Thursday 15 August 2013

Ramadhan yang dirindui!

Cerita Aidilfirti nantilah story kat sini. Nak publish cerita ni sampai terlupa dah balik dari kampung halaman bercuti baru teringat. Kita cerita pasal ramadhan punya cerita sat.. Alhamdulillah ramadhan tahun ini rasanya yang paling baik dari sebelumnya utk diri sendiri. Biarlah ianya menjadi rahsia kerana sememangnya itulah yang selama ini saya impikan. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah di atas kesempatan yang masih di berikan. Tahun ini, mood buat kuih raya sendiri. Pagi2 raya lepas subuh sempat buat breakfast dan bakar kek :D











Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang mengenali. Sepanjang mengenali jika ada terkasar bahasa, menyinggung perasaan, mengguris hati.. saya mohon maaf. Maklumlah saya juga insan biasa yang penuh dgn kekurangan, kekhilafan, banyak salah silapnya yang mungkin tidak di sedari. Moga ramadhan yang pergi banyak memberi ruang buat kita semua menjadi insan yg lebih baik. In sha allah. Buat yang memandu pulang ke kampung halaman, memandu dgn cermat. Semoga sampai ke destinasi. Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya,  jangan di lupa pada yang telah tiada dan pada yang kurang berkemampuan. Di saat kita bergembira, masih ada yang berduka. Sambutlah dengan bersederhana.. Semoga Puasa & Aidilfitri tahun ini akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya.

No comments:

Post a Comment