Thursday 18 April 2013

Masak memasak!


Salam semua.. rindu pulak nk menulis tiba tiba. Banyak nk cerita tapi takde masa pulak. Topik hari ni kita cite pasal masak memasak pulak. Cewahhh tajuk bunyi gempak giler kann?! hmmm.. yang ado! Sungguh bunyi macam chef terkenal tapi * tak sanggup nk sambung ayat tu *.. Pengakuan ni yg paling ikhlas. takde tipu tipu punya. I memang cakap yang betul aje.. I tak reti memasak. TAPI tidaklah kata tak pandai langsung pun dik non. Kiranya ada improvement kata org putih dari zaman bujang laa.. Dulu kalau zaman bujang pun mmg masak nasi, goreng telur, ikan bilis dan kicap. Paling sedap tuu kalau tengah lapar! Agak agak darurat maggi pun ok.. Bukan tak nk belajar masak tapi malas sangat nk ke dapur. Memang dari dulu.. dekat dekat nk kahwin baru belajar masak nasi goreng. Lawak weyh!!! Tapi sejak berumahtangga dan ada anak ni, semuanya berubah.. perlahan lahan skill memasak tu dah improve dari dulu. Alhamdulillah. lauk pauk yg simple aje pun. Takde pulak keracunan makanan. Hehehe.. okla tu knn?! Sekarang ni i dah bole masak nasi ayam, nasi lemak, laksa, mee goreng, sup ayam, sambal sardin, kari tak lepas lagi, kiranya setakat lauk pauk utk tekak boleh kenyanglah dari dulu. yeay!! pada yg terror masak macam macam lauk tu.. i memanglah jeles! i mmg bangga sgt dapat masak walaupun cuma nasi goreng air tangan sendiri, walau tidak sesedap mana. Rasa jakun sangat bila dapat masak satu lauk tu. Lagi lagi pulak dikurniakan anak anak yg memilih makan. Airell & Maia makan mesti ada sup dan tak boleh pedas. Maksudnya apa2 lauk harus ada yg berkuah.. tak boleh telan kering begitu. Lepas kahwin jugak i start belajar masak laksa. Punyalah jakun nak masak sanggup aje belajar dari scratch masak laksa dari mak. I kan hantu laksa! Better buat sendiri dapat tambah banyak kali.. hehehe sedap kan pantun tuu?! Baru baru ni mak balik kampung. Dekat belakang rumah tu memang tanam pokok bunga kantan. Sedang cantik. Mak potong bawak balik dan esoknyaa mak tersayang masakkan kami laksa. Ohh lala..lala riangnya hati berbunga bunga..








Ok berbalik cerita masak tadi, baru baru ni percubaan pertama nak buat soto. Hoohh dah 37 tahun baru tau masak soto? iye.. sbb i tak reti.. Tapi i tak malu belajar. Lantaklah orang nk kata apa pun. Terkial kial i google resepi. Berkerut kerut dahi baca bahan bahan. Dan hasilnya not bad. Anak anak pun makan. Tak pedas kann? versi asal soto tak tau mcm mana. tapi tak nk guna bihun. Mula mula rebus ketupat mini tu dulu. Dah siap rebus buat kuah soto pulak. Last sekali masak bergedil utk di makan sekali. Bergedil pun first time buat. Ok jugak rasanya. Dah pernah makan few times tapi tak rasa langsung nak buat. Nampak remeh tapi senang aje sebenarnya. Very simple soto with love takde taugeh, cili potong bagai.. Puji jugak diri sendiri sebab sedap. Utk perencah soto tu i pakai yg dah siap. I guna separuh dari peket ni. Ada jual di kedai kedai runcit. Ada tomyam, mee kari, asam pedas..Utk yg terror masak abaikanlah part ni! Sekarang pun semuanya di hujung jari aje, klik sana klik sini. Semuanya serba mudah. Taip aje apa resepi nk masak. Tak sedap takpe, lama lama shud be ok. Practise makes perfect kan? lagipun masak di rumah terjamin bersihnya dari makan yg kat luar. Selamat masak memasak ladies!











No comments:

Post a Comment