Thursday 5 April 2018

Cite tamil lagi!





Lama rasanya tak menulis. Rindu pulak rasanya. Bila lappy buat hal terus takde mood. Banyak je gambar tak bole upload. Geramlahhh! ;( Eeehhh lama kita tak update cite tamil kan? Ok hari ni nk share cite Kuttram 23. kalau tgk kt astro on demand ada subtitle rasanya. Jgn miss cite ni pls, sbb cite ni best sangat! Watak utama dlm cite ni, ditugaskn menyiasat kes pembunuhan wanita yang hamil. Sehinggalah bila kakak iparnya mati, dia mendapat tahu sebuah klinik menawarkan khidmat utk menyuntik benih suami ke dlm rahim. Malangnya, benih yg di suntik ke dlm rahim itu bukanlah dari suami tapi dari lelaki lain. Bimbang bila suami mengetahui yg anak yg di kandung bukan dari benih suami, perempuan tersebut akan di ugut dan jika tidak mahu membayar wang ugutan, mereka akan di bunuh. Kisah ini menggambarkan realiti bila anak di jadikan ukuran kebahagian dan sebagai perempuan menghadiahkan anak kepada suami anak adalah segala galanya. Orang perempuan ni sanggup berkorban apa saja utk org tersayang. Mesej cite ni bagus sgt dan jelas. Bila dah kahwin sibuk tanya pulak bila nk hamil. Lagi2 mertua or org sekeliling yg suka pandang rendah bila tak hamil lagi. kalau bukan rezeki lagi, knp perlu stress? so pls tengok cite ni ok? i personally bagi 5 bintang sbb semua ttg cite ni best! ;

No comments:

Post a Comment