Thursday 20 March 2014

SANA SINI..




#Alhamdulillah.... akhirnya dah masuk tiga hari di sini turunnya hujan. SYUKUR PADAMU YA ALLAH! Bila panas, kita merungut. Bila hujan pun kita merungut. Manusia ohh manusia.... Bilalah nk belajar erti bersyukur?!
Terasa sungguh hidup tanpa air, punyalah azab. Dan bila dah berapa hari ni hujan turun rasa excited abiss! Mudah mudahan takde lagi proses catuan air..


#Masih pada proses pencarian MH370. Semoga semua kekalutan akan berakhir dgn baik.
Dalam pada semua masih berduka, kita dikejutkan pulak dengan kematian mengejut pengambilan dadah utk menghayati muzik. Sedihlah baca berita ni.
Org lain sibuk solat hajat, mereka masih terleka..


#Dan diam tak diam kurang dari 100 hari lagi kita nak menyambut Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang menjanjikan pelbagai ganjaran. Dah ada yang ganti puasa?! Mudah mudahan kita semua diberikan kesempatan utk bertemu dengan bulan mulia ini.. AMIN!


Cuti persekolahan pun bermula, Selamat bercuti buat semua ;D

No comments:

Post a Comment