Saturday 15 February 2014

Just Don't!








Salah satu benda yang paling senang bila rasa tekak nk makan benda yg panas dari oven, pastinya congo bar! All time favourite.
Bahan bahan pun senang dan mostly ada kat dapur.  Ada butter, gula perang, tepung, telur, esen vanilla, choc chip dah boleh buat dah..
Pastu kan minum dgn white coffee petang petang memanglah sedapp!!!!!
Nak kata terror memang tidaklah, ai google sana google sini..
Akhirnya dapatlah resepi ni..
Masih ingat lagi first time bakar congo bar ni bole lupa masuk butter tau..
Sudahnya kluar dari oven, abis keras berdentum congo bar tu.. nak baling dinding pun iye!
Huhuhuhu ;D
Hurm.. tak puas hati, esok bakar lagi congo bar ni
Yay! Alhamdulillah jadi jugak akhirnya..
Dan anak anak menyukainya.. * mak yang bangga *

MORAL STORY------- Don't Give Up! ;D
Cite dah macam professional baker aje kann?! Macam dah bakar 100 kek aje kan..
sbb rasa menyesal dah tua anak dua baru berani guna oven..
Dari tak tau, sekarang suka cari resepi baru
Takdelah yang resepi yang hebat hebat punn
Menjadi tak menjadi resepi belakang cerita,
Kalau tak jadi, di cuba lagi, mudah mudahan menjadi resepi yang di cuba itu
Sbnrnya tanpa kita sedar dlm hidup ini banyak benda kita belajar kan?
Proses pembelajaran yang berterusan setiap hari
Tiada alasan nak mengalah sebelum berjuang

Dan pada akhirnya dlm hidup ini juga kita sentiasa punya pilihan
Mahu atau tidak mahu sentiasa di tangan anda ;D


Till then,




No comments:

Post a Comment