Thursday 18 October 2012

Foundation


Ini benda asas yang rasanya semua perempuan tak kira tua muda semua pakai.. tak kisah jugak brand apa.. Janji bila tepek kat muka, warna kulit tu nampak sekata. tak bertompok, tak nmpak pori pori terbukak, yang nmpak hanya flawless ajee. **FOUNDATION** Dan jugak yang terbaru BB cream yang menjanjikan applikasi lebih mudah. Dalam satu botol semua dah ada.. Teruja eh dgr kalau skin flawless cm anak patung.. licin dan sekata warna kulit.. macam2 brand jugak..sebut aje, sediakan duit! hehehe...

Dan dah hampir botol yang kedua pun.. serasi bersama dengan Max Factor ni.. Sebelum ni pakai jugak beberapa jenama lain tapi belum ada lagi yang 2+1 mcm ni.. Surely kalau tanya sapa2 yang minat makeup mesti kenal brand ni.. Baunya bila apply tu mmg wangi.. sbb foundation ni 2+1 foundation + serum so picit skit aje, rasa tak melekit.. Teksturnya sangat lembut dan halus. Foundation ni full coverage  di mana dapat menutup fine lines dan juga wrinkles yang ada kt kulit kita.. terdapat serum di dalam nya dan juga SPF15 utk menghalang tanda tanda penuaan (with daily use)..

Dan selepas berkali kali guna, this is my Favourite foundation!! Dengan satu pump, senang aje nak blend. Kulit tak rasa berat & berkilat..Foundation ni jugak sesuai utk buat make up base. Sangat tahan lama, dengan harga yang sgt berpatutan sila dapatkan di kaunter Max Factor yang berdekatan dgn anda.. Anda tak akan rugi!




No comments:

Post a Comment