Tuesday 29 January 2019

Hi LC Lover!


Selamat datang anak baru penghujung tahun lepas... comel sgtlah! Ceritanya ai takde byk pun bag longchamp ni. Yg berkenan lepas ni nak beli le pliage club. Ai ada yg le pliage large & neo utk bag lenjan. Suka betol yg nylon sbb senang jaga and tahan lasak. Yang clo'e floirat ni dah nmpk kat page Longchamp sambil fikir nak beli ke tak nak. kot2 ada yg tanya harga bag ni yg large RM920 yg small RM630. Ni harga PS yg bagi. Cumanya kan best kalau beg ada strap mcm neo. Walau size small masih ok lagi kalau nk sumbat barang ;) 

Sunday 6 January 2019

Happy 2019


Assalamualaikum semua... Lamanya tak bercerita kat sini. Pejam celik dah masuk tahun baru lagi. Byk rasanya nk cerita tapi takde masa. Nanti kita sambung cerita lagi. Insha Allah. Apapun, alhamdulillah permulaan tahun baru masih diberi kesempatan utk bernafas dan berbuat kebaikan sebanyak mungkin. Pahit manis 2018 meninggalkan kita dengan beribu kenangan. Yang baik jadikan teladan yg buruk jadikan pedoman. Bersyukur untuk segala yang ada mahupun yg tiada. Semoga 2019 akan lebih baik hendaknya.

Thursday 5 April 2018

Cite tamil lagi!





Lama rasanya tak menulis. Rindu pulak rasanya. Bila lappy buat hal terus takde mood. Banyak je gambar tak bole upload. Geramlahhh! ;( Eeehhh lama kita tak update cite tamil kan? Ok hari ni nk share cite Kuttram 23. kalau tgk kt astro on demand ada subtitle rasanya. Jgn miss cite ni pls, sbb cite ni best sangat! Watak utama dlm cite ni, ditugaskn menyiasat kes pembunuhan wanita yang hamil. Sehinggalah bila kakak iparnya mati, dia mendapat tahu sebuah klinik menawarkan khidmat utk menyuntik benih suami ke dlm rahim. Malangnya, benih yg di suntik ke dlm rahim itu bukanlah dari suami tapi dari lelaki lain. Bimbang bila suami mengetahui yg anak yg di kandung bukan dari benih suami, perempuan tersebut akan di ugut dan jika tidak mahu membayar wang ugutan, mereka akan di bunuh. Kisah ini menggambarkan realiti bila anak di jadikan ukuran kebahagian dan sebagai perempuan menghadiahkan anak kepada suami anak adalah segala galanya. Orang perempuan ni sanggup berkorban apa saja utk org tersayang. Mesej cite ni bagus sgt dan jelas. Bila dah kahwin sibuk tanya pulak bila nk hamil. Lagi2 mertua or org sekeliling yg suka pandang rendah bila tak hamil lagi. kalau bukan rezeki lagi, knp perlu stress? so pls tengok cite ni ok? i personally bagi 5 bintang sbb semua ttg cite ni best! ;

Monday 18 December 2017

Ayam goreng bodoh!


Kalau dah takde idea nk masak, atau tetiba barang nk masak tak cukup.. janganlah risau! Masih sempat lagi nk masak, sbb mostly bahan ni mesti ada dalam fridge semua orang..
Bahan utama pastilah ayam yang di lumur garam & kunyit. Gorengkan ayam tapi jgn sampai garing sangat. Bahan tambahan aka penyedapnya ialah bwg besar sebiji, bwg putih 5 ulas, cili padi, cili hijau, cili merah. Cili tu bergantunglah nk pedas mana. Bahan ni utk 10 keping ayam aje. Kalau utk seekor ayam tambahlah bahan utk blend tu. Blend semua bahan tadi tapi jgn sampai lumat. Kalau lumat sgt tak rasa nanti cili cili tu. Ai pakai blender yg jual kat go shop tu, jadinya nnt bila blend cili tu masih ada kasar kasar. Kalau takde jugak, tumbuklah tapi syaratnya jgn sampai halus ok? Tumislah semua bahan blend tadi dalam lebihan minyak goreng ayam tadi. Bila nampak bahan tumis dah agak layu masukkan ayam. Gaul rata, perasakan dan garam & aji. Ok dah siap utk makan ;)

Tuesday 12 December 2017

Beauty item 2017!

Kalau kita suka segala mak nenek makeup , mesti antara item yg kita nk beli beg makeup kan? selagi beg tu tak penuh selagi itu kita cuba sumbat semua. Bila Colourpop release My Little Pony collection antara item yg memikat hati of course makeup bag! Alahai... cantik sungguh tau ;) Next item yg i order colourpop concealer, supaya bawah mata tak rupa panda. Still tunggu parcel eyeshadow & lipstick lagi.. fyi: colourpop shipping very slowly lately coz diaorang keep release new palette. Bertabahlah tunggu ;)
Demam FENTY yang blom abis, so kita pun terjebaklah. Kita beli foundation aje supaya tidak membazir. Ada yg kata nnt foundation oxidize. Ada yg dah try? Share la kalau ada yg experience yee
Yang ni tak dapat elak la.. mencegah lebih baik supaya kulit kekal bersih dan sihat walaupun umur semakin meningkat. Ai dah pakai botol kedua so far utk pagi & malam. Serius tak melekit & sedap baunya. Yang botol purple utk siang pastu apply sunblock dan botol merah tu apply malam. Ada cleanser, toner, acne serum dan byk produk lain yg sesuai utk semua jenis kulit. 
Lastly, I'm so in love it cosmetics brand! Dari cc cream & perfecting powder semuanya sangatlah best! Dap dap kat muka and you good to go. Powder ni paling sesuai utk touch up dan utk taknk coverage yg tebal sgt. Serius senang dan yg penting ada SPF50. Tolonglah beli powder ni sbb best ;) Boleh dapatkan di Sephora yee..







UPDATE ;)
My parcel colourpop dah sampai! Lippie stix tu RM28 utk dua btg. Murahkan?




Friday 8 December 2017

Double celebration!





Alhamdulillah utk umur yg di panjangkan oleh Allah SWT. Semoga umur yg di pinjamkan ini dapatlah kiranya melihat anak anak membesar, dapatlah mengembara bersama anak & suami dengan izin dari NYA. Di berikan ketenangan hati supaya sering bersyukur di waktu ada dan tiada. Semoga diberikan kesihatan yang baik, supaya kelak bila sakit menjelma tidaklah diri ini menyusahkan orang lain. Terima kasih pada suami, keluarga & kenalan atas doa yg baik baik. Ku syukuri di atas segala nikmat dariMU YA ALLAH..

Sunday 29 October 2017

Hi TB



Dahhh lama tengok, dahhh lama senyum gigit jari, dahhh lama nak beli, dahh lama baca review, dahhh lama fikir, akhirnyaa... i can bring you back baby ;) Selain yg high brand yg lain Tory Burch & Longchamp antara yg within budget. Plus spacious & tahan lasak. Its officially my first bag from Tory Burch!! Mulanya ai ingat nk kirim this bag kat personal shopper utk belikan bag ni, tapi bila convert rupanya lagi mahal. Baik beli di Kl aje. Elok pulak time beli Tory Burch ada sale 40%. Alang alang membeli, time harga tgh murah pulak tu ;) Melangkah kaki masuk butik mak aiii... punyalah cantik decoration dlm butik ni.. terpegun ai! 
Okla tak nk cerita banyak, mari menyimpan utk next target pulak.....