuranganku
Yang sudi menjadi pendamping hidupku

Suamiku..
Bertemu denganmu adalah takdir
Menjadi teman hidupmu adalah pilihanku
TAPI
Jatuh cinta padamu diluar kemampuanku
Aku akan selalu di sisimu mencintai dan menyayangimu sepanjang hayatku
Happy anniversary sayang!
I Love youuuu ;)







Thursday, 13 November 2014

kain sari










Ada peminat kain sari kat sini?
Limited!
Meh jamu mata, kalau berkenan jgn malu malu sila whatsapp 0192771509 ;)

xoxo