Sunday 31 March 2013

Sakitnyaa!



Di petang jumaat, terasa kelainan sikit. Tapi tetap sakit. Actually date ni pun nak dekat dekat tarikh period so bertahan lagi.. cuba tahan lagi. Dup dap dup dap.. berdebarnya tuhan saja yg tahu. Sampai malam, rasa sakit masih di situ, huhuhuhu....... sakitnya sampai rasa nk menangis tau! Gagal bertahan. Ya Allah penyakit apa ni?! Takutnya bila fikirkan yg buruk buruk. Masya Allah! Ok ok tak boleh jadi ni.. esok kena pergi clinic jugak. Takde excuse. Biarlah pakar check. Jangan memandai mandai buat cerita sendiri @ cuba nk jadi doctor yg tak bertauliah. Bismillah.. esoknya sabtu lepas abis rutin class abacus Maia terus ke clinic. Cuba nak tenang sbb takut dgr doctor bgtau nnt tapi tak berhasil. Tetap rasa getar & debar yg amat sangat.. Haishhh dugaannnn dugaan! Pnjang lebar sebenarnya apa doctor bgtau. Ok bawah ni i copy aje. Nak explain panjang lebar exactly yang mcm doc cakap takut nanti salah.. Jadinya i google a few result tentang kencing kotor. Tapi detail apa yg doctor cakap semuanya yg sama. Siap ambik sampel air kencing. Dan hasilnya ' Kencing Kotor '. Not funny langsung! Inilah pengalaman seumur hidup kena penyakit ni. Biasalah org pompuan ni kan.. selagi tak kena buat tak kisah aje kan?? Bila dah jadi cmni teruslah terbayang yg bukan bukan.. Pengajarannya, sila minum air yg mencukupi utk tubuh badan sekurang kurangnya 2-4 liter sehari. Jangan biasakan diri menahan bila rasa nak terkencing tu. hehehe.. Sekarang ni kalau rasa nk terkencing tu terus aje cari toilet. Dah takut nk tahan tahan. Maklumlahh sejak kena penyakit ni air kosong tu mmg kena minum dlm kuantiti yg banyak jadinya keraplah rasa nk terkencing. Alhamdulillah, now dah beransur baik. Jadi buat semua kwn kwn yg di ingati, Sayangilah diri anda! Kesihatan anda lebih berharga dari segalanya. Tiada gantinya. Bukan macam spare part kereta kalau rosak boleh ganti yang baru.. Untuk apa banyak duit kalau tak sihat? Kerana bila anda sihat, anda mampu menjadi isteri dan ibu yg baik buat keluarga. Insha  allah.. mudah mudahan kita bersama menjaga anugerah terindah kurniaan illahi ini.. :D





KENCING KOTOR (Kencing Tak Lawas @ Kencing Sakit)


Apa itu kencing kotor?

Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seeorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing tidak lancar.

Air kencing biasanya kuning jernih atau kuning pekat.

Apakah yang menyebabkan air kencing kelihatan keruh atau kotor?
- Kekurang air dalam badan
- Jangkitan kuman dalam sakuran kencing (Urinary Tract Infection – UTI)-
- Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vitamin B dan Vitamin C
- Pesakit kencing manis (diabetes)
- Mengandung
- Pengambilan sesetengan ubatan
- Terdedah kepada sesetengan bahan kimia
- Batu karang dalam saluran kencing
- Kerosakan buah pinggang
- Hubungan seks juga merupakan factor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spermasid.
- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu. 


Seringkali yang datang ke klinik swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan kencing yang keruh, mereka kebanyakknya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor sering menggunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk merujuk penyakit seperti itu.

Saluran kencing bermakna saluran air kencng daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah (urethra) di mana air kencing akan keluar.  Bila saluran ini dijangkiti kuman maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract Infection atau UTI.

Kuman apa yang sering buatkan jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman yang dipanggil Escherichia Coli atau E.Coli (=e-kolai).
20% lagi disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E.Coli ini banyak terdapat dalam usus besar dan di dubur.  Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang kencing, ke urethra, ke pundit kencing dan boleh sampai ke buah pinggang.  Kuman ini terpaksa naik ke bahagian atas dengan melawan arus kencing. Jadi sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.
  
Siapa yang berisiko mendapat UTI (kencing kotor)?

Air kencing terjadi dari ginjal atau buah pinggang dan mengalir turun ke pundit kencing.  Bila pundit kencing telah penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah).  jadi apa-apa yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka senanglah kuman E.Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas saluran kencing.  Dengan ini akan mendedahkan seseorang itu kepada jangkitan kuman di saluran air kencing.

Punca yang membuatkan pengaliran air kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostate dan lubang kencing yang sempit (uretharal structure).  Tidak kurang juga yang selalu menahan kencing dan kurang pengambilan air.

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Apakah tanda-tanda kencing kotor dan UTI

Tanda atau simptomnya berbeza-beza mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.

Setengah orang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2 sehingga 5 hari.

Ada orang yang tidak sembuh dengan sendiri dan mereka ini akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kencing dijangkiti kuman. Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing, air kencing nampak kotor, kadang-kadang air kencing berdarah, kadang-kadang air kencing berbau busuk. Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundit penuh. Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain symptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.

Mesti diingati iaitu sekiranya terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, symptom atau tanda-tanda seperti di atas juga terdapat pada seseorang itu.

Bagaimana diagnosis boleh dibuat?

Bila berlaku keadaan ini hendaklah berjumpa dengan doctor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan dibuat.  Biasanya dengan uristix (gambarajah di bawah).


Rawatan

Sekiranya simptomnya sangat ketara disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik dapat diberi.
Ambillah ubat antibiotic yang telah dinasihatkan oleh doktor.  Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumla doktor semula (anda perlu menghabiskan antibiotic yang diberikan itu)

Pencegahan
Minum air dengan secukupnya
Elak menahan kencing
Makan buah cranberries atau blueberries yang mempunya antioxidants.  Jusnya senang terdapat di farmasi.
Makan buah nenas. Nenas mempunya bromelin yang bertindah sebagai anti-radang.

Sumber dari~sakitanda.com

No comments:

Post a Comment