Saturday 3 December 2016

Masak memasak!

Assalamualaikum semua ;)
Hari ni nak share resepi Ayam Perattal, lebih kurang macam kari yang selalu kita masak tapi ni version tak banyak kuah. Pekat sikit kuahnya tapi di jamin sedap..
Bahan: Ayam, bwg besar sebiji, serai sebatang, garam masala, serbuk cili babas, tomato, santan, bwg putih & halia ( ditumbuk), 4 sekawan, kentang sebiji
Cara penyediaan: Ayam di gaul dengan kunyit & garam, bwg putih & halia yg ditumbuk, 1 sudu kecik garam masala, 4 sudu kecik serbuk cili babas. Gaul semua bahan bahan dengan ayam, bole letak sikit air biar rempah semua pekat. Biarkan bahan dan ayam  sekejap. Panaskn kuali, tumis 4 sekawan dan sebatang serai. Bila naik bau, masukkn bawang besar dan tomato. Masak sampai bwg dan tomato agak layu. Masukkn ayam yang diperap tadi dan kentang. Kacau biar rata. Tutup kuali biar ayam dan kentang agak masak dan bole masukkn santan. Dlm 10ml. Jangan banyak ye. Perasakn dgn garam dan perasa. Sila makan dgn nasi panas!



Ayam goreng thai. 
Walaupun rupa masakan ni ke laut, tapi di jamin sedap  dan senang. Pls cuba ye!
Bahan: Ayam, sebatang serai, daun limau purut, cili padi, sos cili, sos tiram, bwg besar, bwg putih
Cara penyediaan: Ayam di lumur kunyit dan garam lalu di goreng. Lebihan minyak goreng tadi jangan di buang ok. Tumis bwg putih, cili padi dan serai sampai naik bau. Masukkn sos tiram & sos cili. Masukkn bwg besar & daun limau purut. Masukkn ayam dan gaul rata. Perasakn dgn garam & perasa.

Selamat memasak ladies!



No comments:

Post a Comment