Tuesday 1 January 2013

2013



Assalamualaikum semua, berlalu sudah tahun 2012.  Permulaan tahun baru Alhamdulillah masih bernafas. Yang pasti semoga 2013 membawa seribu keberkatan dan rahmat buat semua. Mudah mudahan.. Amin! Selamat datang 2013. Lembaran baru pun bermula, usia semakin bertambah, harapnya semoga amal ibadah juga dpt di tingkatkan seiring dgn peningkatan usia. Semoga kita semua mengambil peluang utk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Di ketika ini sedang menidurkn anak2.. maklum aje esok hari baru persekolahn terutama buat Maia.. bermula lah rutin baru, pagi ke sekolah agama, ptg ke sekolah kebangsaan.. Dan tuan blog akan menjadi driver sepenuh masa utk Maia! hihi..

Oh ya! Soalan klise yg ditanya setiap tahun apa azam tahun baru knn? Hmmm..  Apa azam tahun baru anda?? Kalau di tanya mcm mcm ada.. tapi personally buat tuan blog utk azam tahun baru ialah 'solat awal waktu'.. Nampak remeh kan?? Tapi byk sungguh pahalanya solat awal waktu, ni kadang2 tak malu nk ngaku selalu terlambat.. Jadi ini antara azam yang harap dpt di tunaikan.. Amin!

Ok, 29hb Dec aritu Maia ada 'Orientation day' di sekolahnya.. Awal pagi dh kejutkan, she's so excited! Alhamdulillah ramai jugak kwn2 kindy Qdees ada kat sekolah tuu.. so ada geng la mak2 sekalian ni =) Utk tiga hari ni tuan blog akan berkampung di sekolah, biarlah Maia biasa dgn keadaan sekolah yg baru. Hopefully next week she's ok dah.. So mcm biasa utk Maia yg 'tak tahan pedas' awal2 lagi Maia dah sruh masakkn anything utk bekal ptg asalkan 'takde cili'.. Hai la anak manja nihh!!!! =)
So bye bye Ipad! Maia sgt busy dari isnin hingga sabtu pasni.. "Semoga dikau membesar menjadi anak yg solehah sayang.." ** With Love From Mummy, Papa & Airell **




No comments:

Post a Comment